Hari Jantung Sedunia 2025
Ujian Risiko
Ujian Risiko Penyakit Kardiovaskular
Ujian Risiko Fibrilasi Atrium
Ujian Risiko Strok
Pakar Kami
Soalan-Soalan Lazim (FAQs)
Apakah itu penyakit kadiovaskular?
Penyakit kadiovaskular merupakan terma umum yang mencakupi penyakit-penyakit melibatkan jantung dan saluran darah. Penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian di Asia. Namun, penyakit ini sebenarnya boleh dicegah!
Apakah penyebab penyakit kadiovaskular?
Penyebab utama masalah ini ialah aterosklerosis. Aterosklerosis terjadi apabila plak terbentuk pada dinding saluran darah dan menghadkan aliran darah.
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan risiko penyakit kadiovaskular?
Penyakit kardiovaskular boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan ini boleh menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol untuk mencegah peyakit jantung atau saluran darah.
Apakah kaitan antara kolesterol dan kesihatan jantung?
Terdapat 2 jenis kolesterol: HDL & LDL. HDL berperanan untuk mengangkut keluar lemak keluar dari badan dan LDL pula mengumpulkan lemak di dalam badan. LDL juga dikenali sebagai kolesterol jahat kerana boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat.
Bagaimanakah saya boleh memilih makanan mesra jantung?
Diet seimbang yang rendah kandungan garam dan lemak tepu boleh memastikan jantung kekal sihat. Makanan lain yang boleh membantu ialah:
-Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
-Utamakan pengambilan bijirin penuh
-Ambil hanya lemak yang sihat seperti minyak zaitun
-Pilih makanan yang rendah lemak
Apakah gaya hidup yang sesuai untuk memelihara kesihatan jantung saya?
Gaya hidup yang boleh menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah untuk memelihara kesihatan jantung ialah:
-Diet yang sihat dan seimbang
-Mengekalkan berat badan yang unggul
-Selalu bersenam dan melakukan aktiviti fizikal
-Berhenti merokok dan tidak mengambil minuman beralkohol
Apakah tanda-tanda amaran serangan jantung?
Antara tanda-tanda amaran atau gejala-gejala serangan jantung ialah:
-Sakit dada
-Sesak nafas
-Pitam atau pengsan
-Sakit pada bahagian leher, rahang dan belakang badan
-Sakit bahu atau lengan
Apakah perbezaan penyakit jantung dalam kalangan lelaki dan perempuan?
Meskipun lelaki dan wanita berkongsi faktor risiko yang sama, struktur jantung dan saluran darah berbeza antara kedua-dua jantina ini.
Kajian menunjukkan wanita selalunya mengalami simptom yang unik berbanding lelaki seperti ketidakhadaman, sesak nafas dan sakit pada bahagian belakang badan.
Selain itu, wanita juga mempunyai faktor risiko yang berbeza daripada lelaki seperti:
– Paras testosteron yang tinggi sebelum menopaus
-Cenderung untuk menghidap masalah darah tinggi semasa menopaus
-Penyakit autoimun seperti atritis reumatoid
-Stres dan kemurungan
Kurangnya kesedaran terhadap faktor-faktor risko di atas antara penyebab wanita tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Apakah kaitan antara strok dan penyakit jantung?
Strok boleh disebabkan oleh darah beku atau saluran darah yang pecah. Penyakit jantung berkait rapat dengan strok kerana tekanan darah yang tinggi merosakkan saluran darah, mengakibatkan pembentukan plak dan menyekat aliran darah ke otak.
Apakah yang bakal terjadi apabila penyakit jantung terbiar tidak dirawat?
Jika penyakit jantung tidak dirawat, risiko kematian akan meningkat. Meskipun seseorang itu terselamat daripada serangan jantung, jangka hayat individu tersebut akan tetap terjejas. Kualiti hidup pesakit juga akan terjejas akibat sesak nafas dan sebagainya.
Fakta mengenai kesihatan jantung
Berikut merupakan fakta-fakta mengenai kesihatan jantung:
-Saiz jantung ialah seperti satu genggaman tangan
-Jantung berdenyut sekitar 115,000 kali setiap hari
-jantung boleh terus berdenyut meskipun dikeluarkan daripada badan
-Kehidupan yang bahagia boleh mencegah risiko serangan jantung
-Ikan paus merupakan haiwan yang mempunyai jantung terbesar
Saya masih mempunya persoalan yang tidak terjawab. Apakah yang patut saya lakukan?
Anda boleh klik link ini https://hellodoktor.com/penyakit-jantung/ untuk membaca artikel-artikel lain mengenai kesihatan jantung!
Mesti Baca!
Kanak-Kanak Lain, Dewasa Pun Lain – Ini Bacaan Tekanan Darah Ikut Umur!
Cari bacaan darah tinggi mengikut umur kerana alami punca tekanan darah tinggi? Ya, sebenarnya boleh membuat bacaan darah normal mengikut umur dan jantina seseorang. Ini beberapa maklumat jantung bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur yang anda kena tahu. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini. Kepentingan bacaan darah normal mengikut umur Adakah […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 11/08/2026
Fahami Risiko Anda
Gaya Hidup Untuk Jantung Yang Lebih Sihat
Kalkulator BMI
Alat Kesihatan Lain
Penuaan & Kesihatan Jantung
Mencegah Sakit Jantung, Ini Tip Untuk Setiap Peringkat Umur (20-60 Tahun Ke Atas)
Anda ingin mencegah sakit jantung, tetapi tidak tahu dari mana hendak bermula? Penyakit jantung mempunyai banyak faktor risiko. Sesetengah daripadanya seperti sejarah keluarga, umur dan jantina tidak boleh diubah. Walau bagaimanapun, ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko sakit jantung. Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 dunia. Walaupun ramai yang menganggap sakit jantung […]
Disemak oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman • 15/06/2021
Usia MUDA Turut Berisiko Kena Penyakit Jantung! Ini Cara Pencegahan Ikut Umur, Cubalah!
Selalu disindir apabila anda sibuk mencari cara mengelakkan penyakit jantung walaupun masih muda? Hakikatnya seseorang itu tidak pernah terlalu muda atau tua untuk menjaga jantung. Mencegah penyakit jantung (dan semua penyakit kardiovaskular) bermakna anda perlu melakukan pilihan bijak untuk kesejahteraan kesihatan pada masa hadapan. Jom ketahui cara penjagaan mengikut usia anda! Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan […]
Disemak oleh Dr. Joseph Tan • 13/01/2022
Ini 7 Perubahan Yang Boleh Berlaku Pada Jantung Anda Apabila Usia Semakin Meningkat!
Tahukah anda, apakah ciri penyakit kardiovaskular setelah umur anda meningkat? Ramai yang tidak sedar bahawa kesihatan kardiovaskular mereka juga akan berubah seiring dengan peningkatan usia. Malah, ada kalanya gejala penyakit kardiovaskular yang dialami turut diabaikan. Kami terangkan di sini beberapa perubahan terhadap sistem kardiovaskular apabila anda semakin berusia. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada […]
Disemak oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman • 08/11/2024
Apa Maksud Penuaan Yang Sihat: Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu
Apa itu penuaan? Ia merupakan satu proses biologi yang mempengaruhi semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Tiada siapa yang boleh elak daripada mengalami proses penuaan. Maka, beberapa perubahan dan langkah persediaan perlu dilakukan bagi memastikan anda bersedia melaluinya. Penerimaan terhadap proses biologi semula jadi ini akan meningkatkan kecenderungan anda untuk lebih peka dengan tahap […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 01/04/2021
5 Jenis Penyakit Berkaitan Jantung Boleh Berlaku Apabila Makin Berusia, No. 2 Paling Kerap Terjadi!
Warga emas merupakan antara golongan yang sangat berisiko untuk mengalami masalah jantung. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui apakah tanda tanda masalah jantung yang dialami. Kami bawakan kepada anda beberapa jenis penyakit jantung yang sering dialami golongan tua berserta simptomnya. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini. Penyakit berkaitan […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 10/11/2025
8 Golongan Berisiko Tinggi Alami Kegagalan Jantung! Anda Mungkin Salah Seorang?
Kegagalan organ jantung adalah salah satu daripada keadaan kesihatan yang paling berbahaya. Masalah ini boleh membawa maut jika ia tidak berjaya dikesan atau dirawat segera. Mereka yang berisiko tinggi terhadap kondisi ini sudah pasti akan mengalami igauan ngeri kerana ia boleh menyerang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Persoalannya, siapakah mereka yang termasuk dalam golongan ini? […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 10/11/2025
Peranan Alat Kesihatan
Degupan Jantung Tak Sama Setiap Orang, Tapi Kalau Macam Ni — AWAS Bahaya!
Kadar degupan jantung seseorang boleh menjadi berbahaya jika terlalu rendah atau terlalu tinggi. Banyak faktor sekeliling yang mempengaruhinya. Jom ketahui lebih lanjut mengenai denyutan jantung normal manusia. Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Jantung, lihat di sini. Berapa denyutan nadi normal bagi setiap orang? Setiap individu perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi menentukan berapa denyutan nadi normal […]
Disemak oleh Dr. Joseph Tan • 06/10/2025
Lindungi Sistem Kardiovaskular Anda Melalui Senaman
Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Jantung dan rangkaian saluran darah dalam tubuh manusia membentuk salah satu sistem badan yang paling penting iaitu sistem kardiovaskular. Penyakit jantung disifatkan sebagai pembunuh nombor satu dalam jumlah kematian Malaysia. Kajian turut menyatakan bahawa kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung dan strok telah meningkat sejak beberapa tahun yang […]
Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan • 26/11/2019
Terkena Serangan Jantung? Jaga-Jaga, 4 Punca Ini Boleh Merosakkan Jantung Tanpa Sedar!
Disebabkan penyakit jantung merupakan sesuatu yang lazim di Malaysia, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah penyebab penyakit jantung dan penawar sakit jantung? Adakah penyakit ini boleh sembuh atau pesakit terpaksa hidup dengannya seumur hidup? Jika anda ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca kupasan kami di bawah. Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini. Apakah penyebab penyakit jantung? Apakah penyebab penyakit […]
Disemak oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman • 28/07/2025
Ini Cara Yang Tepat Nak Tahu Tahap Keterukan Hipertensi, Baru Boleh Rawat!
Penyakit darah tinggi atau hipertensi memang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, adakah anda biasa dengar berkenaan dengan klasifikasi hipertensi? Klasifikasi hipertensi adalah pembahagian peringkat penyakit kronik ini. Perkara ini penting bukan sahaja untuk doktor, malah pesakit untuk mengetahui tahap keterukan masalah hipertensi yang dialami. Keadaan klinikal bagi setiap pesakit tidak sama dan tekanan darah normal berbeza mengikut keadaan […]
Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung • 25/04/2024
Tekan Pergelangan Tangan Untuk Periksa Nadi? Ini Cara Yang Betul
Biasanya kita melihat kalau doktor nak tentukan seseorang itu hidup atau tidak dengan memeriksa degupan jantungnya. Tetapi pernah terfikir tak, apakah kadar nadi normal mengikut umur anda? Untuk mendapatkan info tentang Kesihatan Jantung, lihat di sini. Cara mengukur kadar nadi normal mengikut usia Berikut adalah cara untuk anda mengetahui degupan jantung atau bacaan oximeter mengikut umur dalam […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 10/11/2025