Ujian Risiko Asma
Susah bernafas? Itu mungkin asma. Pemeriksaan ini akan: •Periksa risiko asma •Periksa tanda asma •Informasi dan keputusan dirahsiakan •Mudah dan cepat disiapkan
Apakah yang dimaksudkan dengan asma?
Asma adalah keadaan di mana aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru anda adalah terhad disebabkan keradangan di salur udara. Keradangan tersebut menyebabkan otot-otot di sekeliling saluran pernafasan menegang dan mencetuskan beberapa simptom. Ini adalah keadaan kronik yang mengakibatkan nafas yang berdehit secara berulang-ulang, sesak dada, sesak nafas, dan batuk. Tidak ada penawar untuk asma, tetapi berita baiknya adalah ia dapat diurus dan dirawat supaya anda dapat menjalani kehidupan yang normal dan sihat.
Hi! Kami percaya dengan mengambil tahu simptom dan risiko bagi penyakit asma adalah kunci utama untuk mencegah masalah ini.
Ambil kuiz ini untuk melihat risiko anda. Kami akan memberi tip dan informasi berguna untuk anda membuat pilihan yang lebih tepat demi kesihatan anda.
Teruskan
Alat kesihatan ini hanyalah untuk memberi maklumat semata-mata, dan bukannya satu nasihat perubatan. Ia juga bukan pengganti kepada nasihat, diagnosis, atau rawatan daripada pakar perubatan. Setelah membaca keputusan alat kesihatan ini, atau membaca artikel di Hello Doktor, anda masih sebaik-baiknya mendapatkan konsultasi doktor untuk memastikan kondisi kesihatan anda.