Kesihatan Jantung
Kesihatan Jantung
Jantung yang sihat penting untuk kesejahteraan keseluruhan. Sempena Hari Jantung Sedunia, terokai maklumat penting tentang kesihatan jantung, faktor risiko kardiovaskular dan cara melindungi jantung anda. Ketahui lebih lanjut tentang faktor gaya hidup dan potensi kesannya terhadap kesihatan kardiovaskular, serta mengapa pencegahan memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan jantung anda untuk jangka masa panjang.
Artikel
Penderita Sakit Jantung, Ini 5 Jenis Senaman Paling Sesuai Untuk Anda Amalkan!
Tahukah anda, terdapat beberapa jenis senaman kuatkan jantung yang sesuai untuk diamalkan oleh pesakit jantung koronari. Senaman untuk jantung ini tidaklah membahayakan mereka, malah ia memberikan manfaat kepada fizikal dan jantung pesakit ini. Apakah jenis-jenis senaman kuatkan jantung ini? Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan jantung, anda boleh klik di sini. Pesakit jantung koronari juga perlukan […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 3 minggu lalu
Teroka lebih banyak kategori Kesihatan Jantung
Terokai Kesihatan Jantung
Umur Baru 20-an, 30-an Tapi Darah Dah Tinggi? Jangan Ingat Orang Muda Tak Berisiko
Bacaan darah tinggi yang tidak dikesan atau tidak terkawal pada usia muda boleh meningkatkan risiko kerosakan salur darah dan organ penting. Dalam keadaan serius, hipertensi boleh menyumbang kepada strok, serangan jantung, kegagalan jantung dan kerosakan buah pinggang yang berpotensi membawa kepada kematian pramatang. Persoalannya, mengapa keadaan yang sering dikaitkan dengan golongan lebih berusia ini turut boleh […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 17/09/2026
Tak Ada Simptom Pun Belum Tentu Selamat, 7.6 Juta Rakyat Malaysia Ada Kolesterol Tinggi
Masalah tinggi kolesterol khususnya paras kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-C) yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Malah, keadaan ini lazimnya tidak mempunyai gejala, menyebabkan ramai individu tidak menyedari paras kolesterol mereka sehinggalah menjalani pemeriksaan kesihatan atau mengalami masalah kardiovaskular yang serius. Justeru, pakar menekankan bahawa pengurusan LDL-C bukan sekadar bergantung kepada gaya hidup sihat, terutama […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 15/09/2026
Siapa Yang Ada Darah Tinggi, Wajib Tahu Pantang Makan Masa Raya Ni Kalau Tak Nak Darah Naik
Makanan yang dilarang untuk darah tinggi sering menjadi topik penting setiap kali musim hari raya tiba kerana kebanyakan juadah tradisional mengandungi garam, santan dan lemak yang tinggi. Jika tidak dikawal, pengambilan makanan ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan meningkatkan risiko komplikasi kesihatan. Sebab itu, pemahaman awal tentang pemakanan sangat penting sebelum menikmati juadah raya. Untuk mendapatkan […]
Selalu Pening Masa Puasa? Mungkin Tekanan Darah Anda Rendah..Ini Panduan Bacaan BP
Tekanan darah rendah berapa yang dianggap berbahaya sering menjadi persoalan, terutamanya ketika berpuasa. Perubahan corak makan, kurang minum air dan pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan tekanan darah menurun. Jika tidak dikawal, keadaan ini boleh mengganggu aktiviti harian dan meningkatkan risiko pengsan semasa puasa. Untuk memahami risikonya, kita perlu fahami dahulu bacaan tekanan darah yang normal. Untuk […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 19/02/2026
Dah Makan Ubat Tapi Tekanan Darah Masih Tinggi? Doktor Ini Jelaskan Kenapa!
Hipertensi tidak terkawal ialah keadaan di mana pesakit gagal turunkan darah tinggi walaupun telah mengambil tiga jenis ubat antihipertensi atau lebih. Situasi ini sering mengelirukan pesakit kerana mereka sudah menjaga pemakanan, bersenam dan mematuhi pengambilan ubat, namun bacaan tekanan darah mereka tetap tinggi. Dalam sesi soal jawab ini, Dr. Iskandar Mirza Amran, Pakar Kardiologi, menjelaskan […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 17/11/2025
Macam Mana Nak Tahu Jantung Kita Sihat? Ini Jawapannya!
Ramai yang sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung, tetapi masih mengabaikan amalan kecil yang boleh memberi impak besar dalam kehidupan seharian. Kesihatan jantung bukan sahaja melibatkan diet dan senaman, tetapi juga gaya hidup secara menyeluruh. Jika diabaikan, risiko penyakit jantung boleh meningkat tanpa disedari. Bersempena World Heart Day pada 29 September, mari kita fahami mengapa jantung […]
Stress & Tak Cukup Tidur? Rupanya Inilah Punca Awal Masalah Jantung
Ramai ibu bapa muda tidak sedar bahawa stres berpanjangan dan kurang tidur boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Malah, tanda awal sakit jantung seperti cepat letih, sesak nafas dan sakit dada kerap kali diabaikan kerana dianggap sekadar penat biasa. Hakikatnya, rutin harian yang padat boleh menjadi pencetus kepada masalah jantung yang serius. Justeru, mari kita fahami bagaimana tekanan […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 12/11/2025
Ramai Tak Tahu, Jam Pintar Boleh Baca ‘Isyarat Awal’ Masalah Jantung
Menjaga kesihatan jantung bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan dalam gaya hidup moden kini yang sibuk. Memahami bacaan jantung normal adalah langkah asas untuk mengesan sebarang perubahan pada kesihatan kardiovaskular anda sebelum ia menjadi masalah serius. Dengan kemajuan teknologi, pemantauan kadar degupan jantung kini boleh dilakukan setiap hari menggunakan jam pintar, membolehkan anda mengambil langkah pencegahan […]
Zaman Sekarang Muda-Muda Pun Boleh Kena Serangan Jantung? Jangan Main-Main!
Gejala sakit jantung merujuk kepada tanda-tanda awal yang mungkin menunjukkan seseorang sedang mengalami atau bakal mengalami masalah jantung seperti sesak nafas, sakit dada, keletihan melampau dan degupan jantung yang tidak normal. Walaupun sering dikaitkan dengan golongan berusia, kini semakin ramai individu muda mengalami serangan jantung, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat moden. Untuk memahami isu ini dengan […]
6 Tanda Masalah Jantung Ini Mungkin Boleh Dikesan Melalui Keadaan Kuku Anda!
Tahukah anda, kesihatan kuku dan jantung itu berkait rapat? Selain simptom umum seperti sesak nafas dan sakit dada, ada juga beberapa simptom yang boleh dilihat pada kuku tanda sakit jantung. Perubahan pada kuku boleh memberi petunjuk awal mengenai sistem peredaran darah dan fungsi jantung. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai perubahan yang boleh dilihat pada […]
Soalan Lazim
Juga dikenali sebagai sistem peredaran darah, sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, darah dan salur darah. Ia berfungsi membawa darah beroksigen dan nutrien dari jantung ke pelbagai bahagian pada tubuh badan melalui arteri.
Fungsi utama jantung adalah mengepam darah ke seluruh tubuh badan.
Terdapat beberapa cara untuk menjaga jantung bagi meminimumkan risiko penyakit:
– Kawal berat badan
– Banyakkan senaman kardio seperti joging
– Elakkan mengambil alkohol dan rokok
– Periksa tekanan darah dan gula dengan kerap
– Kurangkan mengambil garam
– Dapatkan sekurang-kurangnya 7 jam tidur untuk elak stres
Berikut adalah faktor risiko penyakit jantung seperti serangan jantung atau kegagalan jantung:
– Berat badan berlebihan atau obes
– Merokok
– Tekanan darah tinggi
– Kadar kolesterol tinggi
Apabila lemak, kolesterol dan pelbagai sebatian lain mula berkumpul pada arteri, ia akan menyebabkan aterosklerosis. Plak ini akan mengakibatkan arteri menyempit lantas menghalang pengaliran darah dan meningkatkan risiko darah beku.
Anda mungkin tinggi risiko penyakit jantung jika ada kondisi-kondisi di bawah ini:
– Tekanan darah tinggi
– Berat badan berlebihan atau obesiti
– Kadar kolesterol tinggi
– Diabetes
Faktor lain juga mungkin akan meningkatkan risiko anda termasuk:
– Sejarah keluarga dengan penyakit sama
– Anda wanita berusia 55 tahun ke atas atau lelaki berusia 45 tahun ke atas
Meskipun serangan jantung itu selalu berlaku secara teruk dan tiba-tiba, kebanyakannya akan bermula tanpa amaran awal. Segera dapatkan bantuan atau rawatan jika anda ada simptom-simptom berikut:
– Sakit dada
– Pening kepala, loya, muntah
– Sakit rahang, leher atau belakang
– Sakit lengan atau bahu
– Sesak nafas
Pakar Hello Doktor
Panel perubatan yang menyemak artikel di Hello Doktor terdiri daripada pelbagai pakar kesihatan yang diperakui oleh lembaga kesihatan. Mereka membantu Hello Doktor memperkukuhkan kandungan di dalam laman web ini mengikut bidang kepakaran mereka.
Panel perubatan ini memastikan setiap isi kandungan artikel tepat, terkini dan mencerminkan maklumat penyelidikan dan saintifik terkini.
Mereka juga berusaha keras untuk membantu anda mendapatkan maklumat kesihatan yang bermanfaat, mudah diakses dan boleh dipercayai. Anda boleh membaca artikel-artikel ini walau di mana pun tahap kesihatan anda, memberikan anda peluang untuk membuat pilihan terbaik.
Lihat Pakar LainDr. Amy Kor
Dokter Umum • Hello Health Group