KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Kesihatan Wanita

Kesihatan Wanita

Kesihatan Wanita

Wanita memerlukan maklumat dan sokongan yang tepat untuk melindungi kesihatan dirinya dari jangkitan, ketidakseimbangan hormon dan pertumbuhan yang tidak normal. Ini yang perlu diketahui oleh semua wanita.

Artikel

Teroka lebih banyak kategori Kesihatan Wanita

Terokai Kesihatan Wanita

ad iconIklan
Soalan Lazim

Kesihatan wanita merujuk kepada kondisi dan masalah khusus wanita – termasuk kitaran menstrual, kehamilan dan perancangan keluarga serta kondisi tertentu seperti kanser serviks atau ovari. Lelaki dan wanita mungkin ada kondisi sama, namun ia akan menjejaskan wanita dengan cara lain lantas memerlukan fokus dan rawatan yang berbeza.

Beberapa kondisi tertentu juga boleh menjejaskan tubuh wanita, yang melibatkan penyakit dan jantina seperti gangguan pemakanan.

Wanita perlu mula jumpa pakar ginekologi di antara usia 13 ke 15 tahun. Kebanyakan doktor akan menjalankan pemeriksaan umum dengan bertanya tentang tahap kesihatan tubuh badan dan menjelaskan tentangnya.

Wanita disarankan membuat ujian pap smear setahun sekali sejak mencapai usia 21 tahun walaupun tidak aktif berseksual. Ujian ini adalah sejenis pemeriksaan yang akan membantu mengesan masalah pada serviks lantas mencegah kanser serviks.

Kanser ovari tidak ada sebarang ujian, jadi penting untuk mengesannya dengan cara berjumpa pakar ginekologi secara berkala untuk buat ujian pelvik. Pada peringkat awal, simptom kanser ovari serupa dengan masalah perut dan sistem penghadaman termasuklah:
– Pelvik kembung atau sakit abdomen
– Cepat rasa kenyang atau hilang selera makan
– Kerap rasa ingin terkencing

PCOS atau sindrom polisistik ovari adalah kondisi berkaitan hormon dalam kalangan wanita. Meskipun petanda biasa muncul bagi golongan remaja 20-an, namun tidak semuanya didiagnosis dengan PCOS walaupun ada simptom. Simptom biasa termasuklah:

– Haid tidak tentu atau tidak datang langsung
– Sukar untuk hamil
– Tumbuh bulu pada muka, dagu, belakang atau punggung
– Muncul jerawat
– Rambut menipis

Jika anda didiagnosis dengan PCOS, doktor akan mula merancang kaedah rawatan bagi mengawal simptom yang anda alami.

ad iconIklan

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

‌
‌
‌

ad iconIklan

Pakar Hello Doktor

Panel perubatan yang menyemak artikel di Hello Doktor terdiri daripada pelbagai pakar kesihatan yang diperakui oleh lembaga kesihatan. Mereka membantu Hello Doktor memperkukuhkan kandungan di dalam laman web ini mengikut bidang kepakaran mereka.

Panel perubatan ini memastikan setiap isi kandungan artikel tepat, terkini dan mencerminkan maklumat penyelidikan dan saintifik terkini.

Mereka juga berusaha keras untuk membantu anda mendapatkan maklumat kesihatan yang bermanfaat, mudah diakses dan boleh dipercayai. Anda boleh membaca artikel-artikel ini walau di mana pun tahap kesihatan anda, memberikan anda peluang untuk membuat pilihan terbaik.

Lihat Pakar Lain

Lihat halaman asal di Hello Doktor