Penyakit Berjangkit
Penyakit Berjangkit
Tubuh kita adalah perumah untuk pelbagai jenis organisme. Meskipun ada yang tidak berbahaya, tapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit yang mengancam nyawa. Semak info jangkitan penyakit yang disebabkan bakteria, virus, kulat dan parasit, di sini.
Artikel
Demam Datang Mengejut, Badan Sakit Teruk? Ini Beza Influenza Dengan Selesema Biasa
Ciri ciri influenza termasuk demam yang muncul secara tiba-tiba, sakit badan, sakit kepala, batuk dan keletihan yang ketara. Berbeza dengan selesema biasa yang lazimnya lebih ringan, influenza boleh menyebabkan komplikasi serius, terutama kepada kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai penyakit kronik. Walaupun kedua-duanya boleh menyebabkan hidung berair dan batuk, terdapat beberapa perbezaan penting […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 2 minggu lalu
Teroka lebih banyak kategori Penyakit Berjangkit
Terokai Penyakit Berjangkit
Terengganu Rekod Kes Malaria Import, Adakah Kita Juga Berisiko Digigit Nyamuk Ini?
Adakah nyamuk malaria masih menjadi ancaman di Malaysia? Persoalan ini kembali mendapat perhatian susulan laporan peningkatan kes malaria import di Terengganu. Walaupun negeri itu masih mengekalkan sifar kes melibatkan penduduk tempatan, pihak kesihatan terus memantau risiko penularan bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan lebih awal. Menurut laporan media, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memaklumkan bahawa kes malaria yang […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 10/06/2026
Lebih 100 Kematian Dilapor, Dunia Pantau Penularan Ebola Di Congo
Wabak Ebola kembali menjadi perhatian dunia selepas peningkatan kes dilaporkan di Republik Demokratik Congo. Situasi ini mencetuskan kebimbangan global kerana virus tersebut terkenal dengan kadar kematian yang tinggi serta kemampuan merebak melalui kontak rapat. Walaupun kes masih tertumpu di beberapa kawasan tertentu, pakar kesihatan antarabangsa kini memantau perkembangan situasi dengan lebih serius bagi mengelakkan penularan yang lebih […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 20/05/2026
3 Maut Atas Kapal Persiaran Angkara Najis Tikus! Ini Fakta Wabak Hantavirus Ramai Belum Tahu!
Hantavirus ialah jangkitan virus yang boleh merebak melalui pendedahan kepada najis, air kencing atau air liur tikus dan ia boleh menyebabkan masalah paru-paru yang serius. Memahami jangkitan ini sangat penting kerana simptom awalnya mudah disalah anggap sebagai selesema biasa. Jadi, apakah situasi terkini global berkenaan jangkitan ini dan bagaimana risiko jangkitan ini berlaku? Untuk mendapatkan lebih banyak […]
RSV Tidak Hanya Menjangkiti Bayi, Malah Orang Dewasa Juga Berisiko!
Melihat tajuk artikel ini pasti membuatkan anda terfikir, virus rsv itu apa? Gejala ini sering berlaku seperti batuk, selesema dan bernafas laju, membuatkan ramai ibu bapa menyangka ia sekadar demam biasa. Namun tahukah anda, gejala tersebut mungkin berpunca daripada virus RSV? Virus RSV boleh berjangkit dan sering menyerang bayi, kanak-kanak kecil serta warga emas. Jadi, virus […]
Ramai Ingat Duduk Rumah Tinggi Selamat Dari Aedes, Rupanya Tidak!
Tangan bintik merah denggi ialah antara tanda awal jangkitan demam denggi yang sering muncul bersama demam panas, sakit badan dan keletihan. Simptom ini berlaku akibat kerosakan salur darah kecil akibat virus denggi. Oleh itu, walaupun tinggal di rumah tinggi, risiko jangkitan tetap wujud. Hakikatnya, nyamuk Aedes boleh membiak di mana-mana kawasan yang mempunyai air bertakung termasuk […]
Anak Demam Biasa Atau Denggi? Ini Simptom Denggi Wajib Mama Papa Tahu
Tanda tanda denggi sering bermula dengan simptom yang kelihatan seperti demam biasa, menyebabkan ramai ibu bapa terlepas pandang. Antara petanda awal termasuk demam tinggi, sakit badan dan keletihan. Mengenal pasti simptom demam denggi lebih awal amat penting, terutamanya bagi kanak-kanak yang berada di taska dan sekolah, kerana risiko pendedahan kepada nyamuk boleh berlaku tanpa disedari. Untuk mendapatkan […]
Penyakit Kronik & Risiko Kayap: Ancaman Senyap Yang Boleh Ganggu Kehidupan Harian
Ramai yang menganggap risiko penyebab kayap hanya faktor usia, sedangkan ia berlaku apabila varicella-zoster virus atau VZV, yang sedia ada dalam tubuh aktif semula apabila sistem imun lemah. Walaupun sering timbul persoalan sama ada kayap berjangkit, hakikatnya ia berpunca daripada pengaktifan semula virus dalam badan sendiri, bukan jangkitan baharu.3 Bagi individu dewasa yang hidup dengan penyakit […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 27/02/2026
Batuk Lama Jangan Buat Tak Tahu, Ini Fakta Penting Tibi Susulan Kes di Kota Tinggi, Johor!
Gejala tibi merangkumi batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam berulang, berpeluh waktu malam dan penurunan berat badan tanpa sebab. Simptom ini mudah diabaikan walaupun penyakit tibi boleh berjangkit. Susulan pengesanan satu kluster tibi di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini, memahami tanda awal ini menjadi semakin penting. Pengesanan kluster ini membuka semula perbincangan tentang bagaimana tibi merebak […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 02/04/2026
Virus Nipah Kembali Jadi Ancaman? Kenali Tanda Awal Sebelum Terlambat
Wabak virus Nipah sering mencetuskan kebimbangan kerana jangkitan ini boleh membawa komplikasi serius dan merebak dengan pantas jika tidak dikesan awal. Di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, kes berkaitan virus ini pernah direkodkan dan memerlukan pemantauan rapi. Memahami tanda awal, punca jangkitan serta perkembangan virus Nipah adalah langkah penting bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada risiko […]
Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim • 02/04/2026
Virus Nipah Dulu Pernah 'Gemparkan’ Malaysia, Baca Kisah Di Sebalik Virus MAUT Ini
Virus nipah di Malaysia ialah penyakit zoonotik berbahaya yang pertama kali dikesan pada akhir 1990-an dan dikaitkan dengan jangkitan otak serta kadar kematian yang tinggi. Virus ini merebak daripada haiwan ke manusia dan sehingga kini masih tiada vaksin khusus untuk mencegah jangkitan tersebut. Oleh itu, pemahaman awal amat penting. Ikuti maklumat lanjut di bawah ini. Untuk […]
Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor • 28/01/2026
Pakar Hello Doktor
Panel perubatan yang menyemak artikel di Hello Doktor terdiri daripada pelbagai pakar kesihatan yang diperakui oleh lembaga kesihatan. Mereka membantu Hello Doktor memperkukuhkan kandungan di dalam laman web ini mengikut bidang kepakaran mereka.
Panel perubatan ini memastikan setiap isi kandungan artikel tepat, terkini dan mencerminkan maklumat penyelidikan dan saintifik terkini.
Mereka juga berusaha keras untuk membantu anda mendapatkan maklumat kesihatan yang bermanfaat, mudah diakses dan boleh dipercayai. Anda boleh membaca artikel-artikel ini walau di mana pun tahap kesihatan anda, memberikan anda peluang untuk membuat pilihan terbaik.
Lihat Pakar LainDr. Amy Kor
Dokter Umum • Hello Health Group