5 Treatment Rambut Gugur Yang Anda Mesti Cuba, No. 4 Boleh Buat Di Rumah!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Alangkah risau dan sedih hati apabila ada sahaja helai rambut yang melekat di sikat usai menyikat mahkota di kepala. Sekiranya anda tidak mahu jadi botak di usia muda, maka sila cuba Rawatan rambut gugur yang akan kami ulas di bawah ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Masalah rambut gugur di usia muda
Jika anda belum tahu, mahkota di kepala manusia ini akan melalui 3 fasa normal yang utama yakni tumbuh, kekal dan gugur. Hakikatnya, semua individu normal tentu sahaja melalui fasa ini.
Namun, mungkin ada faktor risiko yang bakal mempercepatkan proses ini seperti genetik, hormon, penuaan, pemakanan, penjagaan rambut yang salah dan pengamalan gaya hidup tidak sihat.
“Dalam pada itu, stres yang berlebihan pada fizikal serta mental juga adalah salah satu sebab anda keguguran banyak rambut sekali gus bakal jadi punca kebotakan awal usia,” jelas Pakar Dermatologi, Dr Shilpi Kheterpal.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Stres Boleh Jadi Punca Banyak Masalah, Termasuk Rambut Gugur Dan Botak?
- Tak Nak Botak Muda? Guna Syampu Untuk Rambut Gugur Yang Ada Bahan Ini!
- Tonik Rambut, Solusi Untuk Masalah Rambut Gugur, Ini 6 Manfaatnya!
Tetapi jangan risau kerana zaman sekarang ada banyak Rawatan rambut gugur yang anda boleh cuba. Apa yang lebih menarik, ia juga terbahagi kepada moden dan tradisional.
Rawatan rambut gugur anda mesti cuba!
Sebenarnya, individu mungkin tidak mampu menghalang rambut gugur secara total namun anda masih boleh mengelak proses ini daripada berlaku terlalu banyak atau cepat dengan kaedah tertentu.
Menurut American Academy of Dermatologists manusia secara umumnya akan hilang sekitar 50 ke 100 helai rambut dalam masa sehari. Jumlah ini juga berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.
Tenang, anda mungkin masih boleh mengehadkan atau mengundurkan masalah ini dengan cara:
#1. Ambil ubat preskripsi daripada doktor
Pertama, segera rujuk masalah ini ke doktor dan dapatkan rawatan rambut gugur dalam bentuk ubatan. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat dengan preskripsi yang sesuai dengan individu.
Terdapat banyak ubat untuk membantu merawat masalah ini dan antara jenis yang paling popular:
- Antiandrogen
- Kortikosteroid
- Minoxidil
- Dutasteride
- Finasteride
- Spironolactone
Ada jenis ubatan yang perlu disapu dan dimakan. Namun, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor.
Rawatan rambut gugur #2. Terapi laser
Terapi laser dan masalah kulit memang sudah bagai aur dengan tebing. Isu keguguran rambut juga sama dan anda boleh mendapatkan rawatan low-level therapy dengan pakar yang sah diperakui.
Cara terapi ini bekerja adalah dengan memanfaatkan sinaran foton yang akan diserap oleh jaringan kulit kepala. Ia membantu merangsang folikel untuk menumbuhkan dan memanjangkan rambut.
Sebuah kajian seliaan Harvard University membuktikan bahawa penggunaan laser ini juga sangat efektif dan selamat. Cuma, anda mungkin perlu melaburkan lebih banyak kos, masa dan tenaga.
Rawatan rambut gugur #3. Tanam rambut
Sekiranya mahkota di kepala anda itu sudah mula wujud ‘pulau’ yang tanpa penghuni, rawatan ini mungkin sangat sesuai. Diingatkan, ia juga mungkin memerlukan banyak kos, masa serta usaha.
Rawatan tanam rambut ini ada 2 jenis yakni menanam rambut asli yang dicabut dari tempat lain atau menanam rambut sintetik yang dicipta dari bahan lain. Kedua-duanya efektif dan selamat.
Kalau Tak Nak Botak, Boleh Cuba Rawatan Untuk Tanam Rambut, Berkesankah?
“Kalau Tak Nak Botak, Boleh Cuba Rawatan Untuk Tanam Rambut, Berkesankah?” — Hello Doktor
Pun begitu, anda mungkin perlu menjalani prosedur ini banyak kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Wujud juga risiko untuk rambut yang ditanam gugur kembali, jadi dapatkan konsultasi dengan doktor.
#4. Urutan lembut di kulit kepala boleh jadi rawatan rambut gugur
Anda perlu tahu bahawa wujud banyak arteri di kulit kepala yang berfungsi menyalurkan darah ke folikel rambut. Apabila ia tersumbat, maka darah juga tidak dapat melalui salur ini sekali gus boleh jadi punca masalah keguguran dan kebotakan!
Maka, sila cuba mengurut kulit kepala anda dengan lembut di rumah pada waktu lapang. Hasilnya, arteri-arteri yang tersumbat itu dapat melebar dan darah mampu mengalir lebih banyak.
Selain melancarkan pengaliran darah, urutan juga mampu menyalurkan lebih banyak oksigen dan nutrisi yang diperlukan oleh folikel rambut untuk ia memperbaiki kerosakan sel sedia ada.
Rawatan rambut gugur #5. Diet seimbang
Ya, setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut itu juga penting untuk rambut. Apa yang anda perlu ambil adalah nutrisi daripada kategori berikut:
- Zat besi untuk cegah anemia punca rambut gugur
- Biotin untuk menggalakkan rambut tumbuh
- Protein untuk menguatkan rambut kekal
Dalam pada itu, ada banyak bahan tradisional yang boleh menjadi rawatan rambut gugur seperti lidah buaya, kelapa, pisang dan macam-macam lagi. Namun, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor!
Sumber rujukan
- Hair Loss, https://www.hopkinsallchildrens.org/patients-families/health-library/healthdocnew/hair-loss, Accessed Jun 30 2022.
- Hair Loss, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/hair-loss/, Accessed Jun 30 2022.
- Hair Loss: Common Causes and Treatment, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2017/0915/p371.html, Accessed Jun 30 2022.
- How To Treat Hair Loss, https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/treatment, Accessed Jun 30 2022.
- Treatment of Hair Loss, https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/nejm199909233411307, Accessed Jun 30 2022.
Rujukan artikel asal
- Hair Loss, https://www.hopkinsallchildrens.org/patients-families/health-library/healthdocnew/hair-loss, Accessed Jun 30 2022.
- Hair Loss, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/hair-loss/, Accessed Jun 30 2022.
- Hair Loss: Common Causes and Treatment, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2017/0915/p371.html, Accessed Jun 30 2022.
- How To Treat Hair Loss, https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/treatment, Accessed Jun 30 2022.
- Treatment of Hair Loss, https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/nejm199909233411307, Accessed Jun 30 2022.