KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Kesihatan Kulit

Kesihatan Kulit

Kesihatan Kulit

DITAJA OLEH:

Artikel

Teroka lebih banyak kategori Kesihatan Kulit

Terokai Kesihatan Kulit

ad iconIklan
Soalan Lazim

Mempunyai kulit yang sihat itu sangat penting untuk individu. Meskipun organ-organ dalaman yang menjalankan fungsi tubuh badan, kulit adalah organ terbesar dan terdedah dengan dunia luar. Ia juga adalah barisan pelindung utama daripada mikrob dan kuman yang mengakibatkan jangkitan. Kulit turut mengawal cecair-cecair tubuh badan dalam usaha mengelak dehidrasi, sekali gus membantu individu untuk merasa suhu dan sensasi melalui hujung saraf.

Berikut adalah beberapa petanda untuk tahu jika kulit anda itu sihat:
– Anda memiliki kulit tebat, ia tidak nipis seperti kertas dan tidak akan koyak, rosak atau lebam. Ini bermakna anda memiliki dermis yang tebal dan sihat serta mengandungi kolagen serta elastin.
– Kulit anda itu anjal. Ia tidak terlihat kering dan kasar. Ini bermakna kulit anda terhidrasi dan pelindung lipid atau pelindung kelembapan berada pada kondisi yang baik.
– Anda dapat merasa sensasi seperti sejuk dan panas, seperti mana sepatutnya. Anda juga dapat merasa sensasi lain seperti gatal, menyengat atau terbakar.

Anda boleh mendapatkan kulit bersih dengan cara berikut:
– Sapu sekurang-kurangnya SPF 30 pelindung matahari terutama sebelum keluar rumah. Ia penting untuk membantu menghalang sinaran ini daripada merosakkan kulit sekali gus memperlahankan penuaan serta menurunkan risiko kanser kulit. Ini juga digunapakai apabila anda di dalam rumah tetapi bekerja atau berada di persekitaran berhampiran tingkap di mana cahaya matahari dapat tembus.
– Elakkan merokok. Tabiat ini akan mempercepatkan penuaan. Ia juga menyebabkan luka lambat sembuh serta mengakibatkan penyakit kulit seperti psoriasis itu lebih teruk.
– Perlahan basuh muka dengan kerap terutama apabila anda bangun tidur dan sebelum masuk tidur atau selepas aktiviti lasak seperti senaman. Guna pencuci muka yang lembut.
– Elakkan kulit kering. Minum lebih banyak air, guna pelembap dan losyen pada kulit anda.
– Elakkan stres. Ia boleh menjejaskan proses penghasilan minyak yang membawa kepada masalah kulit rosak. Stres juga memburukkan lagi kondisi kulit seperti ekzema.

Jerawat adalah kondisi kulit biasa dengan karakteristik timbul bintik-bintik pada kulit wajah, leher, bahu dan belakang. Ia terjadi apabila folikel rambut pada kulit tersumbat dengan sebum serta sel kulit mati.

Terdapat beberapa jenis penyakit kulit biasa yang boleh menjejaskan kesihatan kulit, tetapi yang paling umum berlaku adalah seperti berikut:

– Jerawat
– Alopecia Areata
– Dermatitis Atopik
– Hidradenitis suppurativa
– Psoriasis
– Rosacea
– Skleroderma
– Vitiligo

ad iconIklan
ad iconIklan

Pakar Hello Doktor

Panel perubatan yang menyemak artikel di Hello Doktor terdiri daripada pelbagai pakar kesihatan yang diperakui oleh lembaga kesihatan. Mereka membantu Hello Doktor memperkukuhkan kandungan di dalam laman web ini mengikut bidang kepakaran mereka.

Panel perubatan ini memastikan setiap isi kandungan artikel tepat, terkini dan mencerminkan maklumat penyelidikan dan saintifik terkini.

Mereka juga berusaha keras untuk membantu anda mendapatkan maklumat kesihatan yang bermanfaat, mudah diakses dan boleh dipercayai. Anda boleh membaca artikel-artikel ini walau di mana pun tahap kesihatan anda, memberikan anda peluang untuk membuat pilihan terbaik.

Lihat Pakar Lain

Lihat halaman asal di Hello Doktor