KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Rimas Dengan Bulu Kat Badan? Ada 5 Cara Untuk Cabut Bulu Tanpa Rasa Sakit!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Mencabut bulu yang tidak diingini telah menjadi sebahagian daripada rutin seperti pergi ke pasar raya. Dengan adanya teknologi moden, kini anda boleh mencabut bulu dengan mengurangkan kerengsaan. Malah, apabila anda melihat 5 cari ini, anda boleh berhenti memikirkan mimpi ngeri mencabut bulu dan mungkin mengharapkannya.

Rimas Dengan Bulu Kat Badan? Ada 5 Cara Untuk Cabut Bulu Tanpa Rasa Sakit!

Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Kulit, lihat di sini.

5 Cara mudah cabut bulu tanpa rasa sakit!

1. Shaver

Pencukur wanita yang ada di pasaran menjadikan anda lebih mudah untuk buang bulu badan seperti di  kaki, ketiak dan faraj. Untuk mengurnagkan kerengsaan, gunakan cream bulu sebelum menanggalkan bulu kerana anda akan dapat lebih penghidratan dan membolehkan untuk mendapatkan cukuran yang kurang menyakitkan.

2. Depilatori

Depilatori ialah bahan dalam bentuk krim, gel atau losyen yang boleh membantu anda untuk menanggalkan bulu. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh melarutkan struktur rambut menjadikan bulu mudah disapu atau dibilas dari kulit.

3. Waxing 

Anda pernah mencuba untuk waxing bulu? Ada yang mengatakan ia sakit, tapi ada juga yang cakap tidak sakit. Waxing antara kaedah yang berkesan untuk buang bulu badan hingga ke akar dan menjadikan kulit anda licin daripada bulu dalam tempoh 3 ke 6 minggu. 

4. Laser 

Laser tidak dapat buang bulu badan secara kekal tetapi ia antara alternatif yang digunakan untuk mengurangkan pertumbuhan bulu dalam tempoh yang panjang selain kurang rasa sakit. 

Haba tinggi semasa laser menyebabkan kerosakan kepada folikel bulu. Ini mendorong kemusnahan rambut yang berterusan, pengurangan kira-kira sebanyak 20 hingga 25 peratus dengan setiap rawatan. Sebab itulah, anda perlu melakukan 6 ke 8 sesi untuk menampakkan hasil!

5. Epilator

Bagi anda pertama kali menggunakan epilator, anda mungkin akan rasa sakit saat menggunakannya. Mesin ini mencabut bulu oleh akarnya dan menjadikan kawasan tersebut licin sehingga 4 minggu.

Namun harus diingatkan, anda perlu menggunakan teknik dan menggunakan ia dilokasi yang betul agar anda tidak berasa terlalu sakit. 

Kesimpulan

Tepuk dada tanya selera, alatan atau cara yang mana satu yang akan menjadi pilihan anda. Pemilihan kaedah juga harus disesuaikan dengan jenis kulit, bajet dan tahap sensitiviti individu. Dengan penjagaan yang betul, mencabut bulu boleh menjadi pilihan yang selamat dan efektif untuk mengekalkan penampilan kulit yang bersih dan kemas.

Sumber rujukan

7 Things You May Not Know about Hair Removal But Should. http://www.shape.com/lifestyle/beauty-style/7-things-you-may-not-know-about-hair-removal-should. Assessed 18 December, 2017

Rujukan artikel asal

7 Things You May Not Know about Hair Removal But Should. http://www.shape.com/lifestyle/beauty-style/7-things-you-may-not-know-about-hair-removal-should. Assessed 18 December, 2017

Lihat halaman asal di Hello Doktor