Jangan Terkejut, 15 Makanan Dan Minuman Ini Boleh Sebabkan Muka Berjerawat!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Umumnya, makanan sahaja bukanlah faktor jadi punca jerawat atau cara mencegahnya. Genetik, amalan gaya hidup dan apa yang dimakan semuanya memainkan peranan untuk masalah kulit ini. Tetapi ada sesetengah makanan yang menyebabkan jerawat semakin teruk.
Ingin tahu apakah makanan dan minuman yang menyebabkan jerawat semakin merebak di wajah? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Kulit, lihat di sini.
Minuman & makanan yang menyebabkan jerawat
Sekali lagi, anda harus faham makanan tidak bertanggungjawab secara langsung untuk masalah jerawat.
Sekiranya anda mempunyai kulit mudah berjerawat, terlalu berminyak, kesihatan usus lemah dan amalan penjagaan kebersihan tidak betul, maka makanan berikut boleh mengakibatkan tindak balas.
1. Gula, makanan yang menyebabkan jerawat
Gula yang diambil sebagai gula putih ditapis di rumah dan dalam bentuk lain seperti soda, tinggi dengan karbohidrat halus.
Ia diserap cepat ke dalam aliran darah dan meningkatkan paras gula. Peningkatan tahap insulin mendorong lebihan gula ke dalam sel dan mengakibatkan munculnya jerawat.
Makanan dan minuman yang menyebabkan jerawat 2. Produk tenusu
Pengambilan susu rendah lemak dan susu skim dipercayai membawa kepada peningkatan jerawat.
Kaitan antara keduanya masih tidak jelas, tetapi sekiranya jerawat muncul selepas pengambilan susu, elakkan produk tenusu.
3. Makanan segera
Walaupun masih tidak jelas hubungan antara keduanya, namun pengambilan makanan segera yang kerap seperti burger dan kentang goreng boleh menyebabkan jerawat muncul.
[embed-health-tool-bmr]
4. Coklat antara makanan yang menyebabkan jerawat
Tiada kajian yang mengaitkan makanan manis ini dengan kemunculan jerawat. Bermakna makan coklat bar sekali-sekala tidak akan membuatkan jerawat naik ke muka.
Tetapi tidak semua coklat sama. Jika anda makan coklat yang mengandungi sirap jagung, gula tenusu dan bahan tambahan, ia mungkin jadi punca jerawat!
5. Makanan berminyak
Makanan bergoreng mengandungi banyak minyak dan juga lebihan lemak dalam daging. Minyak dan lemak yang berlebihan boleh menjadi penyebab kemunculan jerawat.
6. Jus
Jus dalam botol walaupun baru diperah termasuk antara jenis makanan dan minuman yang menyebabkan muka berjerawat, bahkan boleh menjadi pencetus utama muka berjerawat.
Ini kerana jus buah-buahan mengandungi gula yang tinggi tanpa serat – boleh mengakibatkan lonjakan gula darah, menjurus kepada peningkatan pengeluaran sebum dan keradangan.
7. Serbuk protein whey
Merupakan sumber kaya dengan protein dan asid amino seperti leucine dan glutamin.
Namun pengambilannya menjadikan sel kulit membesar dan membiak lebih cepat selain peningkatan paras insulin yang menyebabkan munculnya jerawat.
Makanan yang menyebabkan jerawat #8. Bijirin halus
Bijirin halus atau tepung putih halus biasanya terdapat dalam roti, pasta, bijirin dan mi beras – mempunyai indeks glisemik tinggi dan meningkatkan paras gula dalam darah.
Insulin menjadikan hormon androgen lebih aktif – membawa kepada pertumbuhan sel lebih cepat dan pengeluaran sebum yang mengakibatkan jerawat.
9. Makanan tinggi lemak omega-6
Makanan seperti emping jagung dan minyak sayuran diketahui meningkatkan risiko jerawat kerana ia mengandungi lemak omega-6 – bersifat keradangan.
Jika mempunyai kulit mudah berjerawat, ini antara makanan yang perlu anda elakkan.
Baca juga:
Ambil Tahu Punca & Jenis Jerawat Yang Tumbuh Di Wajah Anda, Senang Nak Rawat Nanti!
“Ambil Tahu Punca & Jenis Jerawat Yang Tumbuh Di Wajah Anda, Senang Nak Rawat Nanti!” — Hello Doktor
10. Daging tanpa lemak dan protein haiwan
Walaupun hubungannya tidak dapat dipastikan, tetapi pengambilan daging merah secara berlebihan – ayam dan kambing, boleh mengakibatkan jerawat seperti di sepanjang garisan rahang, leher dan pipi.
11. Buahan kering, salah satu makanan yang menyebabkan jerawat
Buah adalah sumber vitamin dan nutrien terbaik dalam diet harian. Pun begitu, buah-buahan kering yang merupakan sumber kandungan gula pekat dipercayai menggalakkan pengeluaran minyak dan keradangan.
Pengambilan secara berlebihan mengakibatkan kenaikan gula yang tinggi dan dikaitkan dengan jerawat.
12. Rumpai laut
Sama ada makannya bersama sushi, dalam salad atau sebagai snek, rumpai laut adalah sumber iodin yang hebat – diperlukan kelenjar tiroid untuk berfungsi dengan baik.
Tetapi terlalu banyak iodin dalam satu masa boleh menyebabkan jerawat muncul di wajah.
Makanan dan minuman yang menyebabkan jerawat #13. Alkohol
Bagi mereka yang bukan Islam, pengambilan segelas minuman alkohol boleh memberikan ketenangan tetapi jika berlebihan ia boleh mengubah tahap hormon.
Walaupun tidak dapat dibuktikan kesannya kepada jerawat secara langsung, tetapi apabila diminum, alkohol mewujudkan ketidakseimbangan dalam tahap estrogen atau testosteron – faktor utama dalam kekerapan dan keterukan jerawat.
Apabila tahap hormon meningkat, kulit menghasilkan bahan dipanggil sebum. Ia akan menyumbat liang pori dengan minyak dan bakteria – penyebab jerawat yang menyakitkan.
14. Makanan pedas
Lebihan makanan pedas boleh membahayakan sistem penghadaman dengan menyebabkan keradangan pada saluran penghadaman. Pengambilan makanan tinggi kandungan rempah boleh mengakibatkan jerawat pada kulit.
15. Makanan alahan
Antara cara makanan menyumbang kepada keradangan adalah melalui alahan makanan atau turut dikenali sebagai tindak balas hipersensitiviti tertunda.
Keadaan ini berlaku apabila sistem imun tersilap mengenal pasti makanan sebagai ancaman dan melancarkan serangan imun terhadapnya.
Kesannya, tahap molekul proradang yang tinggi beredar ke seluruh tubuh dan mengakibatkan jerawat semakin teruk.
Amnya, senarai minuman dan makanan yang menyebabkan jerawat di atas adalah garis panduan umum.
Jika terdapat sebarang keraguan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Sumber rujukan
- Jacobsen MB, Aukrust P, Kittang E, Müller F, Ueland T, Bratlie J, Bjerkeli V, Vatn MH. Relation between food provocation and systemic immune activation in patients with food intolerance. Lancet. 2000 Jul 29;356(9227):400-1. doi: 10.1016/s0140-6736(00)02536-8. PMID: 10972377. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10972377/, Accessed on Feb 6, 2022
- Genuis SJ. Sensitivity-related illness: the escalating pandemic of allergy, food intolerance and chemical sensitivity. Sci Total Environ. 2010 Nov 15;408(24):6047-61. doi: 10.1016/j.scitotenv.2010.08.047. PMID: 20920818. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20920818/, Accessed on Feb 6, 2022
- Caroline Caperton, MD, MSPH,a Samantha Block, BS,a Martha Viera, MD,a Jonette Keri, MD, PhD,a and Brian Berman, MD, PhD. Double-blind, Placebo-controlled Study Assessing the Effect of Chocolate Consumption in Subjects with a History of Acne Vulgaris (2014). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4025515/, Accessed on Feb 6, 2022
- Caroline L. LaRosa, MD, Kim A. Quach, MD, Kirsten Koons, BS, Allen R. Kunselman, MA, Junjia Zhu, PhD, Diane M. Thiboutot, MD, Andrea L. Zaenglein, MD . Consumption of dairy in teenagers with and without acne (2016). https://doi.org/10.1016/j.jaad.2016.04.030, Accessed on Feb 6, 2022
- Aksu AE, Metintas S, Saracoglu ZN, Gurel G, Sabuncu I, Arikan I, Kalyoncu C. Acne: prevalence and relationship with dietary habits in Eskisehir, Turkey. J Eur Acad Dermatol Venereol. 2012 Dec;26(12):1503-9. doi: 10.1111/j.1468-3083.2011.04329.x. Epub 2011 Nov 10. PMID: 22070422. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22070422/,
- Apostolos Pappas. The relationship of diet and acne (2009). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2836431/, Accessed on Feb 6, 2022
Rujukan artikel asal