Susah Hati Muka Naik Jerawat? Tenang, Amalkan 11 Makanan & Minuman Ini!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Sememangnya lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membuktikan perkara ini, tetapi diet harian dipercayai memainkan peranan penting dalam masalah jerawat. Dalam artikel ini, Hello Doktor akan kongsikan senarai makanan yang baik untuk kulit berjerawat.
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Kulit, lihat di sini.
Masalah jerawat
Ada ke makanan yang dapat menghilangkan jerawat dengan cepat? Sebelum persoalan itu terjawab, jom fahami secara ringkas kaitan makanan dengan masalah jerawat ini.
Jerawat timbul apabila liang pori kulit tersumbat dengan sel kulit mati, bakteria atau kedua-duanya. Ia juga berlaku apabila badan menghasilkan terlalu banyak sebum – minyak yang menghalang kulit daripada kering.
Liang tersumbat boleh menyebabkan keradangan dan jerawat.
Semasa akil baligh, tubuh menghasilkan lebih banyak hormon IGF-1 – insulin-like growth factor 1. Hormon tersebut dipercayai meningkatkan pengeluaran sebum dan memburukkan gejala jerawat.
Jadi adakah terdapat makanan yang baik untuk kulit berjerawat dan mengurangkan risiko untuk mengalaminya?
Baca juga:
Ambil Tahu Punca & Jenis Jerawat Yang Tumbuh Di Wajah Anda, Senang Nak Rawat Nanti!
“Ambil Tahu Punca & Jenis Jerawat Yang Tumbuh Di Wajah Anda, Senang Nak Rawat Nanti!” — Hello Doktor
11 makanan yang baik untuk kulit berjerawat
Berikut antara senarai makanan terbaik untuk mencegah dan melindungi kulit daripada berjerawat:
1. Makanan tinggi serat
Pengambilan makanan tinggi serat dipercayai dapat membantu mengawal gula darah, sekali gus mengelakkan jerawat.
Oat, epal dan lobak merah, antara cara mudah untuk menambah pengambilan serat dalam diet anda.
2. Salmon
Ikan ini kaya dengan asid lemak omega-3 – membantu merendahkan keradangan dalam tubuh dan mencegah jerawat. Ia juga membantu mengurangkan jumlah protein IGF-1 yang dihasilkan tubuh.
Selain salmon, asid lemak juga boleh didapati dalam ikan seperti sardin, tenggiri dan tuna.
3. Kekacang, antara makanan yang baik untuk kulit berjerawat
Individu dengan masalah jerawat selalunya mempunyai tahap antioksidan seperti vitamin E dan selenium yang rendah. Kedua-dua mineral ini melindungi sel daripada kerosakan dan jangkitan.
Mineral tersebut banyak terdapat dalam badam dan kacang tanah. Tetapi pastikan jangan ambil berlebihan!
4. Ubi keledek
Beta-karotena, akan ditukar menjadi vitamin A adalah punca ubi keledek mempunyai warna oren yang cantik.
Vitamin ini mempunyai ciri bertindak sebagai penghalang kulit (skin barrier) terhadap perubahan warna, keradangan dan liang tersumbat yang sering dibawa oleh radikal bebas.
Makanan yang dapat menghilangkan jerawat dengan cepat #5. Lemon
Jus lemon segar berfungsi sebagai astringen semula jadi – menegangkan kulit yang kendur dan mengaburkan noda.
Namun ia tidak sesuai sebagai rawatan topikal kerana terlalu berasid dan boleh merosakkan penghalang kulit.
Tetapi khasiat lemon dalam serum, diperah ke dalam air, di atas salad atau sebahagian daripada diet boleh menghasilkan keajaiban buat kulit.
6. Buah beri
Buah strawberi, ceri, raspberi, beri biru dan beri hitam – kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Kedua-dua mineral ini juga terdapat dalam lada benggala, kiwi dan brokoli.
Kandungan vitamin C dalam darah adalah senjata kuat melawan kulit bertompok, manakala antioksidan bertindak menyingkirkan bintik gelap yang menjengkelkan.
7. Bijirin penuh, makanan yang baik untuk kulit berjerawat
Bijirin gandum penuh seperti beras perang, oat dan rye membantu melawan jerawat kerana ia mempunyai indeks glisemik (GI) rendah – cara terbaik untuk tidak meningkatkan paras gula dalam darah.
Paras gula darah yang tinggi akan meningkatkan pengeluaran hormon – menjadikan kulit lebih berminyak dan mudah berjerawat.
8. Makanan tinggi probiotik
Bukan sekadar baik untuk sistem penghadaman tetapi kajian juga mendapati makanan probiotik ini juga membantu membersihkan kulit dengan mengurangkan jerawat yang kelihatan dan mencegahnya.
Antara pilihan mudah, semestinya yogurt Greek.
Makanan yang baik untuk kulit berjerawat #9. Makanan kaya zink
Zink adalah mineral penting untuk fungsi kulit dan membantu menyingkirkan jerawat.
Jangan lupa untuk menambah makanan tinggi zink seperti tiram dan ketam, kacang gajus serta lentil ke dalam diet harian anda!
10. Teh hijau
Minuman ini mengandungi sebatian EGCG – berpotensi melawan jerawat dan kaya dengan antioksidan lain yang baik untuk kulit.
Selain itu, teh hijau juga membantu mengurangkan pengeluaran minyak jika diambil secara topikal pada kulit.
Dalam 1 penyelidikan, sekumpulan wanita mengambil suplemen EGCG. Selepas 4 minggu, jerawat sekitar hidung, mulut dan dagu berkurangan.
Tetapi harus diingatkan suplemen adalah lebih kuat daripada teh. Malah dos harian EGCG adalah bersamaan dengan minum 9 cawan teh hijau. Jangan lupa, teh hijau turut mengandungi kafein. Jadi hadkan pengambilannya, okay?
11. Coklat gelap
Jika anda mahukan hidangan manis, dapatkan bar coklat gelap – ia mengandungi flavonoid yang meningkatkan aliran darah, melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mengekalkan kulit agar kekal terhidrat.
Pengambilan makanan yang dapat menghilangkan jerawat dengan cepat
Sesetengah kajian mencadangkan makanan tertentu boleh membantu menghilangkan jerawat dan meningkatkan kesihatan kulit, tetapi tidak ada “penawar” makanan yang muktamad.
Sebelum mengubah suai diet, penting untuk berbincang dengan doktor bagi memastikan sebarang perubahan yang dilakukan tidak akan membahayakan kesihatan anda.
Diet terbaik dalam menangani jerawat ialah makan makanan sihat dan seimbang bersama buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta sumber protein yang sihat dan bijirin penuh.
Sumber rujukan
- What Are the Best Foods for People with Acne? https://www.acne.org/what-are-the-best-foods-for-people-with-acne.html, Accessed on Feb 6, 2022
- Can The Right Diet Get Rid Of Acne? https://www.aad.org/public/diseases/acne/causes/diet, Accessed on Feb 6, 2022
- Food and Adolescent Acne. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/teen/nutrition/Pages/Food-and-Adolescent-Acne.aspx, Accessed on Feb 6, 2022
- Acne. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne, Accessed on Feb 6, 2022
- Kim J, Ko Y, Park YK, Kim NI, Ha WK, Cho Y. Dietary effect of lactoferrin-enriched fermented milk on skin surface lipid and clinical improvement of acne vulgaris. Nutrition. 2010 Sep;26(9):902-9. doi: 10.1016/j.nut.2010.05.011. PMID: 20692602. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20692602/, Accessed on Feb 6, 2022
- Kwon HH, Yoon JY, Hong JS, Jung JY, Park MS, Suh DH. Clinical and histological effect of a low glycaemic load diet in treatment of acne vulgaris in Korean patients: a randomized, controlled trial. Acta Derm Venereol. 2012 May;92(3):241-6. doi: 10.2340/00015555-1346. PMID: 22678562. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22678562/, Accessed on Feb 6, 2022
- Kucharska A, Szmurło A, Sińska B. Significance of diet in treated and untreated acne vulgaris. Postepy Dermatol Alergol. 2016 Apr;33(2):81-6. doi: 10.5114/ada.2016.59146. Epub 2016 May 16. PMID: 27279815; PMCID: PMC4884775. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27279815/, Accessed on Feb 6, 2022
- Suzana Saric, Manisha Notay, and Raja K. Sivamani. Green Tea and Other Tea Polyphenols: Effects on Sebum Production and Acne Vulgaris (2016). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5384166/, Accessed on Feb 6, 2022
Rujukan artikel asal