Ini Dia Cara Kecutkan Jerawat Bengkak, Jangan Picit-picit Lagi Ya!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Tak senang duduk sebab jerawat membengkak selepas anda memicitnya? Tenang, ini ada beberapa cara kecutkan jerawat bengkak boleh dicuba dalam perkongsian artikel ini. Teruskan pembacaan anda.
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Kulit, lihat di sini.
Apa itu jerawat bengkak?
Sebelum mengetahui cara kecutkan jerawat bengkak, jom kita fahami secara ringkas punca yang menyebabkan ia membengkak.
Jerawat atau akne boleh menjadi bengkak selepas dijangkiti apabila anda cuba meletupkan atau memicitnya. Biasanya selepas jerawat dipicit, ia akan menghasilkan luka terbuka.
Ada kalanya bakteria dikenali sebagai Propionibacterium acnes, yang hidup secara semula jadi pada kulit akan memasuki lubang ini dan menyebabkan jangkitan. Kesannya bahagian sekitar jerawat akan berasa sakit, merah atau meradang. Anda juga boleh mengalami demam.
Jerawat ini boleh dirawat di rumah. Tetapi jika keadaannya teruk atau berhampiran dengan mata, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
Tanda jerawat dijangkiti seperti:
- Saiznya lebih besar atau lebih jelas daripada jerawat biasa
- Mengalami demam atau keletihan
- Jerawat berair atau berdarah bercampur nanah
- Sakit atau ketidakselesaan sekitar jerawat
- Bengkak, keradangan atau kemerahan
- Jerawat mungkin berasa panas apabila disentuh
- Akne tidak hilang selepas menggunakan ubat jerawat biasa
Cara kecutkan jerawat bengkak
Jerawat yang membengkak selepas dijangkiti ini boleh merebak dan menyebabkan parut, jadi sebaiknya ia dirawat secepat mungkin.
Bergantung pada jenis jerawat, anda mungkin boleh menggunakan produk tanpa preskripsi (OTC) sebelum beralih kepada rawatan preskripsi lebih kuat.
Perlu diingatkan, tiada petua kecutkan jerawat dengan cepat. Ini kerana setiap rawatan memerlukan masa sebelum anda dapat melihat kesan sepenuhnya.
Rawatan OTC
Terdapat banyak rawatan OTC boleh dicuba sebagai cara kecutkan jerawat bengkak. Berikut adalah 3 bahan utama yang perlu ada dalam produk seperti ini:
- Benzoyl peroxide
Bahan ini berfungsi untuk membunuh bakteria punca jerawat yang mungkin terperangkap dalam liang pori dan membantu mengurangkan keradangan.
Namun ia boleh mengeringkan kulit, sebaiknya hanya guna pada tempat jerawat sahaja.
- Salicylic acid
Bahan ini mempunyai kesan pengelupasan dan menanggalkan sel kulit mati dari dalam pori. Ia juga membantu merawat luka jerawat dan mencegahnya daripada kembali.
Ia boleh digunakan pada seluruh wajah, tetapi pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan pelembap kulit dari masa ke masa kerana bahan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
- Sulfur
Merupakan bahan yang paling banyak di dalam produk merawat jerawat. Pun begitu, ia paling berkesan untuk jerawat ringan dan tidak meradang.
Anda disarankan untuk memulakan rutin penjagaan wajah dengan menggunakan pencuci muka yang mengandungi asid salisilik dan ubat jerawat dengan benzoil peroksida. Ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum anda boleh dapat melihat perbezaannya.
Sesetengah jerawat yang membengkak mungkin tidak akan bertindak balas terhadap rawatan OTC, terutamanya jika ia banyak dan berulang.
Sekiranya tiada perubahan pada wajah selepas tiga bulan, pertimbangkan untuk berjumpa pakar kulit (dermatologi).
Baca juga:
Cuba 11 Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat Di Muka!
“Cuba 11 Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat Di Muka!” — Hello Doktor
Rawatan rumah sebagai cara kecutkan jerawat bengkak
Terdapat juga beberapa rawatan di rumah yang boleh anda cuba untuk membantu menangani masalah jerawat ini, seperti:
Minyak tree tea
Ada kajian mencadangkan bahawa minyak tea tree boleh membantu membunuh bakteria jerawat.
Anda harus mencairkan (dilute) minyak tersebut sebelum menyapukan pada kulit dan berhenti menggunakannya jika terdapat tanda kerengsaan seperti kemerahan, bengkak atau gatal-gatal.
Ais
Selain itu, ais juga dipercayai dapat memberikan sedikit kelegaan daripada kesakitan, bengkak dan kemerahan kesan jerawat yang meradang.
Balutkan pek ais dengan kain bersih dan sapukan pada bahagian jerawat untuk tempoh 15 minit pada satu masa.
Hentikan penggunaannya jika kulit menjadi terlalu sejuk atau tidak selesa.
Suplemen zink
Pengambilan suplemen zink juga boleh membantu merawat jerawat.
Pastikan anda tidak mengambil suplemen ini lebih daripada disyorkan kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan loya dan kesan sampingan lain.
Kesimpulan
Idea terbaik sebelum memulakan sebarang rawatan di rumah sebagai cara kecutkan jerawat bengkak adalah dengan berunding bersama doktor terlebih dahulu, terutamanya jika melibatkan kombinasi dengan rawatan profesional.
Jika kesakitan yang dialami menjejaskan rutin harian, lakukan pemeriksaan doktor segera. Ini kerana anda mungkin memerlukan preskripsi antibiotik untuk membunuh bakteria.
Sumber rujukan
- Infected Pimple. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22761-infected-pimple#, Accessed on Feb 22, 2023
- Acne Can Affect More Than Your Skin. https://www.aad.org/public/diseases/acne/acne-emotional-effects, Accessed on Feb 22, 2023
- Harsimran Kaur Malhi, Jenny Tu, Thomas V Riley, Sujith Prasad Kumarasinghe, Katherine A Hammer. March 21, 2016. Tea tree oil gel for mild to moderate acne; a 12 week uncontrolled, open-label phase II pilot study. https://doi.org/10.1111/ajd.12465, Accessed on Feb 22, 2023
- Jessica Cervantes, Ariel E. Eber, Marina Perper, Vanessa M. Nascimento, Keyvan Nouri, Jonette E. Keri. November 28, 2017. The role of zinc in the treatment of acne: A review of the literature. https://doi.org/10.1111/dth.12576, Accessed on Feb 22, 2023
- 3 easy steps to treat a red, painful cystic pimple. https://www.vogue.in/beauty/content/how-to-reduce-pimples-at-home-three-easy-steps, Accessed on Feb 22, 2023
- Acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/diagnosis-treatment/drc-20368048, Accessed on Feb 22, 2023
Rujukan artikel asal
- Infected Pimple. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22761-infected-pimple#, Accessed on Feb 22, 2023
- Acne Can Affect More Than Your Skin. https://www.aad.org/public/diseases/acne/acne-emotional-effects, Accessed on Feb 22, 2023
- Harsimran Kaur Malhi, Jenny Tu, Thomas V Riley, Sujith Prasad Kumarasinghe, Katherine A Hammer. March 21, 2016. Tea tree oil gel for mild to moderate acne; a 12 week uncontrolled, open-label phase II pilot study. https://doi.org/10.1111/ajd.12465, Accessed on Feb 22, 2023
- Jessica Cervantes, Ariel E. Eber, Marina Perper, Vanessa M. Nascimento, Keyvan Nouri, Jonette E. Keri. November 28, 2017. The role of zinc in the treatment of acne: A review of the literature. https://doi.org/10.1111/dth.12576, Accessed on Feb 22, 2023
- 3 easy steps to treat a red, painful cystic pimple. https://www.vogue.in/beauty/content/how-to-reduce-pimples-at-home-three-easy-steps, Accessed on Feb 22, 2023
- Acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/diagnosis-treatment/drc-20368048, Accessed on Feb 22, 2023