Jangan Pandang Rendah Sakit Perut Memulas Ketika Hari Raya, Apa Yang Sedang Berlaku?
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Hari Raya Aidilfitri sepatutnya menjadi waktu untuk bergembira, menjamu selera dan berkumpul bersama keluarga. Tidak dinafikan, ramai yang terpaksa menahan sakit perut memulas ketika beraya. Ada yang terpaksa berulang-alik ke tandas, ada juga yang hilang selera makan walaupun hidangan raya terhidang lazat di depan mata.
Namun, kenapa sakit perut memulas boleh terjadi? Sakit perut memulas ketika hari raya sering berlaku akibat perubahan corak pemakanan dan gaya hidup.
Berita baiknya, ada beberapa cara hilangkan sakit perut memulas yang betul ketika musim perayaan. Teruskan membaca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!
Untuk maklumat lanjut tentang Sistem penghadaman, lihat di sini.
Kenapa sakit perut berterusan?
Sakit perut selalunya disebabkan oleh masalah pada saluran penghadaman anda (usus). Sakit perut ini boleh saja berlaku sakit yang ringan, datang secara tiba-tiba, berlaku dari semasa ke semasa atau menjadi semakin teruk.
Sebelum anda ketahui cara hilangkan sakit perut memulas, apa kata anda fahami punca utama kesakitan yang dialami seperti berikut:
1. Ketidakhadaman
Usus yang terkejut selepas sebulan puasa menerima pelbagai jenis makanan berlemak, manis dan pedas secara berlebihan boleh menyebabkan masalah penghadaman.
Senak atau dispepsia adalah ketidakselesaan atau sakit di perut. Gejala senak mungkin berlaku sekali-sekala atau kerap.
Senak mungkin disebabkan oleh keadaan sistem penghadaman. Tetapi selalunya, tiada punca asas yang jelas. Senak yang kerap atau berpanjangan selalunya boleh dirawat dengan perubahan dalam diet dan gaya hidup, terapi kesihatan mental dan ubat-ubatan.
2. Keracunan makanan
Kenapa sakit perut cirit birit? Jawapannya ialah anda sedang alami keracunan makanan.
Makanan yang tidak disimpan rapi atau sudah basi boleh tercemar seperti makanan yang bersantan. Jika dimakan, ia boleh menyebabkan loya, cirit-birit atau demam.
Sebab itulah, jika anda menghidangkan masakan kepada tetamu, pastikan makanan tersebut dimasak dengan cara yang betul dan utamakan kebersihan. Terlalu banyak makan makanan pedas juga boleh menyebabkan najis cair.
3. Gastrik
Perut bergas tidak patut dinormalisasikan, terutamanya apabila terlalu banyak gas terperangkap dalam usus anda. Gas yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, kekejangan atau kembung.
Makanan seperti makanan berlemak, pedas dan makanan yang menghasilkan gas boleh menyebabkan anda mudah sakit perut, sendawa dan loya.
Jika anda terlibat dalam perjalanan yang jauh semasa beraya, jangan lupa untuk sediakan kudap-kudapan untuk mengelakkan anda kelaparan.
4. Kembung perut
Kenapa sakit perut senak? Mungkin anda sedang alami kembung perut.
Hal ini disebabkan anda terlebih makan, makan makanan yang menghasilkan gas, sistem penghadaman yang perlahan dan kurang pergerakan sehingga menyebabkan gas tidak dapat keluar daripada badan.
4 Cara hilangkan sakit perut memulas
Sesetengah sakit perut tidak dapat dielakkan kerana ia boleh menjadi gejala keadaan perubatan yang serius yang berkembang dari semasa ke semasa. Berikut apa yang anda boleh lakukan:
1. Makan lebih perlahan, antara cara hilangkan sakit perut memulas
Tabiat makan dengan kuantiti yang kecil dan perlahan dapat mengelakkan anda mengalami ketidakhadaman makanan.
Ini juga penting bagi mengelakkan masalah pedih ulu hati, rasa sakit atau rasa terbakar di bahagian tengah dada anda semasa atau selepas makan.
2. Makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari
Tahukah anda, makan makanan dalam hidangan yang kecil antara cara hilangkan sakit perut memulas kerana anda mengawal perut daripada makan hidangan yang besar dan banyak!
Ketika sedang beraya, kita pasti dihidangkan dengan makanan yang berat seperti ketupat, rendang, lemang, bihun, sup dan sebagainya.
Oleh itu, anda perlu sentiasa beringat ketika makan agar ia tidak memudaratkan perut anda kelak.
3. Elakkan makan makanan yang mengganggu perut
Makanan pedas, produk tenusu, minuman bergas dan buah-buahan bersitrus juga boleh mengganggu perut anda. Pedih ulu hati yang terhasil (refluks asid) boleh menyebabkan anda loya. Walaupun agak sukar untuk elak, tapi anda perlu elakkan jika makanan ini penyebab anda sakit perut.
4. Minum banyak air kosong
Air adalah cara hilangkan sakit perut memulas yang ampuh untuk membantu penghadaman anda. Air membantu memecahkan makanan supaya badan anda boleh mendapatkan nutrisi.
Minum air yang mencukupi juga boleh melembutkan najis, yang membantu mengelakkan sembelit. Selain itu, minum air juga membantu anda berasa kenyang tanpa kalori tambahan.
Sakit perut memulas boleh dikawal
[embed-health-tool-bmr]
Sumber rujukan
Abdominal & stomach pain causes & treatment. https://www.aurorahealthcare.org/services/gastroenterology-colorectal-surgery/abdominal-pain . Accessed on Jan 15, 2026
Why Does My Stomach Hurt?. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/5-reasons-your-stomach-may-hurt . Accessed on Jan 15, 2026
Digestive Upset: Could It Be the Food You Just Ate?. https://www.uhhospitals.org/blog/articles/2022/12/digestive-upset-could-it-be-the-food-you-ate . Accessed on Jan 15, 2026
Abdominal pain. https://www.healthdirect.gov.au/abdominal-pain . Accessed on Jan 15, 2026
Abdominal Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/4167-abdominal-pain . Accessed on Jan 15, 2026
12 Reasons Why You Might Feel Nauseated After Eating. https://health.clevelandclinic.org/why-do-i-have-nausea-after-i-eat . Accessed on Jan 15, 2026
Nutrition and healthy eating.
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/digestion/faq-20058348 . Accessed on Jan 15, 2026
Bloated Stomach. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21740-bloated-stomach . Accessed on Jan 15, 2026
Indigestion https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/indigestion/symptoms-causes/syc-20352211 . Accessed on Jan 15, 2026
Gas and Gas Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7314-gas-and-gas-pain . Accessed on Jan 15, 2026
Rujukan artikel asal