Sindrom Ovari Polisistik (PCOS): Punca Haid Tidak Teratur dan Kegagalan Untuk Hamil
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Tahukah anda PCOS itu apa? Jika anda mengalami haid tidak teratur dan telah lama cuba untuk hamil tetapi masih gagal, ia mungkin disebabkan oleh satu keadaan yang disebut sebagai sindrom ovari polisistik (PCOS). Baca selanjutnya…
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Wanita, lihat di sini.
PCOS itu apa?
Bagi menjawab persoalan PCOS itu apa, ia adalah sejenis gangguan pada hormon wanita.
Hormon androgen yang secara normal adalah rendah dalam badan wanita dihasilkan pada kadar yang tinggi oleh ovari dalam kalangan penghidap PCOS.
Progesteron pula pada kadar yang rendah dari biasa, sementara insulin dihasilkan dengan banyak.
Semua ketidakstabilan pada kadar hormon ini menyebabkan simptom PCOS seperti:
- Kitaran haid menjadi tidak teratur dan sukar dijangka. Contohnya, anda mungkin mengalami kurang 9 haid dalam setahun, jarak antara 2 kitaran lebih dari 35 hari dan darah yang keluar adalah lebih banyak
- Pertambahan bulu pada muka dan badan (hisurtism), jerawat banyak keluar, dan rambut gugur mengikut pola lelaki. Semua ini disebabkan peningkatan kadar androgen (digelar hormon lelaki)
- Sukar untuk hamil. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan proses ovulasi (penghasilan telur) sukar dijangka, seterusnya mengurangkan kebarangkalian berlaku persenyawaan
- Ovari polisistik. Ovari (kilang telur) membesar dan di kelilingi oleh sista (kantung berisi air) menyebabkan fungsinya terganggu
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika haid tidak teratur
Setiap wanita harus mencatat kitaran haid mereka terutamanya bagi mereka yang mengalami kitaran tidak teratur. Banyak aplikasi di telefon pintar boleh digunakan untuk tujuan ini.
Sebelum keadaan bertambah buruk, dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor.
Menurunkan berat badan ialah rawatan PCOS paling berkesan
Tiada ujian khas untuk mendiagnosis penyakit ini. Pemeriksaan pelvis, ultrasound, dan ujian darah untuk melihat kadar hormon antara yang dilakukan oleh doktor untuk membantu diagnosis.
Selepas diagnosis dibuat, perkara paling penting harus dilakukan adalah mengubah gaya hidup dan menurunkan berat badan.
Penghidap PCOS kebiasaannya mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan gangguan hormon.
Baca juga:
Normal Ke Cecair Meleleh Pada Faraj Selepas Bersama Suami? Ini 5 Puncanya!
“Normal Ke Cecair Meleleh Pada Faraj Selepas Bersama Suami? Ini 5 Puncanya!” — Hello Doktor
Penurunan berat badan walaupun hanya sebanyak 5% boleh memberikan kesan terhadap keadaan sedia ada. Ia juga boleh meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan lain.
Antara ubat yang mungkin dipreskripsi oleh doktor adalah:
- Ubat pencegah kehamilan mengandungi estrogen dan progestin untuk mengurangkan hormon androgen atau terapi progestin bagi mengembalikan kitaran normal
- Ubat membantu ovulasi seperti clomiphene, letrozole, metformin dan gonadotropins
- Ubat mengurangkan pertumbuhan bulu seperti pil pencegah kehamilan, spironolactone, eflornithine, atau membuang bulu menggunakan arus eletrik (electrolysis).
Dengan perubahan gaya hidup dan rawatan yang betul, penghidap PCOS boleh menghadapi kehidupan normal dan mendapatkan cahaya mata.
Apa pun jika terdapat pertanyaan mengenai pcos itu apa, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.
[embed-health-tool-ovulation]
Sumber rujukan
- Polycystic Ovary Syndrome – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/symptoms-causes/syc-20353439, Accessed on June 19, 2023
- Polycystic ovary syndrome. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/polycystic-ovary-syndrome/, Accessed on June 19, 2023
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/polycystic-ovary-syndrome-pcos, Accessed on June 19, 2023
- PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) and Diabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/pcos.html, Accessed on June 19, 2023
- PCOS SYMPTOMS. https://www.pcosaa.org/pcos-symptoms/, Accessed on June 19, 2023
Rujukan artikel asal
- Polycystic Ovary Syndrome – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/symptoms-causes/syc-20353439, Accessed on June 19, 2023
- Polycystic ovary syndrome. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/polycystic-ovary-syndrome/, Accessed on June 19, 2023
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/polycystic-ovary-syndrome-pcos, Accessed on June 19, 2023
- PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) and Diabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/pcos.html, Accessed on June 19, 2023
- PCOS SYMPTOMS. https://www.pcosaa.org/pcos-symptoms/, Accessed on June 19, 2023