KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Cara Elakkan Stretch Mark Ketika Mengandung? Ada 7 Tip Untuk Bakal Ibu

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Cara hilangkan stretch mark ada banyak, tapi mana satu yang bagus? Salah satu cabaran yang biasa dihadapi oleh wanita hamil ialah stretch mark atau tanda regangan. Semasa hamil, anda akan mengalami stretch mark pada bahagian perut.

Cara Elakkan Stretch Mark Ketika Mengandung? Ada 7 Tip Untuk Bakal Ibu

Ia juga boleh muncul di kawasan paha, dada, punggung dan lengan disebabkan regangan kulit yang mendadak.

Walaupun ia tidak membahayakan kesihatan, ramai wanita ingin mengelaknya demi penampilan dan keselesaan diri.

Mari kita lihat beberapa cara menghilangkan stretch mark dengan cepat semasa mengandung.

Untuk maklumat lanjut tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

7 Cara hilangkan stretch markĀ pada badan

1. Minum air secukupnya setiap hari

Kulit yang kering lebih mudah untuk mengalami keretakan. Oleh itu, pastikan tubuh sentiasa cukup hidrasi agar kulit kekal lembap dari dalam. Wanita hamil disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.

Hal ini kerana, ia penting untuk membantu menguatkan dan memperbaharui kulit anda.

2. Cara hilangkan stretch mark dengan mengekalkan kelembapan kulit setiap hari

Kulit yang sentiasa lembap akan menjadikan kulit lebih anjal. Semasa mengandung, tubuh akan membesar dengan cepat dan kulit perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

Penggunaan pelembap seperti krim atau minyak khas adalah cara hilangkan stretch mark yang mudah untuk ibu hamil.

cara hilangkan stretch mark
Gunakan pelembab untuk hilangkan tanda regangan pada tubuh anda.

Gunakan pelembab yang mengandungi :

  • Minyak kelapa: Mengandungi sifat anti-radang dan sangat bagus untuk kulit sensitif
  • Aloe vera gel: Membantu untuk memudarkan stretch mark kerana mampu melembabkan dan menenangkan kulit

3. Amalkan pemakanan sihat untuk pulih dari stretch mark

Pemakanan memainkan peranan besar dalam cara hilangkan stretch mark. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien penting untuk menyokong keanjalan kulit seperti:

  • Vitamin C: Membantu penghasilan kolagen seperti buah oren, strawberi, brokoli
  • Zink: Menguatkan struktur kulit seperti kacang, bijian, ayam
  • Omega-3: Lemak sihat yang melembapkan kulit seperti ikan salmon, chia seed
  • Protein: Diperlukan untuk pembaikan dan pertumbuhan sel kulit seperti telur, daging tanpa lemak

4. Ikut berat badan yang disarankan semasa mengandung

cara hilangkan stretch mark 01
Menjaga berat semasa hamil antara cara menghilangkan stretch mark dengan cepat.

Penambahan berat badan yang terlalu cepat atau berlebihan semasa mengandung boleh meningkatkan risiko stretch mark. Disebabkan badan anda tidak sempat menyesuaikan diri, lalu menyebabkan kulit merekah.

Penambahan berat badan yang sihat biasanya antara 11-16kg untuk wanita dengan berat badan normal sebelum mengandung. Namun, setiap wanita berbeza, jadi pastikan anda ikut nasihat doktor.

Dengan ini, cara menghilangkan stretch mark dengan cepat akan terlaksana!

5. Ambil makanan yang bagus untuk kulit

Apa maksudnya? Anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E dan C, zink dan silika yang membantu membentuk kolagen dengan lebih banyak lagi.

Hal ini kerana, kolagen dan gentian elastin dalam kulit dapat merangsang pertumbuhan sel baharu dan memudarkan stretch mark dari semasa ke semasa.

6. Konsisten sejak awal kehamilan

Cara hilangkan stretch mark di paha boleh dicegah jika dijaga sejak awal kehamilan. Ramai wanita mula menjaga kulit hanya selepas perut membesar. Walhal, stretch mark sudah mula terbentuk sebelum ia terlihat secara fizikal.

wajah berubah semasa hamil
Perubahan yang terjadi semasa proses kehamilan.

Kesimpulan

Semoga artikel cara hilangkan stretch mark dapat dijadikan panduan. Stretch mark adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi sesetengah wanita kerana faktor genetik, tetapi langkah pencegahan yang dilakukan dari awal mengandung boleh menggalakkan kulit anda kelihatan seperti biasa.
Dengan penjagaan yang betul, anda bukan sahaja boleh elakkan stretch mark, malah tampil lebih yakin dan selesa sepanjang kehamilan!

[embed-health-tool-due-date]

Sumber rujukan

Pregnancy Stretch Marks https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/what-are-pregnancy-stretch-marks/. Diakses pada 14 Julai 2025

Stretch marks in pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/stretch-marks. Diakses pada 14 Julai 2025

Stretch Marks. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10785-stretch-marks. Diakses pada 14 Julai 2025

Stretch marks. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stretch-marks/diagnosis-treatment/drc-20351144. Diakses pada 14 Julai 2025

Collagen. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23089-collagen. Diakses pada 14 Julai 2025

Rujukan artikel asal

Pregnancy Stretch Marks https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/what-are-pregnancy-stretch-marks/. Diakses pada 14 Julai 2025

Stretch marks in pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/stretch-marks. Diakses pada 14 Julai 2025

Stretch Marks. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10785-stretch-marks. Diakses pada 14 Julai 2025

Stretch marks. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stretch-marks/diagnosis-treatment/drc-20351144. Diakses pada 14 Julai 2025

Collagen. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23089-collagen. Diakses pada 14 Julai 2025

Lihat halaman asal di Hello Doktor