Jangan Main Pakai Skincare, Ada Yang Boleh Dan Tak Boleh Untuk Ibu hamil!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Ketika mengandung, ada perkara yang perlu dijaga agar tidak membahayakan diri sendiri dan bayi di dalam badan iaitu skincare untuk ibu bersalin.
Ya, skincare yang anda pakai pada tubuh perlu diperiksa bagi memastikan ia selamat digunakan. Jom kita periksa!
Untuk maklumat lanjut tentang Kehamilan, lihat di sini.
6 Bahan skincare yang selamat untuk ibu hamil
Berikut ialah skincare untuk ibu hamil yang anda boleh take note!
1. Hyaluronic acid
Asid hyaluronik sememangnya dikenali sebagai bahan skincare yang selamat untuk ibu hamil kerana mampu memberi hidrasi kepada kulit untuk wanita mengandung dan yang sedang menyusukan bayi.
Asid hyaluronik adalah bahan yang terdapat secara semula jadi dalam tisu kita dan mempunyai tugas untuk melembapkan kulit dari dalam ke luar.
2. Azelaic acid
Azelaic acid dianggap skincare untuk ibu bersalin dan semasa hamil. Bahan ini membantu untuk membuka pori-pori, merawat jerawat serta memudarkan parut jerawat dan bintik-bintik coklat.
Ia bagus bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit berjerawat dan wanita hamil. Dalam kajian haiwan, penyelidik tidak melihat kecacatan kelahiran.
3. Glycolic acid, bahan skincare sesuai untuk bakal ibu
Asid glikolik ialah bahan skincare yang selamat untuk ibu hamil jika menggunakan konsentrasi yang rendah iaitu 7%.
Anda dapat melihat manfaatnya kerana ia dipercayai mampu menghilangkan kedutan, mencerahkan wajah dan menghilangkan pigmentasi yang ada pada kulit.
4. Niacinamide
Niacinamide ialah bahan yang sering digunakan sebagai bahan tambahan yang membantu untuk melindungi kulit daripada bakteria berbahaya dan mengekalkan kelembapan dalam kulit untuk memastikan ia anjal.
Disebabkan oleh kesan anti-jerawat dan anti-penuaan yang diberikan, niacinamide boleh menjadi pengganti yang baik untuk retinol semasa hamil.
5. Bakuchiol
Bagi anda yang tidak mengetahui, bakuchiol merupakan pengganti retinol.
Oleh kerana bakuchiol adalah alternatif yang lebih lembut kepada retinol, ia telah dicadangkan kerana dikatakan kurang memberikan faktor risiko untuk kehamilan.
6. Peptides
Peptides terdiri di dalam komponen produk anti-penuaan dan ia sesuai digunakan semasa hamil.
Ramai pakar kesihatan mengatakan peptida kolagen adalah selamat untuk individu hamil apabila diambil seperti yang diarahkan.
6 Kandungan skincare berbahaya untuk ibu hamil
1. Parabens
Tahukah anda, kandungan paraben sering kali dijumpai di dalam alat solek, rawatan rambut dan pelembab? Ia boleh menjejaskan perkembangan janin dan boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
Berikut ialah nama lain bagi parabens:
- Butylparaben
- Ethylparaben
- Isobutyl paraben
- Isopropylparaben
- Methylparaben
- Propylparaben
2. Phthalates
Phthalate adalah bahan kimia pengganggu endokrin (endocrine-disrupting chemicals).
Bahan ini boleh dijumpai di dalam losyen, sabun, alat solek, pewarna kuku dan produk wangian. Jika anda menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia ini, ia boleh mengganggu kadar penurunan kesuburan dan testosteron dan perubahan sperma.
3. Triclosan
Banyak ubat gigi, sabun tangan dan sabun badan antibakteria mengandungi pengganggu hormon ini, iaitu racun perosak. Bahan ini merupakan kandungan skincare berbahaya untuk ibu hamil kerana boleh memberi kesan seperti berikut:
- Mengubah hormon haiwan & manusia
- Melemahkan kekebalan tubuh
- Menjadikan bakteria pada tubuh lebih kuat daripada antibiotik
4. Retinol, antara kandungan skincare berbahaya untuk ibu hamil
Retinol adalah antara bahan popular yang wajib dielak untuk wanita hamil. Kandungan skincare berbahaya ibu hamil ini boleh menyebabkan bayi dilahirkan menjadi cacat seperti sumbing, masalah jantung dan gangguan saraf.
Elakkan daripada menggunakannya ya para mommies!
5. Accutane, kandungan skincare berbahaya ntuk ibu hamil
Isotretinoin ialah ubat untuk merawat jerawat. Isotretinoin ialah sejenis vitamin A. dan ia telah dijual di bawah jenama seperti Accutane®, Absorica®, Amnesteem®, Claravis®, Epuris®, Clarus®, Myorisan®, Sotret® dan Zenatane®.
Ubat ini tidak selamat untuk anda kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti kecacatan jantung, muka, dan otak.
Menurut laporan CDC (Centers for Disease Control and Prevention), kadar kejadian kecacatan disebabkan oleh isotretinoin adalah sebanyak 25.6%.
6.Chemical sunscreen
Ketika ini, anda perlu elakkan daripada gunakan chemical sunscreen kerana ia mengandungi penapis UV kerana boleh menyebabkan gangguan endokrin. Tambahan pula, tempoh ini ialah tempoh sangat sensitif untuk anda alami gangguan hormon.
Carilah kandungan <em>skincare</em> yang lebih selamat
[embed-health-tool-due-date]
Sumber rujukan
Skincare While Pregnant: What Products Are Safe? https://www.theskininstitute.org/skincare-while-pregnant/. Diakses pada 11 Julai 2025
6 Active Ingredients That Are Completely Safe For Pregnant and Nursing Mothers. https://draesthetica.co.uk/skincare/active-ingredients-safe-for-pregnant-and-nursing-mothers/#. Diakses pada 11 Julai 2025
Safe Skincare For Expecting Moms. https://www.livderm.org/safe-skincare-for-expecting-moms/. Diakses pada 11 Julai 2025
Is any acne treatment safe to use during pregnancy? https://www.aad.org/public/diseases/acne/derm-treat/pregnancy. Diakses pada 11 Julai 2025
Should You Be Using Bakuchiol in Your Skin Care Routine? https://health.clevelandclinic.org/bakuchiol. Diakses pada 11 Julai 2025
Chemicals to Avoid When You’re Pregnant or Breastfeeding. https://www.nrdc.org/stories/chemicals-avoid-when-youre-pregnant-or-breastfeeding. Diakses pada 11 Julai 2025
Pregnancy, breastfeeding and fertility while using benzoyl peroxide.
https://www.nhs.uk/medicines/benzoyl-peroxide/pregnancy-breastfeeding-and-fertility-while-using-benzoyl-peroxide/. Diakses pada 11 Julai 2025
Brown, B., & Wright, C. (2020). Safety and efficacy of supplements in pregnancy. Nutrition reviews, 78(10), 813–826. https://doi.org/10.1093/nutrit/nuz101. Diakses pada 11 Julai 2025
Retinol. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/23293-retinol . Diakses pada 11 Julai 2025
Isotretinoin (Accutane®). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK582775/. Diakses pada 11 Julai 2025
Lim, H. W., Piquero-Casals, J., Schalka, S., Leone, G., Trullàs, C., Brown, A., Foyaca, M., Gilaberte, Y., Krutmann, J., & Passeron, T. (2025). Photoprotection in pregnancy: addressing safety concerns and optimizing skin health. Frontiers in medicine, 12, 1563369. https://doi.org/10.3389/fmed.2025.1563369 .Diakses pada 11 Julai 2025
Rujukan artikel asal