Dr. Mas Irfan Jaya Mahamooth
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Dr. Mas Irfan Jaya Mahamooth
Profil
Dr. Mas Irfan Jaya Mahamooth merupakan seorang Pakar Obstetrik & Ginekologi dan juga Pensyarah Klinikal di Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam, Selangor. Selepas menamatkan pembelajaran asas Ijazah Sarjana Muda Perubatan di University College of Cork, Ireland, beliau menjalani latihan perubatan awal di Ireland sebelum pulang ke tanah air untuk berkhidmat di Hospital Melaka. Semasa berkhidmat di Hospital Melaka, Dr. Mas Irfan telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Pada tahun 2018, Dr. Mas Irfan telah dikurniakan dengan Ijazah Lanjutan Kepakaran Obstetrik dan Ginekologi oleh Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan telah berjaya menerima keahlian MRCOG oleh Royal College of Obstetrician and Gynaecologist pada tahun 2019. Beliau juga aktif dalam persatuan-persatuan yang berkaitan dengan kesihatan.
Dr. Mas Irfan aktif menceburkan diri dalam bidang penyelidikan dan publikasi, beliau juga telah menghasilkan beberapa artikel bertkaitan dengan kesihatan wanita untuk media tempatan. Dr. Mas Irfan mempunyai semangat yang tinggi sebagai seorang pengamal perubatan, pendidik dan ahli pertubuhan sosial.
Kelulusan
UNIVERSITI DAN IJAZAH
Member of Royal College of Obstetrician-Gynaecologist
Royal College of Obstetrician-Gynaecologist, UK
Masters in Obstetrics-Gynaecology
Universiti Sains Malaysia (USM)
Sarjana Perubatan, Sarjana Pembedahan
University College of Cork, Ireland
PENGALAMAN
Obstetrics-Gynaecology Specialist Consultant
Hospital Sungai Buloh
Lecturer in Obstetrics-Gynaecology
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Gazetting specialist, Obstetrics-Gynaecology
Hospital Selayang
ANUGERAH
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementrian Kesihatan Malaysia 2011
Best poster award OGSM 2015