Batu Karang: Berapakah Tempoh untuk Melepasinya?
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Melepasi batu karang boleh menjadi sangat menyakitkan. Batu karang adalah keras seperti kristal yang biasanya boleh menyebabkan kekejangan di bahagian belakang, sisi dan pangkal paha serta air kencing berdarah. Sesetengah batu karang akan keluar sendiri dan sesetengahnya memerlukan rawatan perubatan.
Faktor Pengaruh
i. Saiz
Saiz batu adalah faktor utama sama ada ia boleh keluar secara semulajadi atau sebaliknya. Bagi batu yang berukuran lebih kecil daripada 4 milimeter (mm), 80 oeratus daripadanya boleh keluar sendiri dan mengambil purata masa 31 hari.
Batu yang 4-6 mm pula lebih cenderung memerlukan rawatan lain. Bagaimanapun, sekitar 60 peratus boleh melepasi secara semulajadi dalam tempoh purata 45 hari.
Manakala batu lebih besar daripada 6 mm biasanya memerlukan rawatan perubatan untuk dikeluarkan. Hanya sekitar 20 peratus boleh melepasi secara semulajadi. Tanpa rawatan perubatan, ia boleh mengambil masa setahun untuk keluar secara semulajadi.
ii. Lokasi
Walaupun saiz memainkan peranan penting sama ada batu boleh melepasi dengan sendiri atau sebaliknya, lokasi batu dalam ureter juga menyebabkan perbezaan.
Batu yang berada di penghujung ureter, lebih dekat ke tempat ia melekat pada pundi kencing dan bukannya melekat pada hujung buah pinggang lebih cenderung untuk keluar sendiri. Penyelidikan menunjukkan bahawa 79 peratus daripada batu ini mengalir sendiri. Bagi batu di penghujung ureter yang lebih dekat ke pundi kencing, kira-kira 48 peratus batu-batu ini berlalu tanpa rawatan perubatan.
Masa yang sesuai
Menunggu batu karang untuk keluar dengan sendirinya tidak sesuai bagi semua orang. Menurut Persatuan Urologi Amerika, penyingkiran batu mungkin diperlukan jika batu tidak keluar sendiri dalam masa 2 bulan atau jika berlaku komplikasi tertentu ketika menunggu ia keluar. Komplikasi ini merangkumi fungsi buah pinggang yang menurun, penyumbatan ureter yang menyebabkan jangkitan buah pinggang atau loya, muntah atau sakit tidak terkawal.
Baca juga:
Sumber rujukan
How Long Does It Take to Pass a Kidney Stone? https://www.livestrong.com/article/32098-long-pass-kidney-stone/ Accessed on Aug 2, 2018.
How Long Does It Take to Pass a Kidney Stone? https://www.griswoldhomecare.com/blog/how-long-does-it-take-to-pass-a-kidney-stone/ Accessed on Aug 2, 2018.
Passing a Kidney Stone: How Long Does It Take and When Should You Call Your Doctor? https://www.healthline.com/health/kidney-health/how-long-to-pass-kidney-stone Accessed on Aug 2, 2018.
Rujukan artikel asal
How Long Does It Take to Pass a Kidney Stone? https://www.livestrong.com/article/32098-long-pass-kidney-stone/ Accessed on Aug 2, 2018.
How Long Does It Take to Pass a Kidney Stone? https://www.griswoldhomecare.com/blog/how-long-does-it-take-to-pass-a-kidney-stone/ Accessed on Aug 2, 2018.
Passing a Kidney Stone: How Long Does It Take and When Should You Call Your Doctor? https://www.healthline.com/health/kidney-health/how-long-to-pass-kidney-stone Accessed on Aug 2, 2018.