KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Rupanya Makanan Dalam Gambar Ini Juga Bagus Untuk Rawat Parut Jerawat?

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Walaupun jerawat telah hilang, anda masih boleh melihat parut kecil jerawat pada kulit anda dan ia boleh menghalang kulit anda dari kelihatan sempurna dan menggelapkan kulit anda. Relaks, makanan untuk parut jerawat ini mungkin boleh bantu anda mengatasi masalah itu! 

Rupanya Makanan Dalam Gambar Ini Juga Bagus Untuk Rawat Parut Jerawat?

Makanan untuk kesan akne #1. Ubi keledek

Ubi keledek kaya dengan vitamin A. Ia adalah penting untuk penyembuhan kulit kerana ia adalah sejenis antioksida yang kuat.

Kerana sifat-sifatnya sebagai antioksida, ia efektif dalam mengukuhkan sistem imun sekali gus membantu proses penyembuhan jerawat dengan mengurangkan kulit rengsa dan radang.

Vitamin A penting untuk proses pertumbuhan semula, membantu mencegah kedutan dan bintik hitam dan putih.

makanan untuk parut jerawat

Makanan untuk parut jerawat #2. Bayam

Bayam adalah sejenis sayur yang kaya dengan zink unsur surih.

Bagaimana zink membantu penyembuhan kulit?

Walaupun zink bukanlah penyembuh ajaib untuk jerawat, tetapi ternyata bahawa ramai penghidap jerawat mengalami kekurangan zink.

Mengambil zink atau makanan yang kaya dengan zink adalah cara yang mudah untuk merawat jerawat dan mendapatkan kulit yang sihat.

Makanan untuk parut jerawat #3. Badam

Vitamin E, yang boleh didapati dalam badam, adalah sejenis antioksida.

Fungsi utamanya dalam penjagaan kulit adalah dengan memberikan perlindungan dari sinaran matahari, tetapi ia juga boleh digunakan dalam merawat kulit kering dan keradangan dengan membuatkan kulit kekal terhidrat dan sihat untuk menghasilkan kolagen.

Cuba ambil yang ini juga #4. Flaxseed

makanan untuk parut jerawat

Asid lemak omega-3 dalam flaxseed adalah sejenis antioksidan.

Omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mengurangkan kemerahan dan kebengkakan, mengehadkan kerengsaan.

Semua ini adalah aspek positif untuk kulit yang lebih sempurna.

Asid lemak menggalakkan penghasilan secara semula jadi, bahan kimia yang mengawal keradangan.

Makanan untuk kesan akne #5. Kapsikum kuning

Warna kuning adalah petanda bagi vitamin C. Vitamin C adalah pada kadar yang tinggi di dalam epidermis (lapisan luar kulit) serta dermis (lapisan dalaman kulit).

Sifat anti-kanser (antioksida), dan peranannya dalam merangsang penghasilan kolagen dan membantu memberikan kulit yang sihat.

Konklusinya, ada banyak jenis makanan yang anda mungkin boleh cuba dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kesan atau parut pada akne yang anda boleh cuba.

Sumber rujukan

  1. CAN THE RIGHT DIET GET RID OF ACNE?, https://www.aad.org/public/diseases/acne/causes/diet, Accessed Dec 10, 2018.
  2. Diet and Acne, https://www.acne.org/diet.html, Accessed Dec 10, 2018.
  3. Acne scars: What’s the best treatment?, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/expert-answers/acne-scars/faq-20058101, Accessed Dec 10, 2018.
  4. Acne, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne, Accessed Dec 10, 2018.
  5. Top 3 Ways to Get Rid of Acne Scars, https://health.clevelandclinic.org/3-ways-to-get-rid-of-your-acne-scars/, Accessed Dec 10, 2018.
Rujukan artikel asal

Lihat halaman asal di Hello Doktor