Perlu Ke Maintain Hubungan Intim Ketika Usia Senja? Ini Jawapannya!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Ramai yang beranggapan bahawa selepas umur 50 tahun, seks romantik dalam hubungan suami isteri akan berakhir secara perlahan. Hakikatnya, ini adalah satu mitos.
Membina hubungan romantik suami isteri tidak terhenti dengan usia senja. Malah, bagi ramai pasangan, tahun-tahun selepas 50 boleh menjadi fasa paling indah dalam kehidupan intim kerana berasa lebih matang, tenang dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Seks selepas 50: Masih relevan dan bermanfaat?
Hubungan intim bukan sekadar hubungan fizikal. Ia juga tentang emosi, kepercayaan dan keintiman. Walaupun perubahan hormon dan fizikal berlaku apabila semakin tua, keinginan dan kepuasan seksual masih boleh dinikmati sepenuhnya.
Hubungan intim yang sihat akan memberi manfaat seperti di bawah:
- Mengurangkan stres dan keresahan
- Meningkatkan sistem imun
- Membantu tidur yang lebih lena
- Menguatkan hubungan pasangan
Cabaran seks romantik di usia senja
Selepas umur 50, cabaran romantik suami isteri bukan hanya dari segi fizikal. Emosi dan persepsi diri juga boleh berubah:
- Rasa tidak menarik lagi
- Rasa malu dengan perubahan badan
- Tekanan kerana anak-anak sudah besar atau tinggal sendiri (empty nest)
1. Perubahan kepada wanita
Selepas menopaus, wanita di usia 50 tahun sering mengalami:
- Faraj kering dan kurang pelinciran semula jadi
- Penurunan hormon estrogen yang menyebabkan dinding faraj menipis dan sensitif
- Penurunan keinginan seksual kerana perubahan hormon dan emosi
- Mengambil masa lebih lama untuk menjadi terangsang secara seksual
- Badan berubah dalam saiz atau bentuk
2. Perubahan kepada lelaki
Lelaki pula mungkin menghadapi:
- Ereksi yang tidak sekuat dahulu
- Mengambil masa untuk mencapai ereksi & ejakulasi
- Pengurangan libido disebabkan penurunan tahap testosteron
- Penurunan hormon testosteron
4 Tip kekal menikmati hubungan intim ketika tua
1. Dapatkan konsultasi daripada doktor
Perlu diingat bahawa kesihatan seksual adalah sama penting dengan kesihatan anda.
Sama ada anda mengalami libido yang rendah, ED atau ketidakselesaan faraj, anda tidak berseorangan kerana ia normal ketika di usia senja. Pakar kesihatan atau doktor boleh mencadangkan rawatan atau ubatan untuk memulihkan masalah yang dihadapi.
2. Berbincang dengan pasangan mengenai hubungan intim
Kunci utama kepada hubungan intim yang sihat ialah berkomunikasi dengan jujur. Usah malu dan nyatakan apa yang anda inginkan dan apa yang kurang menyenangkan.
Penting untuk anda berkomunikasi antara satu sama lain untuk memberitahu pasangan tentang perasaan dan kebimbangan anda untuk kekalkan seks romantik di usia senja ini.
3. Fokus pada romantik suami isteri, bukan hanya seks
Siapa kata jika sudah tua, tidak perlu tunjukkan sisi romantik anda? Kadang kala, pelukan, sentuhan manja, urutan atau hanya berbual sudah cukup untuk menyemarakkan kembali kasih sayang.
Seks bukan hanya tentang penetrasi, ia adalah tentang hubungan emosi.
4. Jaga kesihatan tubuh dan minda
Apa saja yang memberi manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan, ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seks anda. Itulah sebabnya menjalani gaya hidup sihat adalah sebahagian besar daripada mengekalkan kesihatan seksual yang baik.
- Amalkan pemakanan sihat seperti buah-buahan, sayur, bijirin penuh dan makanan tinggi antioksidan
- Lakukan senaman ringan seperti berjalan, yoga atau berenang. Ia meningkatkan aliran darah dan membantu stamina seksual
- Rehat yang cukup dan kawal tekanan. Stres yang tinggi boleh menjejaskan libido
Kesimpulan
Menjaga kesihatan seksual untuk kekalkan seks romantik selepas usia 50 bukan sekadar soal fizikal, tetapi juga soal keintiman, hormat dan kasih sayang. Setiap pasangan layak untuk terus menikmati hubungan yang bermakna, hangat dan memuaskan.
Jika anda atau pasangan anda sedang melalui fasa ini, jangan biarkan rasa malu menghalang kebahagiaan anda. Usia hanyalah angka, tetapi cinta dan keintiman adalah kekuatan yang boleh bertahan seumur hidup.
[embed-health-tool-ovulation]
Sumber rujukan
How Do You Maintain Sexual Health After 50? https://www.ncoa.org/article/how-do-you-maintain-sexual-health-after-50/ . Diakses pada 25 Jun 2025
Sexual Health in Older Adults https://familydoctor.org/sexuality-in-older-adults/ . Diakses pada 25 Jun 2025
Why Is Intimacy Important in Older Adults? https://www.ncoa.org/article/why-is-intimacy-important-in-older-adults/. Diakses pada 25 Jun 2025
Better Sex as You Age https://www.helpguide.org/aging/healthy-aging/better-sex-as-you-age . Diakses pada 25 Jun 2025
5 things to know about sex in later life https://www.ageuk.org.uk/information-advice/health-wellbeing/relationships-family/sex-in-later-life/5-reasons-sexual-health/. Diakses pada 25 Jun 2025
Rujukan artikel asal
How Do You Maintain Sexual Health After 50? https://www.ncoa.org/article/how-do-you-maintain-sexual-health-after-50/ . Diakses pada 25 Jun 2025
Sexual Health in Older Adults https://familydoctor.org/sexuality-in-older-adults/ . Diakses pada 25 Jun 2025
Why Is Intimacy Important in Older Adults? https://www.ncoa.org/article/why-is-intimacy-important-in-older-adults/. Diakses pada 25 Jun 2025
Better Sex as You Age https://www.helpguide.org/aging/healthy-aging/better-sex-as-you-age . Diakses pada 25 Jun 2025
5 things to know about sex in later life https://www.ageuk.org.uk/information-advice/health-wellbeing/relationships-family/sex-in-later-life/5-reasons-sexual-health/. Diakses pada 25 Jun 2025