KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Kerap Mengalami Sakit Kaki, Ini 4 Senaman Mudah Untuk Pulihkan Kesakitan Kaki Anda

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Pernah tak anda mencuba melakukan senaman kaki? Ini kerana seharian berdiri boleh menjadi punca kesakitan di bahagian kaki.

Kerap Mengalami Sakit Kaki, Ini 4 Senaman Mudah Untuk Pulihkan Kesakitan Kaki Anda

Apatah lagi, kaki membawa beban keseluruhan berat badan apabila anda sedang berdiri. Berdasarkan tinjauan Persatuan Perubatan Podiatric Amerika (APMA), 61 peratus wanita menghabiskan lebih daripada empat jam berdiri setiap hari.

4 Senaman kaki yang boleh mengurangkan kesakitan kaki 

Berikut senaman ringkas bagi kesakitan kaki yang anda boleh lakukannya di rumah:

  • Regangan tendon Achilles dan fasia plantar

sakit kaki

Menggelungkan tuala di sekeliling bola kaki  anda dan tarik kaki anda (ball pada kaki anda) ke arah tubuh, pastikan lutut anda lurus. Tahan selama 30 saat dan ulang 3 kali pada setiap kaki.

  • Regangan fasia plantar

sakit kaki

Duduk dan rehatkan lengkungan kaki anda pada objek bulat (tin atau botol). Gerakkan secara golekan ke semua arah untuk beberapa minit. Ulangi senaman ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.

  • Mengambil tuala

sakit kaki

Duduk di kerusi dengan tuala pada lantai di hadapan anda. Pastikan tumit anda di atas permukaan (lantai), ambil tuala dengan mengusapnya antara jari kaki anda. Ulangi sebanyak 10 hingga 20 kali. Ketika anda membaik, tambah beban kecil seperti meletakkan tin kacang di atas tuala.

  • Menolak dinding

sakit kaki

a) Dalam kedudukan menghadap dinding, letakkan kedua-dua tangan pada dinding dengan ketinggian bahu dan tempatkan satu kaki di hadapan.

Jarak kaki depan perlu kira-kira 30 cm (12 inci) dari dinding. Dengan lutut depan sedikit membengkok dan lutut belakang lurus, bengkokkan lutut depan ke arah dinding sehingga otot betis kaki belakang berasa ketat. Rehat dan ulangi sebanyak 10 kali.

sakit kaki

b) Ulang a) tetapi bawa kaki belakang ke hadapan sedikit supaya lutut belakang sedikit bengkok. Ulangi 10 kali.

Sumber rujukan

Exercises to manage foot pain https://www.arthritisresearchuk.org/arthritis-information/exercises-to-manage-pain/foot-pain-exercises.aspx Accessed on Apr 02, 2019.

At-Home Foot Exercises https://www.everydayhealth.com/foot-health/foot-exercises.aspx Accessed on Apr 02, 2019.

Exercise advice: foot pain https://www.csp.org.uk/public-patient/rehabilitation-exercises/foot-pain Accessed on Apr 02, 2019.

Rujukan artikel asal

Lihat halaman asal di Hello Doktor