KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

5 Keadaan Sakit Kaki Yang Biasa Terjadi, Cari Puncanya Senang Nak Rawat Nanti

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Pernah tak anda mengalami sakit kaki kiri atau kanan? Tahu tak apa sebabnya? Ini kerana ramai pesakit yang mengalaminya tidak segera mendapatkan rawatan profesional hingga ia melumpuhkan pergerakan mereka.

5 Keadaan Sakit Kaki Yang Biasa Terjadi, Cari Puncanya Senang Nak Rawat Nanti

Menurut laporan kajian Memahami sifat dan mekanisme sakit kaki, Garrow et al. mendapati bahawa kesakitan kaki yang paling kerap dilaporkan adalah melibatkan bahagian:

  • tengah kaki/lengkung (25.6%)
  • kepala metatarsal pertama (20.2%)
  • jari kaki (15.9%)
  • permukaan tumit (15.5%)

Untuk maklumat lanjut tentang Tulang/Otot, lihat di sini.

Sakit kaki kiri dan kanan- Ini yang biasa terjadi 

Kenapa kaki kita rasa sakit? Anda boleh lihat simptom sakit saraf kaki di bawah ini:

Sakit kaki atau ketegangan lengkung (arch)

sakit kaki kiri
Ilustrasi ketegangan lengkung.

Istilah sakit lengkung atau tengah kaki sering disebut sebagai ketegangan lengkung yang mana merujuk kepada keradangan atau rasa terbakar di kawasan itu.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kesakitan seperti ketidakseimbangan struktur atau kecederaan kaki mungkin menjadi salah satu faktor.

Fasciitis plantar

plantar fasciitis
Ilustrasi plantar fasciitis.

Fasciitis plantar adalah salah satu penyebab sakit kaki kiri dan sakit kaki sebelah kanan yang paling biasa terjadi. Ia berikutan kerengsaan tisu tebal yang dipanggil plantar fascia, di bahagian bawah kaki.

kaedah rice
Guna kaedah RICE jika kaki terseliuh.

Ia menghubungkan tulang tumit ke jari kaki anda. Orang dengan fasciitis plantar mengalami kesakitan di bahagian bawah kaki, biasanya berhampiran bahagian dalam tumit.

Ketidakselesaan dengan plantar fasciitis adalah lebih biasa pada waktu pagi dan semasa melakukan senaman ringan seperti berjalan.

Metatarsalgia

metatarsalgia
Ilustrasi metatarsalgia.

Metatarsalgia adalah keadaan yang digunakan untuk menggambarkan keadaan kaki yang menyakitkan di kawasan metatarsal, atau bahagian bola kaki. Ia dipanggil metatarsalgia kerana tulang di kawasan kaki ini dinamakan metatarsal.

Dengan melompat atau menjalankan aktiviti berat, maka ia punca tulang metatarsal menjadi bengkak dan sakit. 

Tarsal Tunnel Syndrome

sakit kaki kiri
Ilustrasi tarsal tunnel syndrome.

Keadaan ini berlaku apabila saraf utama yang pergi ke kaki ditekankan oleh tulang atau tisu.

Keadaan ini sama seperti di pergelangan tangan yang disebut “scarpal tunnel syndrome.”

Turf Toe

sakit kaki kiri
Ilustrasi turf toe.

Turf toe adalah lekuk di pangkal jari kaki. Ia berlaku apabila kaki besar membongkok di luar jangkauan gerakan normalnya. Ini sering terjadi ketika menendang bola. 

Fakta

Sakit kaki ini boleh menyebabkan koyakan dalam ligamen yang menyokongnya.

Sakit dengan turf toe dialami semasa berjalan atau semasa melakukan aktiviti tertentu. Anda juga mungkin mengalami kekejangan kaki dengan turf toe.

Sumber rujukan

Understanding the nature and mechanism of foot pain https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2631512/ Accessed on Apr 02, 2019.

Foot pain. https://www.mayoclinic.org/symptoms/foot-pain/basics/causes/sym-20050792. Accessed June 18, 2022.

Pain in the bottom of the foot. https://www.nhs.uk/conditions/foot-pain/pain-in-the-bottom-of-the-foot/. Accessed June 18, 2022.

Foot Pain and Problems. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/foot-pain-and-problems. Accessed June 18, 2022.

Foot pain. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/foot-pain. Accessed June 18, 2022.

Rujukan artikel asal

Lihat halaman asal di Hello Doktor