Berhenti Lakukan Perkara Jika Anda Sayangi Jantung Anda!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Semua orang mahukan jantung yang sihat. Namun, tidak semua orang sebenarnya mengamalkan gaya hidup yang membantu memberikan jantung yang sihat. Dalam tidak sedar, anda mungkin sebenarnya sedang merosakkan organ paling penting ini.
Lakukan perubahan untuk jantung yang sihat, tinggalkan perkara berikut!
1. Jangan duduk terlalu lama untuk jantung yang sihat
Tubuh manusia dicipta untuk bergerak. Jika tidak berlaku pergerakan fizikal yang cukup, fungsinya boleh terganggu. Mungkin banyak aktiviti fizikal dan peluh yang boleh diselamatkan dengan adanya teknologi yang membantu. Namun, ia akan menjadi satu perkara yang buruk jika kita kita menggantikannya dengan aktiviti fizikal lain.
Kehidupan sendentari atau tidak aktif meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi. Semua itu tidak sihat untuk jantung. Malah, ada juga yang mengatakan duduk terlalu adalah merokok cara baru.
2. Memandang remeh terhadap petanda yang ada
Tubuh kita berinteraksi dengan memberikan simptom. Contohnya, demam adalah petanda bahawa tubuh sedang dijangkiti kuman. Begitu juga dengan masalah jantung. Sakit dada yang anda alami mungkin bukan sekadar pedih ulu hati (kedua-duanya memberikan simptom yang hampir sama!) lebih-lebih lagi apabila sudah berumur. Malah, ada juga yang meninggal dunia seawal umur 30-an disebabkan sakit jantung.
Jangan mengambil remeh. Lakukan pemeriksaan di klinik atau hospital berhampiran jika mengalami simptom berikut:
- Sakit atau rasa tidak selesa di dada, lengan, atau rahang.
- Sesak nafas tanpa sebab yang jelas.
- Rasa letih di luar kebiasaan.
3. Jangan mengelak daripada menjalani pemeriksaan untuk jantung yang sihat
Mencegah lebih baik daripada merawat. Dapatkan pemeriksaan doktor setiap 5 tahun jika tiada sejarah keluarga dan setiap tahun selepas berumur 40 tahun. Bagi yang mempunyai sejarah penyakit jantung dalam keluarga, anda mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap.
4. Elakkan merokok untuk jantung yang sihat
Bukan sahaja buruk untuk paru-paru anda, tetapi juga untuk jantung dan hampir semua organ di dalam badan. Tiada manfaat yang dapat diberikan oleh tabiat ini selain merosakkan tubuh serta mengecilkan poket anda. Jangan malu untuk mula berhenti kerana anda tidak berseorangan. Dapatkan bantuan melalui pakar di klinik dan hospital.
Mulakan dengan langkah yang kecil untuk masa depan yang sihat. Sayangilah jantung anda!
[embed-health-tool-heart-rate]
Sumber rujukan
Mark Urman, MD, Cedars-Sinai Heart Institute; member, American College of Cardiology’s Prevention of Cardiovascular Disease Committee.
National Heart, Lung, and Blood Institute: “Who is at Risk for Heart Disease?”
National Heart, Lung, and Blood Institute: “Don’t Take a Chance with a Heart Attack: Know the Facts and Act Fast.”
American Heart Association: “Understand Your Risk of Heart Attack.”
Rujukan artikel asal
Mark Urman, MD, Cedars-Sinai Heart Institute; member, American College of Cardiology’s Prevention of Cardiovascular Disease Committee.
National Heart, Lung, and Blood Institute: “Who is at Risk for Heart Disease?”
National Heart, Lung, and Blood Institute: “Don’t Take a Chance with a Heart Attack: Know the Facts and Act Fast.”
American Heart Association: “Understand Your Risk of Heart Attack.”