Padah Hidu Bau Stoking Busuk, Paru-paru Lelaki Dijangkiti Kulat!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Di New Delhi, pernah berlaku satu rusuhan di dalam bas yang berpunca daripada sepasang sarung kaki busuk milik seorang lelaki!
Kisahnya, lelaki terbabit membuka stoking miliknya ketika sedang duduk di dalam sebuah bas. Gara-gara baunya yang ‘semerbak harum’, para penumpang lain meminta dia untuk membuang sarung kaki itu ke luar. Namun, dia tidak mengendahkannya. Disebabkan itu, para penumpang mula merusuh dan pihak polis terpaksa campur tangan.
Dahsyat sungguh penangan bau stoking ini, ya? Pun begitu, ada satu cerita lain yang sangat jauh berbeza dengan kisah lelaki ini. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!
Ketagih dengan bau sarung kaki sendiri
Di Beijing, seorang lelaki mempunyai tabiat yang sangat pelik iaitu dia akan menghidu stoking miliknya setiap kali dia pulang ke rumah dari pejabat. Menurut laporan media Mirror Online, lelaki terbabit akan menghidu sarung kakinya itu setiap kali selepas menukar pakaian sebelum masuk ke bilik mandi.
Tabiat anehnya ini telah menyebabkan paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking miliknya itu. Kulat yang terdapat pada sarung kakinya ini adalah berpunca daripada kakinya yang berpeluh. Ia adalah perkara biasa yang akan dialami jika seseorang itu memakai sarung kaki dalam tempoh yang sangat lama.
Sebagai contoh, pekerja pejabat adalah golongan yang selalu mengalami masalah kaki berpeluh. Apa yang mungkin kita belum tahu adalah masalah ini akan menyebabkan pembentukan kulat padanya. Disebabkan lelaki dari China ini mempunyai tabiat pelik menghidu sarung kakinya yang penuh dengan kulat, paru-parunya mula menerima kesannya.
Akibat daripada tabiat yang pelik
Pada awalnya, lelaki berkenaan tidak mengalami apa-apa kesan yang menyebabkan dia meneruskan tabiat anehnya ini. Pun begitu, lama-kelamaan dia mula mengalami batuk teruk dan sukar untuk bernafas sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Hasil imbasan X-ray, doktor mengesahkan bahawa lelaki terbabit telah mengalami jangkitan teruk pada paru-parunya. Lanjutan itu, doktor turut mengesahkan bahawa jangkitan itu adalah berpunca daripada tabiat menghidu sarung kaki setiap hari.
Dia terpaksa ditahan di hospital untuk menerima rawatan lanjutan. Kes seperti ini bukan yang pertama pernah dilaporkan di media. Jadi, ia merupakan tabiat pelik yang sepatutnya kita semua hindari sebelum menerima padah.
Konklusi
Kesimpulannya, bau stoking yang busuk adalah normal bagi kebanyakan orang. Jangan pula kita menghidunya hanya semata-mata untuk memenuhi hasrat tabiat yang pelik. Sebaliknya, terus masukkan sarung kaki anda yang semerbak harum itu ke bakul kain kotor atau terus mencucinya dengan mesin basuh sebelum anda terfikir untuk menghidunya!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
- Badan Berbau: Apakah Puncanya?
- Alamak! Dah Pakai Deodoran tapi Kenapa Ketiak Masih Berbau?
- Faraj Anda Berbau Seperti Ikan? Ini Mungkin Sebabnya
Sumber rujukan
Pemuda Ditahan Kerana Bau Stokin. https://www.mstar.com.my/global/dunia/2017/12/03/bau-stokin. Accessed on October 18, 2019.
Gara-gara Stokin Semerbak ‘bau Bangkai’, Pemuda Cetuskan Rusuhan Dalam Bas. http://www.astroawani.com/berita-dunia/gara-gara-stokin-semerbak-bau-bangkai-pemuda-cetuskan-rusuhan-dalam-bas-161847. Accessed on October 18, 2019.
Padah Hidu Stoking. https://www.hmetro.com.my/global/2018/12/404368/padah-hidu-stoking. Accessed on October 18, 2019.
Tabiat Pelik Hidu Stoking Bawa Padah. https://www.sinarharian.com.my/article/3024/GLOBAL/Tabiat-pelik-hidu-stoking-bawa-padah. Accessed on October 18, 2019.
Rujukan artikel asal
Pemuda Ditahan Kerana Bau Stokin. https://www.mstar.com.my/global/dunia/2017/12/03/bau-stokin. Accessed on October 18, 2019.
Gara-gara Stokin Semerbak ‘bau Bangkai’, Pemuda Cetuskan Rusuhan Dalam Bas. http://www.astroawani.com/berita-dunia/gara-gara-stokin-semerbak-bau-bangkai-pemuda-cetuskan-rusuhan-dalam-bas-161847. Accessed on October 18, 2019.
Padah Hidu Stoking. https://www.hmetro.com.my/global/2018/12/404368/padah-hidu-stoking. Accessed on October 18, 2019.
Tabiat Pelik Hidu Stoking Bawa Padah. https://www.sinarharian.com.my/article/3024/GLOBAL/Tabiat-pelik-hidu-stoking-bawa-padah. Accessed on October 18, 2019.