KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Resepi Nasi Bajet Yang Tentu Sedap & Sihat! Buat Sendiri Kat Rumah Pun Boleh!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Teringin makan hidangan lengkap yang jimat, sedap dan sihat? Maka, nasi bajet mungkin adalah pilihan paling bijak. Tambahan itu lagi, ia juga amat mudah disedia malah boleh dibuat di rumah!

Resepi Nasi Bajet Yang Tentu Sedap & Sihat! Buat Sendiri Kat Rumah Pun Boleh!

Untuk maklumat lanjut tentang Pemakanan Sihat, lihat di sini.

Nasi bajet, menu popular di negara kita?

Untuk pengetahuan anda semua, menu ini memang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita terutama dari golongan pelajar, pekerja atau buat orang awam yang lain juga.

Bahan utama di dalam menu kegemaran ramai ini adalah nasi putih yang mendatangkan banyak khasiat terhadap kesihatan meski ramai percaya ia mungkin boleh menggemukkan.

Di dalam setiap seratus gram (100 g) nasi putih, terkandung nutrien penting seperti yang berikut:

  • Kalori – 129 kcal
  • Karbohidrat – 27.9 g
  • Protein – 2.66 g
  • Lemak – 0.28 g
  • Serat – 0.4 g
  • Gula – 0.05 g
  • Zat besi – 1.19 mg
  • Sodium – 365 mg
  • Kalsium – 10 mg
  • Potasium – 35 mg

Sama ada dimasak dengan cara ditanak, dikukus atau mungkin digoreng, khasiat daripada nasi putih ini mungkin tidak banyak berbeza bergantung kepada variasi beras tersebut.

Ditambah pula dengan lauk serta ulam yang menyelerakan, ia turut mampu menyihatkan tubuh badan individu. Cuma, mungkin masih ramai yang belum tahu apa resepi terbaik.

nasi bajet

Tenang, kami akan cuba bantu anda dengan beberapa resepi yang boleh cuba sendiri di rumah!

Variasi lauk dan ulam yang popular!

Kebiasaannya, lauk yang biasa digunakan di dalam menu popular ini adalah daging haiwan yakni ayam dan ikan bersama dengan variasi jenis ulam daripada pelbagai jenis sayur.

Berikut ini adalah antara nutrisi yang anda boleh dapat dalam setiap seratus gram daging ayam:

  • Kalori – 165 kcal
  • Karbohidrat – 0 g
  • Lemak – 3.6 g
  • Protein – 31 g
  • Kolesterol – 85 mg

Berikut pula adalah antara nutrisi yang anda boleh dapat dalam setiap seratus gram daging ikan:

  • Kalori – 84 kcal
  • Karbohidrat – 0 g
  • Lemak – 0.92 g
  • Protein – 17.76 g
  • Kolesterol – 58 mg

Pun begitu, anda turut harus tahu bahawa kandungan ini bakal sedikit berbeza bergantung pada jenis, saiz, bahagian serta cara masak daging tersebut yang sudah tentu bervariasi.

Manakala bagi ulaman atau sayuran yang digunakan, individu lebih bebas untuk memilih kerana kebanyakannya semua tinggi dengan nutrien malah sedap dan sihat untuk diambil.

Resepi nasi bajet RM5 (kurang atau lebih)

Bayangkan situasi di mana anda sedang ‘pokai’ namun masih mahu serta perlu ambil hidangan lengkap yang menyelerakan malah menyihatkan. Wujudkah menu nasi bajet RM5?

Baca lagi artikel berkaitan:

#1. Nasi putih + ayam + ulam

Pertama, anda mungkin boleh cuba menu paling biasa dan mudah ini iaitu nasi putih dengan lauk daging ayam yang dimasak secara goreng, rebus atau bakar bersama sayur pilihan.

Agar ia tidak terlalu kosong atau kering, anda boleh tambah sambal, sup, kari dan lain jenis kuah.

#2. Nasi putih + ikan + ulam

Jika tidak gemar ayam, anda mungkin boleh ganti kepada daging ikan yang dimasak secara goreng, rebus atau bakar bersama ulam pilihan seperti timun, tomato, kubis dan lain-lain.

Sama juga dengan menu di atas tadi, anda juga boleh tambah sambal, sup, kari dan lain jenis kuah.

#3. Nasi putih + telur + ulam

nasi bajet

Merupakan menu paling murah dalam senarai ini, anda yang tidak minat makan daging juga boleh menggantikannya dengan telur kerana ia turut punya nutrisi yang hampir serupa.

Bersama sayur dan kuah pilihan, maka ia adalah menu yang paling murah malah mudah disajikan.

#4. Nasi putih + daging + ulam

Kadangkala, anda mungkin tidak perlu mengehadkan perbelanjaan nasi bajet kepada RM5 sahaja.

Adalah tidak salah apabila sekali-sekala anda beri penghargaan kepada diri sendiri dengan makan nasi berlauk daging merah seperti lembu atau kambing bersama ulaman pilihan.

Kenapa masak sendiri itu lebih baik?

nasi bajet

Kebiasaannya, individu mungkin akan mencari dan membeli nasi bajet ini di luar rumah ekoran terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sedangkan anda juga perlu tahu jika masak sendiri itu ternyata jauh lebih baik! Kenapa?

Ini kerana di rumah anda punya kuasa untuk memilih dan membeli barang dapur pada kuantiti serta kualiti yang tepat. Ini termasuk variasi beras, daging dan sayur yang digunakan.

Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan minyak masak sendiri tanpa memikirkan sama ada ia telah digunakan berulang kali atau dimasak bercampur bersama lauk-pauk lain.

Anda turut tidak perlu risau sama ada sajian itu telah dihidang pada tempoh waktu yang sangat lama atau dimasak semula. Dalam erti kata lebih mudah, ia sudah tentu lebih selamat.

Kesimpulannya, nasi bajet ternyata popular, jimat, sedap serta sihat buat masyarakat kita semua!

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

  1. Rice, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/rice/, Accessed May 20 2022.
  2. Basic White Rice, https://www.cookforyourlife.org/recipes/basic-white-rice/, Accessed May 20 2022.
  3. Cooking at Home, https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/cooking-at-home.htm, Accessed May 20 2022.
  4. Eating Healthy on a Budget, https://www.eatgathergo.org/eat/planning/eating-healthy-on-a-budget/, Accessed May 20 2022.
  5. Eat Right on a Budget, https://www.eatright.org/food/planning-and-prep/eat-right-on-a-budget, Accessed May 20 2022.
Rujukan artikel asal
  1. Rice, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/rice/, Accessed May 20 2022.
  2. Basic White Rice, https://www.cookforyourlife.org/recipes/basic-white-rice/, Accessed May 20 2022.
  3. Cooking at Home, https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/cooking-at-home.htm, Accessed May 20 2022.
  4. Eating Healthy on a Budget, https://www.eatgathergo.org/eat/planning/eating-healthy-on-a-budget/, Accessed May 20 2022.
  5. Eat Right on a Budget, https://www.eatright.org/food/planning-and-prep/eat-right-on-a-budget, Accessed May 20 2022.

Lihat halaman asal di Hello Doktor