Kenali Apa Itu Obesiti, 5 Punca Dan 4 Cara Mencegah Yang Anda Perlu Tahu!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Apa itu obesiti? Masalah obesiti adalah keadaan kesihatan umum yang bukan sahaja dihadapi orang dewasa tetapi kanak-kanak dan remaja juga.
Walaupun terdapat banyak penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser berpunca daripada obesiti, sesetengah orang masih kurang peduli tentang keadaan kesihatan ini.
Artikel ini akan menyediakan pembaca dengan maklumat berguna mengenai obes.
Untuk maklumat lanjut tentang Pemakanan Sihat, lihat di sini.
Kenali apa itu obesiti
Obesiti ditakrifkan sebagai keadaan pengumpulan terlalu banyak lemak badan yang meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan mereka.
Terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk menentukan tisu adipos (tisu yang dipenuhi lemak) yang berlebihan tetapi cara yang paling biasa adalah dengan Indeks Jisim Badan (BMI).
Jika BMI anda turun naik antara 25 dan 29.9, anda akan dianggap sebagai mempunyai berat badan berlebihan.
Ada 5 punca obesiti yang anda kena tahu!
Punca obesiti dipengaruhi oleh banyak sebab yang lain, antaranya:
1. Genetik menyebabkan obes
Obes mempunyai hubungan yang kuat dengan komponen genetik. Jika ibu bapa anda mempunyai obesiti, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya.
2. Pemakanan yang tidak sihat
- Makan makanan segera dalam jumlah yang banyak
- Minum terlalu banyak alkohol dan minuman bergula
- Kerap makan di luar. Apabila tidak menyediakan makanan sendiri, anda tidak boleh mengawal pengambilan gula.
Antara makanan yang menyebabkan obesiti ialah:
- Aiskrim
- Kentang goreng
- Pizza
- Donut
- Soda
- Kopi
3. Kekurangan aktiviti fizikal
Ramai orang mempunyai pekerjaan yang berkaitan dengan duduk di meja dan bekerja dengan komputer sepanjang hari, menyebabkan masa aktif terhad.
Jika anda tidak cukup “bergerak” , tenaga daripada makanan yang anda makan disimpan dalam badan anda dalam bentuk lemak. Lama-kelamaan, ini akan membawa kepada obes.
4. Apa itu obesiti? Ia disebabkan gangguan emosi
Tekanan, kebimbangan, kemurungan atau sakit kronik boleh membawa kepada makan berlebihan. Dalam tempoh ini, ramai yang cenderung untuk makan lebih banyak dengan harapan lebih bahagia.
5. Keadaan atau masalah kesihatan
Mempunyai beberapa keadaan kesihatan seperti sindrom Cushing atau hipothyroidisme dan mengambil antidepresan (ubat mengurangkan kemurungan) atau kortikosteroid tertentu juga boleh menyebabkan obes.
Cara mencegah obesiti yang anda boleh cuba!
#1. Amal pola makan ideal
Pertama, setiap daripada individu itu perlu untuk mengamalkan pola makan ideal kerana pola makan tidak sihat adalah punca utama masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Aspek utama pola makan yang perlu anda peka adalah kalori. Jika kalori diambil lebih banyak berbanding ia dibakar di dalam tubuh badan anda, maka lemak akan terkumpul.
Pengumpulan lemak-lemak di dalam tubuh badan anda akan menyebabkan berat badan menaik sekali gus mengakibatkan risiko obesiti meningkat. Itu perkara yang nyata.
Disebabkan itu juga, sila kira pengambilan kalori di samping merancang dan memilih menu diet makanan dan minuman harian anda agar pola makan akan jadi lebih ideal.
#2. Banyak buat aktiviti fizikal
Pernahkah anda ditegur risiko untuk gemuk itu akan lebih tinggi jika kurang bergerak? Ya, teguran itu amat tepat kerana aktiviti fizikal itu sangat penting untuk anda.
Pergerakan yang dimaksudkan di atas tadi adalah aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan atau sekadar aktiviti lebih ringan dan seronok seperti yoga, zumba dan poco-poco.
Mungkin kalian tidak perlu sehingga menghabiskan banyak masa di gimnasium, trek, padang atau pusat sukan untuk beraktiviti kerana aktiviti lebih ringan juga sudah memadai.
Sebagai contoh, anda mungkin hanya perlu berjalan atau berjoging di sekitar kawasan perumahan sekurang-kurangnya sekali sehari. Ingat, ia mandatori untuk menghindari gaya hidup kurang aktif.
Cara mencegah obesiti #3. Berazam
Berapa ramai dalam kalangan anda yang memasang azam untuk kurus menjelang sahaja tahun baru? Benar, ia adalah antara cara mencegah obesiti yang tidak boleh diabaikan.
Ini kerana setiap perkara yang anda ingin cuba dengan jaya itu bermula dengan azam. Ia penting agar fizikal serta mental kalian lebih kuat dalam memenuhi usaha murni anda itu.
Pun begitu, tidak perlu tunggu hingga tahun baru untuk pasang azam. Mulakan daripada hari ini!
#4. Pembedahan buang lemak
Akhir sekali, anda mungkin mahu untuk mempertimbangkan pembedahan buang lemak (bariatrik) jika telah cuba langkah-langkah di atas tadi tetapi ia masih tidak membuahkan hasil.
Pembedahan buang lemak ini mungkin perlu dilakukan oleh individu yang ada masalah obesiti kronik dengan gabungan beberapa prosedur yang tinggi dengan kos dan risiko.
Disebabkan itu juga, ia perlu dijadikan sebagai pilihan terakhir buat anda yang sudah tidak tahu bagaimana cara mencegah apa itu obesiti yang lain. Berkonsultasilah dengan doktor anda.
Masalah obesiti berbahaya kerana akan membawa kepada beberapa kesan sampingan yang negatif ke atas badan anda.
Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik dan rawatan sewajarnya.
Sumber rujukan
- What is obesity? http://www.obesity.org/obesity/resources/facts-about-obesity/what-is-obesity. Accessed on May 9, 2022.
- Cause of obesity. http://www.nhs.uk/Conditions/Obesity/Pages/Causes.aspx. Accessed on May 9, 2022.
- Obesity. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/symptoms-causes/syc-20375742. Accessed on May 9, 2022.
- Obesity. https://www.who.int/health-topics/obesity#tab=tab_1. Accessed on May 9, 2022.
- Overweight & Obesity. https://www.cdc.gov/obesity/index.html. Accessed on May 9, 2022.
- Obesity Causes. https://www.hsph.harvard.edu/obesity-prevention-source/obesity-causes/. Accessed on May 9, 2022.
Rujukan artikel asal
- What is obesity? http://www.obesity.org/obesity/resources/facts-about-obesity/what-is-obesity. Accessed on May 9, 2022.
- Cause of obesity. http://www.nhs.uk/Conditions/Obesity/Pages/Causes.aspx. Accessed on May 9, 2022.
- Obesity. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/symptoms-causes/syc-20375742. Accessed on May 9, 2022.
- Obesity. https://www.who.int/health-topics/obesity#tab=tab_1. Accessed on May 9, 2022.
- Overweight & Obesity. https://www.cdc.gov/obesity/index.html. Accessed on May 9, 2022.
- Obesity Causes. https://www.hsph.harvard.edu/obesity-prevention-source/obesity-causes/. Accessed on May 9, 2022.