KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Gula-Gula Himalaya, Ada Bahaya Ke Kalau Kita Makan 'Sport Candy' Ni?

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Baru-baru ini tular semula mengenai isu ini. Seorang individu lelaki telah memakan gula gula Himalaya ini dan mengalami  jantung berdegup laju dan kondisi badan dalam keadaan berpeluh. Apabila berjumpa dengan doktor, beliau didapati sedang tekanan darah tinggi! Apa yang sedang berlaku?

Gula-Gula Himalaya, Ada Bahaya Ke Kalau Kita Makan 'Sport Candy' Ni?

Anda tahu atau tidak mengenai gula gula himalaya ini? Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan anda!

Untuk maklumat lanjut tentang Pemakanan Sihat, lihat di sini.

Apa itu gula-gula Himalaya?

Ia merupakan gula-gula yang sesuai dimakan oleh individu yang aktif berpeluh, melakukan aktiviti fizikal dalam masa jangka panjang seperti hiking dan bagi individu yang mempunyai kadar sodium rendah di dalam darah. 

Gula Himalaya ini tidak boleh dimakan sembarangan ya, walaupun dipanggil sebagai gula-gula. 

Kenapa ya gula himalaya ini tidak boleh ambil sembarangan? 

gula-gula himalaya
Aktiviti mendaki gunung yang menyihatkan.

Menurut Big Foot Candy Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd, sebuah syarikat popular yang mengeluarkan sport candy (gula gula Himalaya), mereka telah menghasilkan gula-gula ini bagi digunakan kepada individu yang aktif bersukan bagi menambah garam di dalam badan bagi mengekalkan  hidrasi di dalam badan. 

Individu selain daripada di atas tidak boleh mengambil sport candy ini secara suka hati kerana kita sudah mengambil sodium secara semula jadi atau secara tambahan melalui makanan seharian. 

Hal ini kerana, kandungan utama di dalam gula-gula ini ialah sukrosa, sirap glukosa dan sodium. 

Jika anda mengambil kandungan di atas dalam jumlah yang banyak, ia akan membuatkan badan anda mengalamai kesukaran untuk mengeluarkan lebihan sodim di dalam badan.

Di dalam sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula. Gula gula Himalaya ini juga sama sahaja seperti gula yang lain di pasaran, yang membezakan ia ialah fungsi gula-gula tersebut.

Jadi, apakah kesan makan gula Himalaya tanpa kawalan?

Seperti yang dilihat di atas, gula-gula ini mengandungi sukrosa, sirap glukosa dan sodium. 

Kesan pengambilan sukrosa & sirap glukosa berlebihan di dalam gula himalaya

  • Kencing manis
  • Penyakit kardiovaskular: Contohnya penyakit jantung, penyakit trombosis vena, penyakit arterial peripheral dan sebagainya.
  • Obesiti dan penyakit metabolik
  • Penyakit hati berlemak

Buat pengetahuan anda semua, sukrosa dan glukosa adalah kelompok gula tetapi yang membezakan mereka ialah cara badan anda mencerna dan menyerapnya.

Gula yang biasa digunakan di dalam kehidupan seharian kita dipanggil sukrosa dan glukosa pula kebiasaannya boleh dijumpai di dalam karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu dan bijirin.

Kesan pengambilan sodium berlebihan di dalam gula-gula ini

Makanan yang mempunyai sodium boleh dijumpai di dalam susu, daging dan kerang. Sodium yang tinggi pula sering dijumpai di dalam roti, daging yang diproses, makanan ringan dan perasan seperti kicap dan sos ikan.

gula-gula himalaya
Salah satu penyakit yang boleh berlaku ialah sakit jantung

Siapa yang patut berhati-hati dengan pengambilan sport candy? 

  1. Ada penyakit tekanan darah tinggi
  2. Mempunyai masalah buah pinggang
  3. Sakit jantung
  4. Diet Low Sodium Intake 
  5. Wanita hamil juga perlu berhati-hati bagi mengelakkan pregnancy induced hypertension (PIH)

Kesimpulan 

Anda boleh saja makan sport candy ini sebagai  menambah tenaga dan hidrasi kepada badan asalkan anda berada di dalam golongan yang sedang melakukan aktivit fizikal. Jika tidak, ia akan membahayakan diri anda.

Dari perkongsian ini, diharapkan anda sedar bahawa mengambil sesuatu makanan atau minuman secara berlebihan sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri terutamanya jika tidak dipantau. Awasi makanan dan minuman yang anda ambil agar diri dan kesihatan anda kekal terjamin. 

Sumber rujukan

Sodium Reduction https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sodium-reduction#:~:text=The%20primary%20health%20effect%20associated,Meniere%27s%20disease%2C%20and%20kidney%20disease  Accessed 21 Feb 2025.

Sugar & Diabetes http://Sugar & Diabetes Accessed 21 Feb 2025. 

Effects of Excess Sodium Infographic https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/sodium/effects-of-excess-sodium-infographic Accessed 21 Feb 2025. 

Glucose https://www.drugs.com/mtm/glucose.html Accessed 21 Feb 2025. 

What You Should Know About Glucose and Dextrose https://health.clevelandclinic.org/glucose-dextrose  Accessed 21 Feb 2025.

Rujukan artikel asal

Sodium Reduction https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sodium-reduction#:~:text=The%20primary%20health%20effect%20associated,Meniere%27s%20disease%2C%20and%20kidney%20disease  Accessed 21 Feb 2025.

Sugar & Diabetes http://Sugar & Diabetes Accessed 21 Feb 2025. 

Effects of Excess Sodium Infographic https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/sodium/effects-of-excess-sodium-infographic Accessed 21 Feb 2025. 

Glucose https://www.drugs.com/mtm/glucose.html Accessed 21 Feb 2025. 

What You Should Know About Glucose and Dextrose https://health.clevelandclinic.org/glucose-dextrose  Accessed 21 Feb 2025.

Lihat halaman asal di Hello Doktor