KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

TIADA Bukti Kukuh Bekam Memberi Keberkesanan Untuk Merawat Sebarang Penyakit!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Terapi bekam adalah kaedah rawatan purba yang telah digunakan dalam rawatan pelbagai jenis keadaan.

TIADA Bukti Kukuh Bekam Memberi Keberkesanan Untuk Merawat Sebarang Penyakit!

Terdapat banyak jenis terapi bekam, walau bagaimanapun, dua jenis yang utama adalah bekam kering dan basah.

Terapi bekam kering menarik kulit ke dalam cawan tanpa pencalaran, manakala terapi bekam basah kulit dilukakan sehingga darah ditarik ke dalam cawan.

Terdapat dua pendekatan untuk memahami mekanisme bekam, iaitu:

  1. Dari perspektif Perubatan Tradisional Cina, bekam dipercayai mengawal aliran chi dan keseimbangan yin dan yang. Persamaan dengan akupunktur.
  2. Dari perspektif perubatan barat, bekam dipercayai memberi tekanan fizikal yang merangsang refleks neural dan tindak balas endokrin. 

Tiada bukti kukuh keberkesanannya

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Laporan Penilaian Teknologi berkenaan bekam pada tahun 2012 menyatakan tiada bukti kukuh keberkesanannya atas penyakit termasuk herpes zoster (cacar), facial paralysis (strok muka), back pain (sakit belakang) dan spondalysis (sakit tulang belakang).

Selain itu katanya, penyakit lain juga termasuk cerebrovascular accident (strok), hypertension (hipertensi), fibromyalgia (penyakit saraf), bronchitis (radang pada kerongkong), Asma (asma) dan sakit kepala.

Beliau berkata, bagaimanapun kementerian akan meneruskan kajian dan menghasilkan satu Laporan Teknologi Kesihatan berkenaan Wet Cupping Diabetes and Cardiovascular Disease yang akan meneliti bukti saintifik berkaitan keberkesanan bekam basah bagi kedua-dua indikasi berkenaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, pengenalan perkhidmatan bekam di fasiliti kesihatan kerajaan boleh dipertimbangkan. Ia boleh dibuat berdasarkan laporan penilaian teknologi berkenaan dan situasi semasa.

Beliau menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang mahu tahu sama ada kementerian berhasrat menggunakan kaedah bekam di hospital kerajaan bagi menangani penyakit kronik dan dapat mengurangkan kos rawatan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Baca juga:

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

Tiada bukti rawatan bekam berkesan https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/435501/tiada-bukti-rawatan-bekam-berkesan

Accessed on Mac 21, 2019.

Does Cupping Therapy Do Anything? A Review of The Research https://healthybutsmart.com/cupping-therapy-benefits/ Accessed on Mac 21, 2019.

The medical perspective of cupping therapy: Effects and mechanisms of action https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2225411018300191 Accessed on Mac 21, 2019.

Rujukan artikel asal

Tiada bukti rawatan bekam berkesan https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/435501/tiada-bukti-rawatan-bekam-berkesan

Accessed on Mac 21, 2019.

Does Cupping Therapy Do Anything? A Review of The Research https://healthybutsmart.com/cupping-therapy-benefits/ Accessed on Mac 21, 2019.

The medical perspective of cupping therapy: Effects and mechanisms of action https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2225411018300191 Accessed on Mac 21, 2019.

Lihat halaman asal di Hello Doktor