Jangan Pandang Rendah Fungsi Limpa Dalam Tubuh! Ini 3 Peranan Pentingnya
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Dalam tubuh terdapat organ yang dikenali sebagai limpa. Tetapi adakah anda tahu apakah fungsi limpa? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapan mengenainya.
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan, lihat di sini.
Fungsi limpa pada tubuh manusia
Limpa, atau dalam bahasa Inggeris spleen merupakan salah satu dari organ yang terletak di dalam abdomen. Kedudukannya adalah di bahagian atas kiri abdomen di belakang perut.
Fungsi limpa ini sering diabaikan seperti apendiks, sedangkan ia mempunyai fungsi yang penting.
Antara fungsinya ialah:
- Menapis darah. Komponen darah seperti sel darah merah dan platlet akan ditapis oleh limpa mengikut keperluan. Sel darah yang rosak, tua, dan tidak normal akan dihancurkan serta dibuang oleh limpa. Ia bertujuan mengawal bilangan komponen darah tersebut dalam darah.
- Menyimpan komponen darah. Selain menapis, ia juga berfungsi menyimpan semua komponen darah iaitu sel darah merah, platlet, dan sel darah putih. Apabila perlu, ia akan melepaskan sel-sel ini ke dalam darah.
- Sistem imun. Limpa memainkan peranan penting dalam sistem imun. Apabila terdapat virus, bakteria atau kuman lain dalam darah, ia akan menghasilkan sel darah putih limfosit untuk melawan jangkitan tersebut.
Perubahan saiz limpa
Keadaan saiz limpa yang besar disebut sebagai splenomegali. Ia bukan sejenis penyakit tetapi petanda kepada penyakit lain.
Rasa tidak selesa dan sakit mungkin dialami di bahagian atas kiri abdomen. Kadangkala, ia tidak menyebabkan sebarang simptom dan doktor mengenal pastinya melalui pemeriksaan fizikal.
Antara keadaan yang boleh menyebabkan splenomegali ialah:
- Jangkitan seperti tuberkulosis, sifilis, dan malaria.
- Kanser darah seperti leukemia dan limfoma.
- Penyakit sirosis hati.
- Anemia hemolitik.
Fungsi organ ini boleh terganggu jika berlaku splenomegali. Komponen darah normal mungkin turut dihancurkan oleh limpa yang besar itu menyebabkan semua atau sebahagian komponen darah berkurang.
Baca juga:
Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab PENTING Tahu Darah Sendiri
“Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab PENTING Tahu Darah Sendiri” — Hello Doktor
Anda boleh hidup tanpa limpa
Dalam sesetengah keadaan, limpa mungkin terpaksa dibuang. Jangan risau, tubuh anda boleh melakukan adaptasi dan banyak fungsi utama organ ini akan diambil alih oleh nod limfa.
Namun, anda lebih berisiko mendapat jangkitan tertentu. Vaksin boleh membantu mencegah jangkitan tersebut.
Prosedur membuang limpa disebut sebagai spelektomi (splenectomy). Ia dilakukan dalam beberapa keadaan termasuk:
- Kecederaan limpa yang tidak dapat diselamatkan.
- Ketumbuhan pada limpa.
- Hipertensi portal.
- Saiz limpa terlalu besar.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Sumber rujukan
- Spleen. https://my.clevelandclinic.org/health/body/21567-spleen#, Accessed on Dec 18, 2022
- What Does the Spleen Do? https://www.chp.edu/our-services/transplant/liver/education/organs/spleen-information, Accessed on Dec 18, 2022
- Spleen problems and spleen removal. https://www.nhs.uk/conditions/spleen-problems-and-spleen-removal/, Accessed on Dec 18, 2022
- Spleen. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/spleen, Accessed on Dec 18, 2022
- Spleen and Lymphatic System. https://kidshealth.org/en/teens/spleen.html, Accessed on Dec 18, 2022
Rujukan artikel asal
- Spleen. https://my.clevelandclinic.org/health/body/21567-spleen#, Accessed on Dec 18, 2022
- What Does the Spleen Do? https://www.chp.edu/our-services/transplant/liver/education/organs/spleen-information, Accessed on Dec 18, 2022
- Spleen problems and spleen removal. https://www.nhs.uk/conditions/spleen-problems-and-spleen-removal/, Accessed on Dec 18, 2022
- Spleen. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/spleen, Accessed on Dec 18, 2022
- Spleen and Lymphatic System. https://kidshealth.org/en/teens/spleen.html, Accessed on Dec 18, 2022