KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

4 Perkara Yang Perlu Dielakkan Sebelum Menderma Darah

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Derma darah adalah sesuatu yang sangat mulia. Orang yang menderma memberikan sebahagian dari badannya kepada orang lain. Ia lebih besar daripada menderma harta.

4 Perkara Yang Perlu Dielakkan Sebelum Menderma Darah

Kesihatan darah anda bergantung kepada apa yang anda makan serta gaya hidup. Untuk menderma, anda perlu memastikan diri anda dalam keadaan yang sihat. Anda tentunya ingin memberikan yang terbaik.

Apa yang perlu dielakkan sebelum menderma darah?

1. Alkohol

Minuman beralkohol menyebabkan dehidrasi. Cuba elakkan 24 jam sebelum menderma. Jika anda mengambil alkohol, jangan lupa untuk menggantikan air yang hilang dengan air kosong.

2. Makanan berlemak

Makanan tinggi lemak sepeti aiskrim dan kentang goreng boleh menjejaskan ujian-ujian yang dijalankan ke atas darah anda. Jika darah anda tidak dapat diuji, keselamatannya tidak dapat disahkan.

3. Perencat zat besi

Sesetangah makanan boleh menganggu penyerapan zat besi oleh badan. Anda tidak perlu meninggalkan terus makan ini, tetapi mengurangkan jumlahnya. Antara makanan tersebut ialah:

  • Kopi dan teh.
  • Coklat.
  • Wain merah.
  • Makanan tinggi kalsium  seperti susu dan keju.

4. Aspirin

Jika anda ingin menderma platelet (salah satu komponen dalam darah), anda perlu bebas aspirin 48 jam sebelum menderma.

Jangan teragak-agak untuk menderma darah. Hampir tiada kesan sampingan daripada amalan mulia ini. Bahkan sangat banyak kelebihannya. Di samping membantu orang lain, anda juga mendapat manfaatnya.

Jom menderma!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

Alana Biggers (17 Januari 2018). The Best Foods To Eat Before Donating Blood. Dimuat turun daripada https://www.healthline.com/health/what-to-eat-before-donating-blood.

Rujukan artikel asal

Alana Biggers (17 Januari 2018). The Best Foods To Eat Before Donating Blood. Dimuat turun daripada https://www.healthline.com/health/what-to-eat-before-donating-blood.

Lihat halaman asal di Hello Doktor