KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Kenapa Rehabilitasi Penting Untuk Pemulihan? Columbia Asia Shah Alam Kongsi Info

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Bagi sesetengah pesakit, proses untuk kembali stabil selepas mengalami strok, penyakit serius, kecederaan atau menjalani pembedahan hanyalah satu daripada beberapa  peringkat dalam proses rehabilitasi. Cabaran seterusnya adalah untuk mendapatkan semula keupayaan berjalan dengan selamat, berkomunikasi, menguruskan keperluan diri serta kembali menjalani kehidupan seharian dengan lebih berdikari. 

Kenapa Rehabilitasi Penting Untuk Pemulihan? Columbia Asia Shah Alam Kongsi Info

Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan, klik di sini.

Apa itu rehabilitasi ?

Rehabilitasi maksud keupayaan untuk melakukan aktiviti harian yang akan berkurangan selepas sesuatu kecederaan, penyakit atau setelah menjalani pembedahan.

Sebagai contoh, penyakit strok boleh mengubah kehidupan seseorang dan ini akan menjadi satu cabaran buat pesakit, malahan juga kepada ahli keluarga.

Pentingnya rehab Malaysia untuk masyarakat

Berbeza daripada rumah jagaan atau pusat penjagaan kediaman jangka panjang, Columbia Asia Extended Care Hospital Shah Alam (CAECHSA) merupakan sebuah hospital yang memberi tumpuan kepada rehabilitasi bagi pesakit yang tidak lagi  memerlukan rawatan akut, tetapi masih memerlukan rehabilitasi berstruktur, pemantauan perubatan serta penjagaan kejururawatan dalam usaha untuk kembali ke rumah. 

“Sempena ulang tahun ke-30 Columbia Asia di Malaysia, kita dapat melihat bagaimana keperluan  pesakit turut berkembang seiring dengan perjalanan kami. Penjagaan kesihatan yang baik bukan  sekadar menyediakan rawatan yang tepat ketika seseorang mengalami masalah kesihatan, tetapi juga  memastikan pesakit mendapat tahap penjagaan yang sesuai pada setiap peringkat pemulihan,” kata  Ketua Pegawai Komersial Kumpulan, Asia OneHealthcare Group dan Ketua Pegawai Eksekutif  Serantau Columbia Asia, Encik Anwar Anis. 

Rehab Malaysia: Bantu pesakit menjalani kehidupan seharian 

Pesakit yang dimasukkan ke CAECHSA untuk menjalani pemulihan akan menjalani penilaian  menyeluruh bagi menetapkan matlamat pemulihan yang boleh dicapai berdasarkan keadaan dan potensi pemulihan mereka. Anggota pasukan multidisiplin yang bersesuaian kemudiannya akan terlibat  mengikut keperluan individu setiap pesakit. 

rehab malaysia
Pasukan penjaga di CAECHSA bekerja dengan pesakit Davendra A/L Balasubramaniam di wad.

Pasukan penjaga bekerjasama dengan pesakit untuk membina semula keupayaan yang penting dalam  kehidupan seharian dan menyokong tahap kemandirian mereka, termasuk berjalan dan bergerak,  berpindah dari satu tempat ke tempat lain, memakai pakaian, menjaga diri, makan, berkomunikasi serta  aktiviti harian asas (dalam bidang perubatan, ini dipanggil Activities of Daily Living atau ADL). 

Peningkatan keupayaan setiap pesakit boleh dilihat dalam pelbagai bentuk – daripada mula mengambil  bahagian dalam sesuatu aktiviti, melakukannya dengan bantuan, seterusnya di bawah pengawasan, dan jika keadaan mengizinkan, melakukannya secara sendiri.

“Proses pemulihan kelihatan berbeza bagi setiap pesakit. Bagi seseorang, dapat berjalan semula tanpa  bantuan mungkin merupakan satu pencapaian besar. Bagi pesakit lain, ia mungkin bermakna dapat  berpindah dari katil ke kerusi dengan selamat, makan sendiri atau berkomunikasi untuk menyatakan  keperluan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia Extended Care Hospital Shah  Alam, Puan Bavani Thavarajah. 

Pemulihan bukan sekadar di bilik terapi 

Antara komponen penting dalam pendekatan CAECHSA ialah kejururawatan berfokuskan rehabilitasi, di mana proses pemulihan diteruskan walaupun sesi terapi yang dijadualkan selesai. 

Jururawat rehabilitasi bekerjasama rapat dengan doktor dan ahli terapi sepanjang tempoh penjagaan  pesakit, dengan menerapkan matlamat pemulihan dalam aktiviti harian seperti bangun dari katil,  berpindah tempat, berjalan, makan dan menguruskan keperluan diri. 

Persediaan penjaga turut menjadi sebahagian daripada program rehabilitasi. Ahli keluarga diberikan  latihan secara berstruktur untuk membantu mereka memahami keupayaan pesakit dengan lebih baik, sokongan yang masih diperlukan serta cara memberikan bantuan bagi memastikan peralihan pulang ke rumah dapat dilakukan dengan lebih selamat dan yakin. 

Bagaimana memilih pusat rehab Malaysia yang sesuai?

Sebelum memilih pusat rehabilitasi yang betul, anda perlu tahu terlebih dahulu!

1. Kemudahan fasiliti yang ditawarkan

rehab malaysia
Ahli fisioterapi CAECHSA menunjukkan cara menggunakan treadmill semasa lawatan Gim Fisioterapi.

Pertama sekali, anda perlu pastikan pusat rawatan tersebut mampu memberikan khidmat yang anda inginkan. Anda boleh bertanya dan dapatkan pandangan doktor atau ahli terapi di situ.

2. Kepakaran pasukan perubatan

Selidik dan ketahui pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh pakar perubatan. Hal ini kerana, lebih kronik sesuatu keadaan pesakit, pengalaman dan kepakaran harus diutamakan.

3. Penglibatan bersama ahli keluarga

Penglibatan bersama pesakit, keluarga dan penyedia perubatan adalah penting untuk memaksimumkan setiap peluang untuk pemulihan.

Tahukah anda, penerimaan dan sokongan keluarga dapat membantu pesakit menghadapi sifat kurang yakin dan imej diri selepas hilang keupayaan?

Hal ini juga memberi peluang kepada keluarga dalam penjagaan di samping membantu pesakit ‘menyesuaikan diri’ dengan keadaan terkini dan menjadi lebih yakin untuk menghadapinya.

Kesimpulan

Proses pemulihan bukan berakhir apabila pesakit keluar dari wad hospital sebaliknya, di situlah permulaannya untuk pulih.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan rehab dan pemilihan pusat yang tepat, pesakit yang memilih lakukan proses rehab Malaysia berpeluang untuk pulih dengan lebih pantas, selamat dan bermakna.

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

Apa itu Rehabilitasi . https://jknkl.moh.gov.my/hrc/apa-itu-rehabilitasi/ . Diakses 17 Sept 2026

10 Tips to Help You Choose a Rehab Facility . https://health.clevelandclinic.org/10-tips-for-choosing-a-rehab-facility . Diakses 17 Sept 2026

Effects of Rehabilitation on the Family . https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/effects-of-rehabilitation-on-the-family . Diakses 17 Sept 2026

Different Types of Rehabilitation Centers: Which One Do You Need? https://www.lotusrecoverysc.com/blogs/different-types-of-rehabilitation-centers-which-one-do-you-need . Diakses 17 Sept 2026

Rujukan artikel asal

Apa itu Rehabilitasi . https://jknkl.moh.gov.my/hrc/apa-itu-rehabilitasi/ . Diakses 17 Sept 2026

10 Tips to Help You Choose a Rehab Facility . https://health.clevelandclinic.org/10-tips-for-choosing-a-rehab-facility . Diakses 17 Sept 2026

Effects of Rehabilitation on the Family . https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/effects-of-rehabilitation-on-the-family . Diakses 17 Sept 2026

Different Types of Rehabilitation Centers: Which One Do You Need? https://www.lotusrecoverysc.com/blogs/different-types-of-rehabilitation-centers-which-one-do-you-need . Diakses 17 Sept 2026

Lihat halaman asal di Hello Doktor