KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

15 Simptom Biasa Bagi Menopaus

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Menopaus adalah keadaan di mana kitaran haid seorang wanita terhenti. Ia kebiasaannya berlaku selepas umur 45 tahun jika berlaku secara normal. Sebab-sebab lain yang tidak normal boleh menyebabkan menopaus lebih awal. Antara sebab tersebut ialah pembedahan membuang ovari, rawatan kemoterapi dan radioterapi atau kegagalan ovari pramatang.

15 Simptom Biasa Bagi Menopaus

Menopaus lewat pula adalah apabila ia berlaku selepas umur 55 tahun. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pada kelenjar tiroid atau sejarah menopaus lewat dalam keluarga.

Apa pun puncanya, menopaus berlaku apabila kilang telur atau ovari sudah kehabisan telur atau ovum. Hasilnya, kitaran haid akan terhenti.

Perubahan ini tentunya akan membawa perubahan badan tindak balas badan. Jika perubahan hormon wanita semasa hadi sahaja boleh membawa macam-macam perubahan pada emosi dan fizikal, bagaimana pula jika kitaran tersebut terus terhenti?

Apakah simptom yang biasa bagi menopaus?

1. Insomnia (susah tidur malam)

2. Faraj kering

3. Naik berat badan

4. Kemurungan dan kebimbangan

5. Masalah memori

6. Kurang keinginan seksual

7. Sakit kepala

8. Degupan jantung laju

9. Jangkitan saluran kencing

10. Rambut semakin nipis dan gugur

11. Rambut semakin banyak tumbuh di kawasan lain seperti muka, leher dan dada

12. Kulit, mulut dan mata kering

13. Payudara mengecil dan pedih

14. Jisim tulang berkurang atau dikenali sebagai osteoporosis (mudah patah)

15. Sendi keras atau sakit

Simptom-simptom ini adalah yang paling kerap berlaku. Gaya hidup harus diubah sesuai dengan perubahan-perubahan yang berlaku selepas menopaus. Pasangan atau ahli keluarga perlu mengambil perhatian terhadap perubahan yang berlaku.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Sumber rujukan

Cynthia Cobb (17 Januari 2018). Everything You Should Know About Menopause. Dimuat turun daripada https://www.healthline.com/health/menopause?ref=global#symptoms.

Rujukan artikel asal

Cynthia Cobb (17 Januari 2018). Everything You Should Know About Menopause. Dimuat turun daripada https://www.healthline.com/health/menopause?ref=global#symptoms.

Lihat halaman asal di Hello Doktor