KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

4 Remedi Untuk Nafas Berbau

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Nafas berbau sangat menggangu, bukan sahaja orang lain tetapi juga diri sendiri. Ia mengganggu penampilan diri dan fokus. Banyak sebab nafas berbau. Ia terkait dengan gaya hidup dan pemakanan. Kadangkala, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit yang anda alami.

4 Remedi Untuk Nafas Berbau

Katakan selamat tinggal kepada nafas berbau dengan 5 remedi berikut.

1. Minum banyak air

Mulut kering antara antara punca mulut berbau. Sebab itu, mulut biasanya lebih berbau semasa berpuasa. Air liur mempunyai fungsi antibakteria. Jika ia berkurangan disebabkan kurang air, lebih banyak bakteria akan berkembang-biak di dalam mulut anda. Bakteria ini memberikan nafas kurang enak pada mulut anda.

Jadi, banyakkan minum air. Jangan tunggu sudah haus baru sibuk mencari air. Selain mengelak nafas berbau, air yang cukup adalah penting dalam mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

2. Berkumur air garam

Teknik ini mungkin berkesan. Air garam membantu membuang bakteria di dalam mulut, memberikan anda nafas yang lebih segar.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar

Ambil banyak lobak merah, daun saderi dan epal. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang rangup, terutamanya organik, mengandungi banyak serat yang membantu mengatasi nafas berbau.

Ia turut membantu membuang plak di dalam mulut anda yang menyebabkan nafas kurang enak. Tambahan lagi, makanan ini merangsang penghasilan air liur.

4. Suplemen zink

Salah satu punca nafas berbau adalah kekurangan zink. Mineral ini membantu mengekalkan mulut yang sihat, bersih dan bebas bakteria. Sesetengah produk cecair kumur mengandungi zink di dalamnya. Jika tidak, anda boleh dapatkan suplemen zink di pasaran.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

Food Matters (19 Februari 2013). 7 Natural Remedies For Bad Breath. Dimuat turun daripada https://www.foodmatters.com/article/7-natural-remedies-for-bad-breath.

Rujukan artikel asal

Food Matters (19 Februari 2013). 7 Natural Remedies For Bad Breath. Dimuat turun daripada https://www.foodmatters.com/article/7-natural-remedies-for-bad-breath.

Lihat halaman asal di Hello Doktor