Adakah Anda Ketagihan Online Shopping?
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Siapa yang tak pernah online shopping? Boleh dikatakan hampir semua orang pernah membeli barang dalam talian. Tetapi adakah tabiat ini boleh menjurus kepada satu masalah psikologi?
Lagi-lagi menjelang jualan Black Friday pada 29 November nanti. Makin menjadi-jadilah beli macam-macam barangan online. Haaa…ada yang garu kepala. Tak tahu apa itu jualan Black Friday?
Sejarah awal Black Friday bermula di Amerika Syarikat. Di mana ia merupakan satu jualan murah daripada pelbagai jenama yang berlangsung sehari selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving Day). Menariknya, jualan murah setahun sekali ini, sudah diraikan secara global dan Malaysia merupakan antara negara yang tidak terkecuali untuk meraikannya.
Tabiat online shopping
Mudah dan menjimatkan masa merupakan antara faktor mengapa kebanyakan individu lebih gemar online shopping. Ia boleh dilakukan walaupun pada ketika kita menggunakan internet berkenaan dengan perkara lain.
Menurut saintis, konsep “cue-reactivity” atau keseronokan membeli-belah dalam talian merupakan cara iklan sasaran dan tajaan dalam talian memanfaatkan konsep belian dalam talian ini. Sebelum membuatkan individu menekan butang ‘Beli’, para peniaga perlu menarik perhatian pembeli dan membuatkan mereka berminat untuk mengklik paparan iklan atau tajaan.
Tindak balas ini bergantung kepada bagaimana seseorang individu teruja melihat item yang dijual dan sama ada ia boleh mendatangkan keinginan untuk melakukan pembelian.
Kedua-dua konsep ini cue-reactivity dan keinginan wujud dari bidang ketagihan tingkah laku (behavioral addiction), sama seperti masalah ketagihan perjudian dan porno. Terdapat pelbagai istilah yang diberikan kepada individu dengan ketagihan dalam membeli-belah. Antaranya:
- Pathological buying
- Compulsive buying
- Buying addiction
- Oniomania
Tiga faktor
Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE mengkaji mengenai persamaan antara ketagih dan membeli secara online. Sehingga kini, saintis masih lagi cuba untuk mengkategorikan tabiat membeli-belah dalam talian dan adakah sama seperti gangguan kawalan impuls (impulse control disorders), gangguan obsesif-kompulsif (obsessive-compulsive disorders) atau ketagihan.
Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan seseorang individu terdedah kepada ketagihan membeli-belah secara online.
1. Hindari interaksi sosial
Terdapat pertindihan antara pathological buying dan anxiety-social anxiety. Bagi individu yang tidak suka situasi sesak dan interaksi sosial, membeli-belah online adalah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Kebiasaannya individu dengan tabiat membeli-belah ini sering berasa malu dan ingin melindungi tabiat mereka. Tetapi ia akan memburukkan lagi isu menghindari interaksi sosial yang dialami.
2. Kepelbagaian dan ketersediaan item
Pembelian barangan dalam talian sememangnya dapat memberikan kepuasan kepada individu yang sukakan kepelbagaian pilihan. Tambahan pula, jualan dalam talian tidak pernah terhenti. Keadaan ini sekali gus meningkatkan lagi keinginan untuk membeli-belah.
3. Kepuasan segera
Individu yang sukakan kepuasan segera adalah lebih cenderung kepada pembelian dalam talian dengan hanya satu klik. Keadaan ini dapat memuaskan kitaran keinginan dan ganjaran.
Bagaimana membezakan ketagihan membeli-belah dalam talian atau mereka yang membeli secara sederhana? Mudah. Individu dengan ketagihan berasa masa mereka terisi dengan membeli-belah. Mereka juga cenderung berasa seperti tidak mempunyai kawalan ke atas tabiat itu walaupun pada akhirnya mereka akan berdepan dengan isu kerja, masalah perhubungan serta bankrap dari segi kewangan.
Jadi adakah anda ketagihan online shopping?
Tanda ketagihan membeli-belah secara online
Berikut adalah beberapa tanda bahawa anda mungkin sudah ketagihan ber-shopping secara online, seperti:
- Saya berasa saya tidak boleh berhenti membeli secara online walaupun saya mahu dan/atau mencuba berhenti
- Tabiat ini sudah menjejaskan hubungan, kerja dan situasi kewangan
- Pasangan, ahli keluarga dan rakan amat khuatir mengenai tabiat saya ini yang menyebabkan berlakunya pergaduhan
- Saya sentiasa memikirkan tentang keinginan untuk membeli-belah dalam talian
- Saya menjadi marah apabila tidak dapat ber-shopping
- Saya menyembunyikan barangan yang saya beli kerana tidak mahu individu lain berasakan bahawa saya menghabiskan duit untuk barangan yang tidak perlu
- Sering kali saya berasa bersalah selepas membeli secara online
- Masa saya lebih banyak dihabiskan dengan membeli dalam talian berbanding melakukan aktiviti yang saya sukai
- Saya selalu membeli barangan yang tidak diperlukan walaupun saya tidak mampu
Kesimpulan
Sebenarnya tidak salah untuk melakukan online shopping. Tetapi harus berwaspada agar tidak melakukan pembaziran sewaktu membeli-belah. Pastikan anda membeli barang mengikut keperluan dan bukan berasaskan nafsu semata-mata.
Dan kepada anda yang mungkin ingin membeli ketika jualan Black Friday, pastikan anda tahu mengawal keinginan anda dan tidak membeli sesuatu hanya berasaskan nafsu semata-mata. Jangan nanti sampai menyesal sebab membeli sesuatu yang tidak perlu, okay?
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- Ketagihan Permainan Video
- Berdasarkan Kajian, Pelajar Kolej Yang Minum Alkohol Walaupun Ada Ujian Akan Ketagihan
- Ketagihan Pornografi? Ini Kesannya Terhadap Anda
Sumber rujukan
https://www.psychologytoday.com/us/blog/urban-survival/201511/10-signs-you-re-addicted-online-shopping /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.forbes.com/sites/blakemorgan/2017/09/12/the-behavioral-psychology-of-in-store-and-online-shoppers/#5e08bc4b1f10 /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.verywellmind.com/shopping-addiction-4157288 /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.cnbc.com/2018/07/25/you-could-be-an-online-shopping-addict-heres-how-to-tell.html /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.moneycrashers.com/online-shopping-addiction-buy-less/ /Accessed on Nov 7, 2019
https://fherehab.com/learning/help-im-addicted-to-shopping-compulsive-buying-and-you/ /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.psychguides.com/behavioral-disorders/shopping-addiction/ /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.goodtherapy.org/learn-about-therapy/issues/compulsive-shopping /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4605699/ /Accessed on Nov 7, 2019
https://www.thebalance.com/why-is-it-called-black-friday-3305712/Accessed on Nov 7, 2019
https://www.telegraph.co.uk/black-friday/0/black-friday-2019-what-date-when-sales-start-best-deals//Accessed on Nov 7, 2019
https://www.thesun.co.uk/money/6677002/black-friday-sales-deals-2019/ /Accessed on Nov 7, 2019
Rujukan artikel asal