KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Kenapa Sebilangan Wanita Memilih Untuk Menggugurkan?

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Anak adalah rezeki yang tidak semua orang miliki namun yang demikian, bagi sesetengah wanita, membesarkan anak itu bukan pilihan mereka dan menggugurkan kandungan mereka adalah jalan penyelesaian yang mereka ambil. Memilih untuk menggugurkan kandungan atau meneruskan kandungan adalah pilihan peribadi akibat masalah tersendiri dan walau ramai yang menentangnya, ada pelbagai sebab kenapa seorang wanita itu pilih untuk menggugurkan.

Kenapa Sebilangan Wanita Memilih Untuk Menggugurkan?

1. Kekangan Kewangan

Bunyinya seakan-akan tidak munasabah namun bayangkan membesarkan anak dalam kemiskinan? Ia akan menjadi pengalaman yang cukup mendugakan untuk anak dan ibunya.

Banyak hak atau idaman anak tersebut tidak mampu dipenuhi jadi sesetengah wanita yang tidak berdaya dari segi kewangan memilih untuk menggugurkan.

2. Kesilapan Zaman Remaja lalu menggugurkan kandungan

menggugurkan kandungan

Kurangnya pengetahuan tentang kaedah pencegah kehamilan dan malang yang tidak berbau ketika seks menyebabkan ramai remaja perempuan akhirnya mengandung.

Zaman remaja bukanlah zaman di mana seseorang itu sudah bersedia untuk membesarkan anak dengan sendirinya.

Tambahan lagi, bapa muda mereka juga mungkin tidak mahukan anak dan masih lagi hanyut dengan hiburan dan kawan-kawan.

Lebih malang, kebanyakan remaja hamil ini diugut oleh pasangan mereka untuk menggugurkan kandungan.

3. Darjat Perkahwinan Dan Adat

Di kebanyakan negara-negara asia, mereka melihat adat dan budaya itu sebagai sesuatu yang wajib diikuti.

Contohnya, dalam budaya keluarga cina, mereka lebih gemar kepada anak-anak lelaki jadi sekiranya si isteri hamil dengan anak perempuan, terdapat kemungkinan di mana si isteri akan tertekan dengan kehendak budaya dan akhirnya menggugurkam kandungan.

Dalam budaya India misalnya, wanita yang tidak berkahwin tidak dibenarkan untuk ada anak tanpa nikah dan sekiranya didapati mengandung, mereka akan dibuang daripada keluarga dan komuniti malahan boleh diserang. Untuk itu, mereka memilih untuk menggugurkan.

4. Mengggangu Pelan Kerjaya Dan Pendidikan Mereka

menggugurkan kandungan

Dalam dunia di mana wanita kini memegang jawatan besar dan memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor, kebanyakan daripada mereka terpaksa melepaskan kerjaya mereka kerana tanggungjawab ingin membesarkan anak.

Dalam industri pemodelan dan lakonan misalnya, mereka terpaksa direhatkan seketika daripada berkerja untuk melalui fasa mengandung dan membesarkan anak-anak.

Dalam masa ini, mereka akan banyak terlepas kursus dan perkembangan kerjaya untuk kareer mereka.

Untuk tujuan ini, demi membina kerjaya dan pendidikan mereka, mereka memilih untuk menggugurkan.

5. Anak Akibat Mangsa Rogol Atau Mangsa Penderaan Seksual, lalu menggugurkan kandungan

Mengandung akibat jenayah seperti rogol atau deraan seksual adalah bebanan berganda kepada seorang wanita.

Ia menggangu kestabilan emosi mereka dan kesihatan mental mereka.

Masyarakat juga akan bertindak memulaukan mereka sekiranya mereka melahirkan anak ini dan untuk tujuan itu, mereka memilih untuk menggugurkan kandungan mereka.

6. Masalah Fizikal Atau Kesihatan Mental

Ketika trimester kedua, terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kecacatan bayi dan kewujudan penyakit tertentu yang akan menggangu pembesaran bayi tersebut apabila mereka lahir.

Impak melahirkan anak yang cacat atau tidak sihat boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan mental ibu bapa.

Ada juga kes di mana penyakit tersebut berbahaya kepada ibu hamil dan ada juga kes di mana ibu itu tidak sihat untuk membawa kandungan.

Untuk tujuan itu, mereka memilih untuk menggugurkan.a

Sumber rujukan

Reasons U.S. Women Have Abortions: Quantitative and Qualitative Perspectives. https://www.guttmacher.org/sites/default/files/pdfs/journals/3711005.pdf. Accessed January 19, 2017.

WHY WOMEN CHOOSE ABORTION. http://europe.newsweek.com/memo-mike-pence-why-women-choose-abortion-485560?rm=eu. Accessed January 19, 2017.

Abortion – Reasons Women Choose Abortion. http://www.webmd.com/women/tc/abortion-reasons-women-choose-abortion. Accessed January 19, 2017.

Rujukan artikel asal

Reasons U.S. Women Have Abortions: Quantitative and Qualitative Perspectives. https://www.guttmacher.org/sites/default/files/pdfs/journals/3711005.pdf. Accessed January 19, 2017.

WHY WOMEN CHOOSE ABORTION. http://europe.newsweek.com/memo-mike-pence-why-women-choose-abortion-485560?rm=eu. Accessed January 19, 2017.

Abortion – Reasons Women Choose Abortion. http://www.webmd.com/women/tc/abortion-reasons-women-choose-abortion. Accessed January 19, 2017.

Lihat halaman asal di Hello Doktor