KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Bagaimana Ingin Menjadi Kreatif?

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Sifat kreatif merupakan satu keperluan utama dalam dunia hari ini, khususnya bagi orang muda yang ingin mengembangkan kariernya. Persaingan yang tinggi dalam semua bidang membuatkan peluang mendapat pekerjaan semakin susah jika seseorang hanya mempunyai kelulusan akademik semata-mata.

Bagaimana Ingin Menjadi Kreatif?

Dunia hari ini memerlukan solusi kepada banyak masalah. Untuk menawarkan solusi, ia memerlukan seorang dengan idea dan pemikiran yang kreatif. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa kreativiti bergantung kepada DNA dan gen, sebenarnya ia boleh dibentuk.

Bagaimana?

1. Bermain alat musik

Alat musik dan koordinasi minda serta tubuh yang berlaku semasa proses bermain musik boleh merangsang sisi kreatif dalam diri anda. Musik memerlukan seni yang sangat berkait rapat dengan kreativiti.

Banyak contoh tokoh terkemuka seperti Albert Einstein, Oliver Sacks, dan Paul Klee yang mengaitkan pendedahan kepada musik sebagai sebahagian dari faktor kejayaan mereka.

2. Bersenam

Percaya atau tidak, bersenam boleh merangsang minda anda untuk menjadi lebih kreatif. Jika anda kerap berada dalam keadaan tidak aktif, anda lebih cenderung mempunyai satu cara berfikir dan kekal dengan cara tersebut tanpa cuba ke arah yang lain.

Kajian juga mendapati bahawa senaman dapat menangani masalah seperti kewarasan minda. Ini menunjukkan bahawa aktiviti fizikal mempunyai kesan terhadap meningkatkan fungsi kognitif.

Kira indeks jisim badan (BMI)

3. Melukis dan mengambil gambar

Dua perkara ini memerlukan kreativiti yang tinggi. Pelukis dan jurufoto melihat sesuatu imej dari pelbagai sudut berbeza. Kebolehan menghasilkan gambaran terhadap apa yang dilihat boleh mengubah cara seseorang memandang dunia.

4. Membaca buku pelbagai genre

Membaca membuka ruang kepada banyak pengetahuan dan memberikan input baru kepada minda anda. Maklumat dan input ini membantu menjadi bahan asas ke arah menghasilkan sesuatu idea baru. Hanya kerana anda seorang doktor, tidak bermakna anda hanya membaca buku perubatan. Cuba juga genre lain seperti politik, ekonomi, dan cinta.

5. Tidak lakukan apa-apa

Seorang penulis terkenal Alan Cohen pernah menulis, “Terdapat manfaat semasa bekerja dan juga semasa berehat. Lakukan kedua-duanya, jangan abaikan salah satu darinya.”

Otak anda sekali-sekala perlu berehat buat seketika untuk memproses maklumat yang ada. Bekerja dan memasukkan terlalu banyak maklumat ke dalam otak anda boleh menjejaskan produktiviti.

Biarkan diri anda berehat tanpa melakukan apa-apa. Sebenarnya anda sedang melakukan sesuatu iaitu membina kreativiti!

Sumber rujukan

6 Proven Ways to Improve Your Creativity – https://www.forbes.com/sites/deeppatel/2017/07/30/6-proven-ways-to-increase-your-creativity/#144a4e1b4295

Rujukan artikel asal

6 Proven Ways to Improve Your Creativity – https://www.forbes.com/sites/deeppatel/2017/07/30/6-proven-ways-to-increase-your-creativity/#144a4e1b4295

Lihat halaman asal di Hello Doktor