Awas Kaum Adam, 11 Gaya Hidup Ini Mungkin Akan Buat ‘Kejantanan’ Anda Terjejas!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Fungsi testis lelaki normal dalam sistem reproduktif adalah untuk menghasilkan sperma. Namun masalah seperti kiraan sperma rendah sering menjadi isu utama sukar dielakkan lelaki. Apakah gaya hidup yang mungkin mendorong kepada masalah itu?
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Lelaki, klik di sini.
Kiraan sperma rendah
Kiraan sperma rendah bermaksud jumlah sperma kurang daripada jumlah biasa dalam cecair dipanggil air mani yang dikeluarkan oleh zakar semasa orgasma.
Kiraan sperma yang rendah juga dipanggil oligospermia. Manakala kekurangan sperma sepenuhnya dipanggil azoospermia.
Umumnya, kiraan sperma dianggap rendah jika mempunyai kurang daripada 15 juta sperma setiap mililiter air mani. Keadaan itu sekali gus menyukarkan peluang kehamilan untuk pasangan anda.
Tetapi apakah tabiat yang boleh menyumbang kepada masalah kiraan sperma rendah ini?
Fungsi testis lelaki: Punca kiraan sperma rendah
Pelbagai situasi boleh menyebabkan anda mengalami oligospermia atau gangguan sperma lain. Antara punca-puncanya termasuk:
- Keadaan tertentu
- Toksin persekitaran
- Kepanasan
- Faktor gaya hidup
- Ubat-ubatan
Penyakit dan keadaan
Beberapa penyakit dan keadaan tertentu boleh menyebabkan oligospermia termasuk:
- Jangkitan bakteria dan virus, termasuk jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan seksual (STD) seperti gonorea dan HIV
- Penyumbatan dalam sistem reproduksi yang menghalang sperma keluar dari tubuh
- Keadaan yang mempengaruhi hormon anda, seperti hipogonadisme
- Gangguan genetik, seperti sindrom Klinefelter dan fibrosis sista
Persekitaran toksik
Persekitaran toksik yang melibatkan pekerjaan juga boleh mempengaruhi mana-mana bahagian tubuh, termasuk sperma. Ini termasuk:
- Logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri
- Bahan kimia industri seperti racun serangga dan pestisida
Bagaimana pula gaya hidup boleh mempengaruhi kiraan sperma rendah ini?
Habit tidak sihat lelaki
Selain daripada keadaan kesihatan dan faktor pekerjaan yang boleh menjadi penyebab kiraan sperma rendah, gaya hidup juga boleh mengakibatkan fungsi testis terjejas, antaranya:
1. Obesiti
Lelaki yang obes mempunyai kualiti air mani lebih rendah berbanding individu dalam julat BMI normal. Golongan ini mempunyai jumlah kerosakan DNA lebih tinggi dalam sperma, yang memberi kesan negatif terhadap kesuburan.
Menjadi terlalu kurus juga boleh memberi kesan negatif terhadap sperma lelaki. Jadi sebaiknya, pastikan berat badan anda seimbang. Anda boleh semak BMI di sini untuk lebih kepastian.
2. Pemakanan tidak sihat
Mahu mengekalkan tahap kesuburan yang baik? Sebaiknya elakkan amalan makan makanan segera dan diproses terlalu kerap.
3. Objek panas kurangkan kesuburan fungsi testis
Pada dasarnya testis lelaki normal berada di luar tubuh adalah kerana ia perlu berada dalam suhu lebih sejuk daripada suhu badan. Ini penting untuk menghasilkan sperma dengan betul.
Jadi elakkan aktiviti sauna, tab mandi panas, bilik stim atau meletakkan laptop di paha jika anda dan pasangan sedang cuba untuk hamil.
4. Merokok
Tabiat merokok boleh mengurangkan kiraan sperma lelaki dan meningkatkan jumlah sperma yang tidak bergerak dan abnormal. Jadi ini boleh dijadikan sebab kuat untuk anda berhenti merokok!
5. Alkohol jejaskan fungsi testis lelaki
Pengambilan alkohol dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan penghasilan beberapa hormon seks. Ia menjejaskan kelenjar yang berkaitan dengan sistem reproduktif seperti testis, hipotalamus dan kelenjar pituitari anterior.
Ia menurunkan tahap testosteron, hormon luteinizing (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH) sementara meningkatkan estrogen. Semua faktor ini mengurangkan penghasilan sperma dan boleh menyebabkan disfungsi ereksi atau mati pucuk.
6. Kafein
Pengambilan kafein harian yang tinggi daripada kopi atau minuman berkarbonat boleh menjadi punca kadar kiraan sperma rendah.
Tetapi ini tidak bermakna anda perlu melupakan kopi pagi, soda, teh atau minuman tenaga terus, cuma sebaiknya hadkan jumlah kadar pengambilan kafein kepada 1-2 cawan sehari.
7. Stres
Stres boleh menyebabkan perubahan hormon seperti ketidakseimbangan testosteron, yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki secara langsung.
Amalkan tidur yang cukup, pemakanan seimbang, senaman berkala dan berehat untuk pastikan diri tidak stres.
8. Tidak aktif jejaskan fungsi testis
Gaya hidup kurang aktif yang kurang aktiviti fizikal boleh mempengaruhi kualiti dan kuantiti sperma, daya tahan dan sistem imun. Ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesuburan secara keseluruhan.
9. Telefon pintar
Radiasi daripada telefon pintar juga boleh mengurangkan kiraan sperma, mengurangkan pergerakan dan morfologi sperma serta menyebabkan kerosakan DNA.
Disaran untuk menjauhkan telefon daripada testis seperti meletakkan di poket baju, membawanya dalam beg bimbit, atau meletakkannya di atas meja apabila boleh.
10. Ubat-ubatan
Penyekat saluran kalsium dan penyekat beta – digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, kemoterapi dan rawatan kanser lain adalah ubat-ubatan biasa yang boleh menjejaskan penghasilan sperma.
Berundinglah dengan doktor untuk menentukan sama sebarang ubat yang diambil – preskripsi, dibeli di farmasi atau suplemen pemakanan – boleh mempengaruhi kuantiti atau kualiti sperma.
11. Steroid jejaskan fungsi testis
Steroid anabolik yang diambil untuk merangsang kekuatan dan tumbesaran otot boleh menyebabkan peranan testis lelaki normal terjejas. Ini sekali gus menjadikan penghasilan sperma berkurang.
Pastikan anda melakukan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini dapat membantu mengenal pasti keadaan kesihatan supaya campur tangan perubatan yang tepat boleh dilakukan.
Sumber rujukan
- Oligospermia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22477-oligospermia-low-sperm-count / Diakses pada April 21, 2025.
- Low sperm count. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-sperm-count/symptoms-causes/syc-20374585. / Diakses pada April 21, 2025.
- Healthy sperm: Improving your fertility. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/fertility/art-20047584. / Diakses pada April 21, 2025.
- Male Infertility: Symptoms, Diagnosis & Treatment. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/m/male-infertility. / Diakses pada April 21, 2025.
- Sperm Production Problems. https://www.news-medical.net/health/Sperm-Production-Problems.aspx. / Diakses pada April 21, 2025.
- Causes of male infertility – a low sperm count can be treated. https://www.bournhall.co.uk/fertilityblog/causes-of-male-infertility-2/ Diakses pada April 21, 2025.
- Jensen TK, Andersson AM, Jørgensen N, Andersen AG, Carlsen E, Petersen JH, Skakkebaek NE. Body mass index in relation to semen quality and reproductive hormones among 1,558 Danish men. Fertil Steril. 2004 Oct;82(4):863-70. doi: 10.1016/j.fertnstert.2004.03.056. PMID: 15482761. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15482761/. Diakses pada April 21, 2025.
- Sharma R, Harlev A, Agarwal A, Esteves SC. Cigarette Smoking and Semen Quality: A New Meta-analysis Examining the Effect of the 2010 World Health Organization Laboratory Methods for the Examination of Human Semen. Eur Urol. 2016 Oct;70(4):635-645. doi: 10.1016/j.eururo.2016.04.010. Epub 2016 Apr 21. PMID: 27113031. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27113031/.Diakses pada April 21, 2025.
- Asare-Anane H, Bannison SB, Ofori EK, Ateko RO, Bawah AT, Amanquah SD, Oppong SY, Gandau BB, Ziem JB. Tobacco smoking is associated with decreased semen quality. Reprod Health. 2016 Aug 5;13(1):90. doi: 10.1186/s12978-016-0207-z. PMID: 27496053; PMCID: PMC4974764. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27496053/. Diakses pada April 21, 2025.
- Jensen TK, Gottschau M, Madsen JO, Andersson AM, Lassen TH, Skakkebæk NE, Swan SH, Priskorn L, Juul A, Jørgensen N. Habitual alcohol consumption associated with reduced semen quality and changes in reproductive hormones; a cross-sectional study among 1221 young Danish men. BMJ Open. 2014 Oct 2;4(9):e005462. doi: 10.1136/bmjopen-2014-005462. PMID: 25277121; PMCID: PMC4185337. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25277121/. Diakses pada April 21, 2025.
- Jensen TK, Swan SH, Skakkebaek NE, Rasmussen S, Jørgensen N. Caffeine intake and semen quality in a population of 2,554 young Danish men. Am J Epidemiol. 2010 Apr 15;171(8):883-91. doi: 10.1093/aje/kwq007. Epub 2010 Mar 25. PMID: 20338976. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20338976/. Diakses pada April 21, 2025.

- Janevic T, Kahn LG, Landsbergis P, Cirillo PM, Cohn BA, Liu X, Factor-Litvak P. Effects of work and life stress on semen quality. Fertil Steril. 2014 Aug;102(2):530-8. doi: 10.1016/j.fertnstert.2014.04.021. Epub 2014 May 23. PMID: 24856463; PMCID: PMC4382866. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24856463/. Diakses pada April 21, 2025.
- Gaskins AJ, Mendiola J, Afeiche M, Jørgensen N, Swan SH, Chavarro JE. Physical activity and television watching in relation to semen quality in young men. Br J Sports Med. 2015 Feb;49(4):265-70. doi: 10.1136/bjsports-2012-091644. Epub 2013 Feb 4. PMID: 23380634; PMCID: PMC3868632. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23380634/. Diakses pada April 21, 2025.
- Don’t make the mistake of letting a diet kill sperm. https://www.uchicagomedicine.org/forefront/health-and-wellness-articles/dont-make-the-mistake-of-letting-a-diet-kill-sperm. Diakses pada April 21, 2025.
Rujukan artikel asal