10 Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Ereksi Lemah, Tiada Lagi 'Tewas' Awal!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Apakah yang menyebabkan ereksi lemah dan adakah terdapat cara mengatasi masalah zakar cepat kendur?
Setiap kali berbicara mengenai ereksi lemah, tidak ramai lelaki yang sanggup untuk mengakuinya. Ini kerana mereka beranggapan bahawa maruah mereka akan tercalar sekiranya sering sahaja tewas awal kepada pasangan di kamar tidur.
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Seksual, lihat di sini.
Cara mengatasi masalah zakar cepat kendur: Fahami punca ereksi lemah
Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Adelaide terhadap 810 lelaki berusia 35 hingga 80 tahun selama 5 tahun, 31% daripada jumlah ini mengalami masalah ereksi.
Menurut Profesor Gary Wittert yang merupakan Ketua Jabatan Perubatan di universiti yang sama, ereksi yang lemah bukan sahaja akan menjejaskan kehidupan seksual seseorang malahan ia juga mungkin mempunyai kaitan dengan pelbagai kondisi kesihatan yang lain.
Beliau turut menjelaskan bahawa faktor risiko terjadinya perkara ini adalah lebih berkaitan dengan isu fizikal berbanding isu psikologi seperti usia, obesiti, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan atau gangguan waktu tidur seperti apnea tidur obstruktif.
Berita baiknya, kajian tersebut turut menjelaskan bahawa 29% daripada jumlah lelaki dengan ereksi lemah ini mampu mengatasi masalah tersebut secara semula jadi. Persoalannya, apakah cara untuk mengatasi ereksi lemah?
Disfungi erektil
Sebelum mengetahui cara mengatasi masalah zakar cepat kendur, anda harus tahu selain ereksi lemah, ada satu lagi masalah yang lebih besar dan membimbangkan lelaki iaitu disfungsi erektil atau bahasa mudahnya, mati pucuk!
Untuk pengetahuan anda, kondisi ini berlaku apabila seorang lelaki itu gagal untuk memulakan atau mengekalkan ereksi sehingga ia cukup untuk melakukan hubungan seksual. Gagal untuk zakar mengalami kekerasan atau ketegangan yang optimum adalah perkara yang mungkin boleh dianggap normal bagi lelaki – ereksi lemah.
Namun, jika kondisi ini berlaku secara berterusan, ia boleh jadi punca tekanan lantas menjejaskan keyakinan diri serta mungkin merosakkan rumah tangga anda kelak.
Jadi, apakah punca disfungsi erektil?
Buat anda yang belum tahu, ia terbahagi kepada dua, iaitu punca fizikal dan psikologikal.
Fizikal
Individu mungkin akan mengalami kondisi disfungsi erektil sekiranya mereka mempunyai beberapa kondisi kesihatan berikut:
- Tekanan darah tinggi
- Kolesterol tinggi
- Obesiti
- Diabetes
- Menghisap rokok
- Meminum alkohol
- Penyalahgunaan dadah
- Penyakit jantung
- Gangguan tidur
- Pengambilan ubatan tertentu
- Komplikasi pembedahan di kawasan pelvis
Baca juga:
Lelaki, Cara Untuk Tahu Zakar Anda Sihat Dan Kuat, Lihat Pada 7 Ciri Ini!
“Lelaki, Cara Untuk Tahu Zakar Anda Sihat Dan Kuat, Lihat Pada 7 Ciri Ini!” — Hello Doktor
Psikologikal
Selain itu, kondisi ini juga mungkin didasari oleh faktor psikologikal iaitu otak. Kadangkala, individu yang mengalami disfungsi erektil juga mungkin mengalami:
- Kemurungan
- Kegelisahan
- Stres
- Pelbagai keadaan kesihatan mental yang lain
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan kondisi ereksi lemah atau disfungsi erektil ini agar kehidupan seks seorang lelaki dengan pasangannya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera!
10 cara mengatasi masalah zakar cepat kendur
#1. Berhenti merokok
Buat perokok di luar sana, anda perlu tahu bahawa tabiat buruk ini boleh merosakkan saluran darah lantas menjejaskan aliran darah ke kemaluan.
Lebih menakutkan, menghisap rokok juga boleh menyebabkan saluran darah mengecut lalu menghalang terus darah daripada melaluinya. Ini kemudiannya akan menyebabkan mati pucuk.
#2. Kurangkan pengambilan alkohol, cara mengatasi masalah zakar cepat kendur
Mungkin bagi kebanyakan individu, pengambilan alkohol secara sederhana adalah tidak memudaratkan.
Namun begitu, pengambilan alkohol secara berlebihan sebenarnya akan menyebabkan kerosakan organ hati, sistem saraf serta beberapa kondisi lain yang akan mengganggu hormon seks lelaki.
#3. Ambil tahu tentang hormon testosteron anda
Untuk pengetahuan anda, kadar hormon testosteron lelaki akan mula menurun dengan mendadak apabila mencecah usia kira-kira 50 tahun. Selepas anda berusia sekitar 40 tahun, hormon testosteron akan mula merudum sebanyak 1.3 % pada setiap tahun.
Antara petanda anda mengalami kekurangan hormon testosteron adalah kurang libido, kurang stamina, ketidakstabilan emosi atau sukar membuat keputusan. Oleh itu, pastikan anda kerap berjumpa doktor dan ambil tahu mengenainya.
#4. Kawal stres, antara cara mengatasi masalah zakar cepat kendur
Stres sebenarnya akan membuatkan tubuh anda merembeskan hormon adrenalin, yang akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ia seterusnya akan mengakibatkan ereksi menjadi lemah.
Jadi, sila kawal stres anda untuk kebaikan kehidupan seks anda dan pasangan.
#5. Jangan cuba posisi seks yang berbahaya
Percaya atau tidak, ereksi lemah juga mungkin disebabkan oleh kecederaan semasa melakukan seks.
Oleh itu, sentiasa ingatkan diri anda untuk melakukan seks secara selamat dan jangan cuba posisi seks yang berbahaya.
Untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat daripada doktor tentang posisi seks mana yang boleh dan tidak boleh anda dan pasangan lakukan.
#6. Elak pengambilan steroid anabolik
Kebanyakan atlet dan ahli bina badan selalu menggunakan ubatan ini untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik.
Namun begitu, ia sebenarnya mampu menjejaskan kemampuan tubuh badan untuk menghasilkan hormon testosteron serta mengecilkan saiz testis.
#7. Kawal pemakanan anda, cara mengatasi masalah zakar cepat kendur
Tidak ramai yang tahu bahawa diet pemakanan adalah sangat penting untuk kesihatan individu secara umumnya termasuklah kebolehan untuk ereksi yang kuat.
Diet yang kurang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengambilan makanan yang berlemak, atau bergoreng akan menjejaskan saluran darah dalam keseluruhan tubuh badan. Ini sudah tentu akan merosakkan kemampuan ereksi anda.
#8. Kawal pengambilan kolesterol anda
Kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan berupaya merosakkan saluran darah, termasuklah saluran yang terdapat pada kemaluan.
Jadi, pastikan anda kawal pengambilan kolesterol untuk mengekalkan tekanan darah anda selain memastikan ereksi anda kekal berada pada prestasi yang terbaik.
#9. Kekalkan berat badan yang sihat
Individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sangat berisiko menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes jenis 2, yang akan menjejaskan sistem saraf tubuh badan. Jika penyakit ini menyerang saraf kemaluan, kemampuan ereksi anda akan terjejas. Oleh itu, sentiasa kekalkan berat badan yang sihat.
Cara mengatasi masalah zakar cepat kendur #10. Lakukan senaman dengan kerap
Senaman seperti aerobik, berenang atau berjoging mampu membantu anda mengatasi masalah ereksi lemah.
Akan tetapi, pastikan anda elak daripada melakukan senaman yang memberi tekanan berat terhadap perineum (kawasan skrotum dan anus) seperti aktiviti berbasikal.
Ini kerana saluran darah dan saraf di kawasan ini mudah terjejas akibat tekanan berat.
Konklusi
Kesimpulannya, ramai lelaki yang mungkin mengalami masalah ereksi lemah atau mati pucuk, cuma malu untuk mengakuinya dan mendapatkan rawatan lanjutan.
Seharusnya, perkara seperti ini tidak terjadi kerana tiada apa yang perlu anda malukan. Ia adalah sesuatu yang mungkin normal dan anda boleh mencuba cara mengatasi masalah zakar cepat kendur dikongsikan di atas. Jika anda juga mengalaminya, segera berjumpa doktor okay?
Sumber rujukan
- Erectile dysfunction. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776. Accessed on August 29, 2019.
- Symptoms & Causes of Erectile Dysfunction. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/erectile-dysfunction/symptoms-causes, Accessed on August 29, 2019
- 5 natural ways to overcome erectile dysfunction. https://www.health.harvard.edu/mens-health/5-natural-ways-to-overcome-erectile-dysfunction, Accessed on August 29, 2019
- Erectile Dysfunction (ED). https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/e/erectile-dysfunction-(ed), Accessed on August 29, 2019
- Erectile Dysfunction. Trimix Injections. https://healthcare.utah.edu/menshealth/conditions/erectile-dysfunction/trimix-injection.php, Accessed on August 29, 2019
Rujukan artikel asal
- Erectile dysfunction. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776. Accessed on August 29, 2019.
- Symptoms & Causes of Erectile Dysfunction. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/erectile-dysfunction/symptoms-causes, Accessed on August 29, 2019
- 5 natural ways to overcome erectile dysfunction. https://www.health.harvard.edu/mens-health/5-natural-ways-to-overcome-erectile-dysfunction, Accessed on August 29, 2019
- Erectile Dysfunction (ED). https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/e/erectile-dysfunction-(ed), Accessed on August 29, 2019
- Erectile Dysfunction. Trimix Injections. https://healthcare.utah.edu/menshealth/conditions/erectile-dysfunction/trimix-injection.php, Accessed on August 29, 2019