KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

5 Fakta Menarik Tentang Zakar Yang Anda Tak Pernah Tahu, No #3 Paling Kelakar!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Tahukah anda, mungkin ada beberapa fakta mengenai zakar yang anda tidak tahu walaupun anda dilahirkan sebagai seorang lelaki? Jom baca 5 fakta mengenai zakar lelaki yang anda mungkin tidak tahu!

5 Fakta Menarik Tentang Zakar Yang Anda Tak Pernah Tahu, No #3 Paling Kelakar!

1. Zakar anda boleh ‘patah’

Fakta zakar yang pertama adalah berkaitan dengan kecederaan zakar. Jika dengan ganasnya, anda terpusing atau zakar anda terbengkok, ia boleh ‘patah’.

Zakar tidak mempunyai tulang namun ia disokong oleh tiub-tiub yang dipenuhi oleh darah apabila tegang/ereksi dan tiub ini berupaya untuk pecah dan bocor.

Darah boleh bocor ke struktur dalaman zakar yang lain, mengakibatkan rasa sakit dan bengkak. Dalam kebanyakan kes, ia berlaku ketika seks dan ketika pasangan anda berada di atas. Kecederaan ini berlaku apabila zakar terkeluar daripada faraj dan terbengkok oleh daya yang kuat.

2. Lelaki mengalami beberapa ereksi pada waktu malam 

fakta zakar

Fakta zakar seterusnya adalah berkaitan dengan ereksi dan waktu malam. Lelaki secara puratanya mengalami ereksi tiga hingga lima kali sepanjang malam ketika mereka tidur, dengan setiap ereksi mampu bertahan dari 25 hingga 35 minit.

Kerasan pagi atau ‘morning wood’ adalah tegangan zakar yang berlaku apabila seseorang bangun pagi. Punca kepada ereksi waktu malam ini tidak difahami sepenuhnya namun ia mungkin berkait rapat dengan fasa-fasa tidur khususnya fasa tidur REM (rapid eye movement).

Fasa ini adalah ketika seseorang bermimpi. Apapun puncanya, ereksi waktu malam adalah tanda bahawa zakar anda berfungsi dengan baik.

3. Panjang zakar tiada kaitan dengan saiz kaki 

Khabar bahawa saiz zakar lelaki berkait rapat dengan saiz kaki seseorang adalah mitos, menurut kajian. Kajian mendapati bahawa tiada kaitannya antara saiz kasut seseorang dengan panjang zakar mereka.

4. Zakar kecil menghasilkan ereksi yang besar 

fakta zakar

Fakta zakar yang ini berbunyi sedikit pelik namun zakar yang kecil atau lebih pendek akan membesar dengan lebih banyak apabila ia tegang.

Kajian menunjukkan peningkatan saiz zakar ketika tegang dalam zakar yang kecil adalah hampir dua kali ganda berbanding zakar yang lebih besar.

5. Zakar bukanlah sejenis otot 

fakta zakar

Untuk fakta zakar terakhir, zakar lelaki bukanlah sejenis otot, sebaliknya ia seakan span yang mempunyai banyak tiub dan salur darah yang mengembang apabila zakara tersebut terangsang.

Darah memenuhi tiub-tiub berbentuk silinder ini, menyebabkan zakar menjadi besar dan keras.

Pembesaran ini menyekat saluran vena yang sepatutnya membawa darah dari ke zakar ke tempat lain. Apabila ereksi hilang, salur darah arteri dalam struktur tersebut akan menjadi kecil semula, membenarkan darah untuk keluar dari kawasan zakar ke bahagian lain.

Sumber rujukan

  1. Five penis facts. http://www.nhs.uk/Livewell/penis-health/Pages/Five-penis-facts.aspx. Accessed August 26, 2016.
  2. 5 penis facts. https://www.rollemedicalpartnership.co.uk/syndication/live-well/sexual-health/five-penis-facts
  3. 10 Things You Didn’t Know About His Penis. https://www.healthywomen.org/content/article/10-things-you-didnt-know-about-his-penis
Rujukan artikel asal
  1. Five penis facts. http://www.nhs.uk/Livewell/penis-health/Pages/Five-penis-facts.aspx. Accessed August 26, 2016.
  2. 5 penis facts. https://www.rollemedicalpartnership.co.uk/syndication/live-well/sexual-health/five-penis-facts
  3. 10 Things You Didn’t Know About His Penis. https://www.healthywomen.org/content/article/10-things-you-didnt-know-about-his-penis

Lihat halaman asal di Hello Doktor