Penting Untuk Atasi Sindrom Metabolik Yang Membawa Masalah Urinari Lelaki!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
KUALA LUMPUR (11 November 2024) – Bagaimana jika lelaki diberikan kelebihan untuk menjadi lebih sihat? Isu kesihatan lelaki seperti saluran kencing lelaki sering menjadi perhatian semasa Movember, yang memberi tumpuan kepada penyakit lelaki seperti kanser prostat dan kesihatan mental.
Tetapi terdapat keperluan sepanjang tahun untuk menangani penyakit lain seperti seperti sindrom metabolik (MetS) yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dan kecergasan golongan lelaki.
Adakah benar MetS boleh menyebabkan pundi kencing lelaki bengkak? Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!
Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.
Apa itu Sindrom Metabolik (MetS)?
Apakah itu MetS?
Menurut Pakar Perunding Nefrologi dan Perubatan Dalaman daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Radzi Rodzlan, ia dicirikan oleh sekurang-kurangnya tiga daripada lima faktor risiko berikut:
- Obesiti perut (central obesity)
- Serum trigliserida yang tinggi (mempunyai terlalu banyak lemak dalam darah)
- Low high-density lipoprotein cholesterol (HDL-C)
- Tekanan darah tinggi
- Paras gula darah semasa berpuasa yang tinggi
MetS boleh memberi kesan kepada saluran kencing lelaki dan wanita. Kajian menunjukkan bahawa prevalens keseluruhan MetS dalam kalangan orang dewasa di Malaysia terletak antara 25-40%.
Faktor risiko yang paling berkait rapat dengan MetS termasuklah:
- Umur
- Sejarah diabetes peribadi atau keluarga
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat
- Merokok
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Masalah tekanan
- Menopaus
- Kerap mengambil diet tinggi lemak
- Gaya hidup yang tidak aktif
Masalah saluran kencing lelaki
MetS juga dikaitkan dengan beberapa penyakit urologi terjadi seperti batu karang, benign prostatic hyperplasia (BPH) atau pembesaran prostat, gejala yang berkaitan dengan masalah saluran kencing lelaki sakit, pundi kencing, prostat dan uretra (LUTS), mati pucuk, masalah ketidaksuburan lelaki dan kanser prostat.
“Banyak bukti saintifik menunjukkan lelaki yang menghidap MetS berisiko tinggi untuk mengalami masalah saluran kencing lelaki yang sederhana hingga teruk apabila usia mereka meningkat,” jelas Pakar Perunding Urologi dan Pakar Bedah Robotik daripada SMCV, Dato’ Dr Selvalingam Sothilingam.
Gejala yang berkaitan dengan masalah saluran kencing lelaki atau umumnya dirujuk sebagai LUTS selalunya disebabkan oleh BPH.
Simptom tersebut termasuklah:
- Kelewatan untuk memulakan buang air kecil (teragak-agak untuk membuang air kecil),
- Aliran air kencing yang lemah
- Pengosongan pundi kencing yang tidak lengkap
- Tidak boleh menahan kencing
- Kerap kencing pada waktu malam (nocturia)
Pesakit yang mengalami tanda saluran kencing lelaki sakit perlu mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin, terutamanya jika mereka mempunyai tahap bacaan ujian Antigen Spesifik Prostat (PSA) yang tinggi.
Jika tidak dirawat, BPH dikaitkan dengan pelbagai komplikasi seperti jangkitan saluran kencing lelaki, darah dalam air kencing, masalah kencing terhalang yang teruk, inkontinensia kencing atau sering terkucil, kerosakan buah pinggang dan kencing pada waktu malam di atas katil.
BPH juga boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang yang membawa kepada pembengkakan buah pinggang (hydronephrosis) dan dalam kes yang serius, ia boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.
Keadaan ini sering dirujuk sebagai masalah buah pinggang yang kronik dan lelaki akan mengalami tekanan darah tinggi, kedua-dua kaki bengkak, dan sering mengalami kencing malam (nocturnal enuresis).
Dato’ Dr Selvalingam menekankan kepentingan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, kerana pengesanan awal adalah kunci dalam mencegah komplikasi lanjut yang disebabkan oleh MetS dan masalah pundi kencing lelaki bengkak.
Adakah terdapat rawatan atau petua hilangkan sakit pundi kencing?
80% lelaki dengan BPH boleh berjaya dirawat dengan ubat. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini perlu diambil untuk jangka masa panjang.
Lelaki yang mengalami komplikasi daripada BPH mungkin memerlukan:
- Pembedahan seperti TURP (Transurethral Resection of Prostate).
- Membuang tisu prostat – untuk merawat uretra yang tersumbat
- REZUM (Water Vapor Therapy of Prostate) – sejenis prosedur tanpa pembedahan yang menggunakan wap untuk mengecutkan prostat yang membesar
Sumber rujukan
- Transurethral Resection of the Prostate (TURP). https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/transurethral-resection-of-the-prostate-turp. Diakses November 22, 2024.
- Transurethral Resection of the Prostate (TURP). https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/turp/about/pac-20384880. Diakses November 22, 2024.
- Benign Prostatic Hyperplasia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9100-benign-prostatic-hyperplasia. Diakses November 22, 2024.
- Prevalence of Metabolic Syndrome (MetS) and Metabolic Dysfunction-Associated Fatty Liver Disease (MAFLD)
in Malaysia 2023. https://iku.gov.my/research/iku/mets. Diakses November 22, 2024. - Metabolic equivalents (METS) in exercise testing, exercise prescription, and evaluation of functional capacity. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/2204507/. Diakses November 22, 2024.
Rujukan artikel asal
- Transurethral Resection of the Prostate (TURP). https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/transurethral-resection-of-the-prostate-turp. Diakses November 22, 2024.
- Transurethral Resection of the Prostate (TURP). https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/turp/about/pac-20384880. Diakses November 22, 2024.
- Benign Prostatic Hyperplasia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9100-benign-prostatic-hyperplasia. Diakses November 22, 2024.
- Prevalence of Metabolic Syndrome (MetS) and Metabolic Dysfunction-Associated Fatty Liver Disease (MAFLD)
in Malaysia 2023. https://iku.gov.my/research/iku/mets. Diakses November 22, 2024. - Metabolic equivalents (METS) in exercise testing, exercise prescription, and evaluation of functional capacity. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/2204507/. Diakses November 22, 2024.