KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Menopaus Bukan Hanya Dialami Wanita, Lelaki Turut BERISIKO! Ini Simptomnya...

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

wJangan terkejut ya, seperti wanita, kaum lelaki juga akan berdepan masalah menopause! Jom kita ketahui lebih lanjut mengenai keadaan ini.

Menopaus Bukan Hanya Dialami Wanita, Lelaki Turut BERISIKO! Ini Simptomnya...

Untuk maklumat lanjut tentang Kesihatan Lelaki, lihat di sini.

Masalah menopause turut melanda lelaki

Sesetengah kaum lelaki mengalami simptom ‘menopaus lelaki’ seperti kemurungan, kehilangan nafsu seks, mati pucuk dan simptom fizikal serta emosi yang lain apabila mereka mencapai usia 40-an hingga awal 50-an.

Simptom lain yang biasa berlaku pada lelaki dalam usia ini ialah:

  • Perubahan mood dan cepat marah
  • Kehilangan jisim otot dan kurang kemampuan untuk bersenam
  • Pengagihan semula lemak, seperti perut boroi atau buah dada lelaki (gynaecomastia)
  • Kurang keghairahan atau tenaga
  • Kesukaran tidur (insomnia) atau cepat penat
  • Sukar menumpukan perhatian dan cepat terlupa

masalah menopause

Simptom-simptom ini dapat mengganggu kehidupan seharian dan kualiti hidup, jadi penting untuk mencari sebab dan mengenal pasti apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikannya.

Mitos masalah menopause kaum lelaki

Testosteron adalah hormon yang dihasilkan dalam testis lelaki. Ia lebih daripada sekadar memacu nafsu seks anda.

Ia juga menimbulkan perubahan semasa akil baligh, memberikan tenaga mental dan fizikal anda, mengekalkan jisim otot anda, mengawal tindak balas kecemasan anda, dan pelbagai fungsi lain.

Disebabkan testosteron diperlukan untuk pelbagai fungsi yang disebutkan, ramai yang menyangka simptom yang berlaku dengan penuaan adalah disebabkan penurunan testosteron.

Istilah masalah menopaus kaum lelaki digunakan secara berlebihan untuk merujuk kepada kumpulan simptom yang dialami lelaki yang berusia.

Istilah ini mengelirukan kerana ia menunjukkan simptom-simptom tersebut adalah hasil penurunan kadar testosteron secara mendadak pada usia tua, seperti yang berlaku dalam menopaus wanita.

Ini tidak benar.

Walaupun paras testosteron menurun dalam lelaki berusia, penurunan tersebut stabil iaitu kurang daripada 2% setahun sekitar usia 30-40 dan ini tidak mungkin menyebabkan masalah yang ketara.

Sebaliknya, simptom-simptom yang berlaku kebiasaannya berpunca daripada faktor gaya hidup atau masalah psikologi.

Krisis pertengahan umur juga mungkin memainkan peranan.

masalah menopause

Tekanan, kemurungan, kebimbangan, diet tidak sihat dan merokok merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan simptom tersebut.

Andropaus lelaki

Pun begitu, tidak dinafikan, terdapat lelaki yang mengalami masalah menopause atau dalam istilah yang sebenarnya, andropaus.

Berbeza daripada menopaus wanita, tidak semua lelaki mengalaminya dan ia mungkin berkait rapat dengan masalah hipogonadisme.

Andropaus melibatkan penurunan pengeluaran testosteron pada lelaki berusia 50 tahun ke atas dan menyebabkan masalah fizikal, seksual dan psikologi.

Ia biasanya bertambah teruk dengan penuaan. Ini termasuklah:

  • Rendah tenaga
  • Kemurungan atau kesedihan
  • Motivasi menurun
  • Keyakinan diri menurun
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Insomnia atau kesukaran tidur
  • Lemak badan meningkat
  • Pengurangan jisim otot dan rasa lemah fizikal
  • Ginekomastia atau perkembangan payudara
  • Kepadatan tulang menurun
  • Mati pucuk
  • Libido menurun
  • Kemandulan

masalah menopause

Apa itu hipogonadisme

Apabila masalah gaya hidup atau psikologi telah ditangani dan simptom masih berlaku, keberangkalian hipogonadisme perlu diambil kira.

Hipogonadisme berlaku apabila testis menghasilkan sedikit atau tidak menghasilkan hormon.

Hipogonadisme kadangkala berlaku sejak lahir yang boleh menyebabkan simptom seperti akil baligh lewat dan testis kecil.

Hipogonadisme juga kadangkala berlaku pada usia dewasa, terutamanya pada kaum lelaki yang obes atau mempunyai diabetes jenis 2.

Ini dikenali sebagai hipogonadisme lewat dan ia boleh menyebabkan simptom masalah menopause lelaki yang disebutkan di atas.

Walau bagaimanapun, ini adalah keadaan perubatan yang jarang berlaku dan bukanlah sebahagian daripada proses penuaan biasa.

Diagnosis hipogonadisme lewat biasanya boleh dibuat berdasarkan simptom dan keputusan ujian darah yang digunakan untuk mengukur tahap testosteron anda.

Baca juga:

Benarkah Beronani Akan Turunkan Tahap Testosteron Lelaki?

“Benarkah Beronani Akan Turunkan Tahap Testosteron Lelaki?” — Hello Doktor

Diagnosis dan rawatan

Jenis rawatan yang paling biasa untuk masalah menopause kaum lelaki adalah membuat pilihan gaya hidup sihat.

Contohnya, doktor anda mungkin menasihati anda untuk:

Doktor anda boleh mengambil sampel darah anda untuk menguji tahap testosteron anda.

Jika anda benar-benar mengalami kekurangan testosteron, anda mungkin disarankan untuk mengambil pengganti hormon. Walau bagaimanapun, ia sangat kontroversi.

Seperti steroid yang meningkatkan prestasi, testosteron sintetik boleh menyebabkan kesan sampingan.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai kanser prostat, ia boleh menyebabkan sel kanser anda berkembang.

Sekiranya doktor anda mencadangkan terapi penggantian hormon, timbangkan aspek positif dan negatif sebelum membuat keputusan.

Sumber rujukan

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/male-menopause/art-20048056

https://www.nhs.uk/conditions/male-menopause/

http://press.endocrine.org/doi/full/10.1210/jc.2014-v99i10-49A

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9117-male-reproductive-system

https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=45937

https://www.jkscience.org/archive/Volume82/andropause.pdf

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1472881/

Rujukan artikel asal

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/male-menopause/art-20048056

https://www.nhs.uk/conditions/male-menopause/

http://press.endocrine.org/doi/full/10.1210/jc.2014-v99i10-49A

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9117-male-reproductive-system

https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=45937

https://www.jkscience.org/archive/Volume82/andropause.pdf

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1472881/

Lihat halaman asal di Hello Doktor