KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Amalan 5 Tabiat Ini Punca Diabetes, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Kencing manis bukan sahaja disebabkan oleh genetik, tabiat hidup dan alam sekitar. Tapi ada banyak yang boleh menjadi faktor penyumbang atau penyebab diabetes ini. 

Amalan 5 Tabiat Ini Punca Diabetes, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

Jika anda mahukan kesihatan yang lebih baik, perhatikan tabiat anda dan berikan sedikit usaha untuk mengubahnya dengan cara yang lebih baik.

Berikut beberapa tabiat buruk yang boleh menjadi penyebab diabetes dan memburukan lagi penyakit anda. 

Untuk maklumat lanjut tentang Kencing Manis, lihat di sini.

Penyebab diabetes 

Minuman manis

Minum minuman manis dan jus tanpa kawalan pastinya boleh mengakibatkan kencing manis. Jus adalah baik untuk kesihatan, namun sebenarnya terdapat banyak gula dalam setiap jus yang biasa kita minum.

Jadi sekiranya haus, minumlah air kosong, teh tanpa gula atau kopi.

Duduk terlalu banyak

Laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kes diabetes di negara-negara Asia akan meningkat sebanyak 90 peratus dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

Menurut Dr Gauden Galea, “Dalam 10 tahun, bilangan pesakit kencing manis di Hanoi, Vietnam, meningkat dua kali ganda.

Sebabnya? Di bandar tersebut penduduknya lebih suka menunggang motorsikal berbanding berbasikal”.

Kesimpulannya, mereka yang kurang aktif secara fizikal mempunyai risiko obesiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang gemar melakukan aktiviti kesihatan.

Berjaga malam

penyebab diabetes

Tidur kurang dari 6 jam sehari boleh menyebabkan metabolisme terganggu. Ia sekali gus akan menyebabkan diabetes anda menjadikan tidak terkawal.

Lebih teruk, kurang waktu tidur juga akan merangsang hormon dalam darah membuatkan anda kelaparan, yang menjadi faktor kepada penambahan berat badan. Itu sebabnya tidur yang mencukupi adalah sangat penting.

Penyebab diabetes – Tidak bersarapan

Memilih untuk tidak bersarapan adalah satu tabiat yang sangat buruk. Ini kerana sarapan adalah hidangan yang penting sebagai permulaan hari anda.

Melangkau sarapan pagi dengan alasan untuk menjimatkan masa adalah tidak betul. Malah ia akan membuatkan emosi anda tidak stabil (mudah marah) dan boleh menjadi antara faktor penyumbang kepada penyakit diabetes jenis 2.

Penyebab diabetes – Snek lewat malam

penyebab diabetes

Memakan makan ringan selepas makan malam sangat tidak digalakkan terutamanya buat mereka yang menghidapi diabetes. Snek yang tidak sihat boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Malahan makan terlalu lewat di malam hari boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah. Jika anda masih berasa lapar selepas makan malam, buah-buahan pastinya pilihan yang lebih baik.

Bersediakah anda mengubah tabiat buruk anda kepada sesuatu yang lebih baik? Perbanyakan aktiviti fizikal, seperti berjalan kaki, menari, berbasikal, dan sebagainya.

Ketahui dengan lebih mendalam tentang apa yang bagus untuk anda makan dan apa yang perlu anda elakkan. Masih belum terlambat untuk berubah.

Kira indeks jisim badan (BMI)

Sumber rujukan

  1. https://www.diabetes.org/
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/symptoms-causes/syc-20371444
  3. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes
  4. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/diabetes.html
  5. https://medlineplus.gov/diabetes.html
Rujukan artikel asal
  1. https://www.diabetes.org/
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/symptoms-causes/syc-20371444
  3. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes
  4. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/diabetes.html
  5. https://medlineplus.gov/diabetes.html

Lihat halaman asal di Hello Doktor