Individu Dengan Kencing Manis Kena Rajin Mandi Air Panas, Ada Manfaat Ke?
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Bukan sekadar omong-kosong semata, aktiviti mandi air panas boleh bawa banyak manfaat pada kesihatan terutama jika anda ada diabetes. Persoalannya, apa kelebihan serta kebaikan mandi air panas terhadap pesakit kencing manis? Teruskan baca artikel!
Untuk maklumat lanjut tentang Kencing Manis, anda juga boleh klik di sini.
Apa kebaikan mandi air panas pada kesihatan?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda kena tahu bahawa mandian air panas tidak hanya mampu menghangatkan tubuh badan tatkala cuaca sedang sejuk malah ada banyak manfaat yang lain.
Salah satu daripada manfaat utama yang bakal anda terima adalah ia mampu menyingkirkan stres. Disebabkan itu juga, ini boleh jadi aktiviti terbaik untuk anda cuba di saat sedang tertekan.
Alasannya, ia boleh melancarkan lagi sirkulasi darah dalam tubuh badan di samping merembeskan endorfin atau ‘hormon bahagia’. Kesannya, diri serta minda anda mampu jadi lebih tenang.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Buat Penjaga Pesakit Diabetes, 6 Cara Ini Bantu Anda Atasi Stres Dan Burn-Out!
- Stres Bukan Semuanya Tidak Baik, Ada Yang Bagus Jika Rasa Tertekan, Ini Manfaatnya!
- Kenapa Perlu Kusut Setiap Kali Stres Datang? Mungkin Kalian Belum Tahu Teknik 4A Ini!
Dalam pada itu, ada beberapa lagi manfaat lain yang mungkin anda boleh dapatkan seperti berikut:
- Membuat tidur lebih nyenyak
- Melegakan masalah pada perut
- Melegakan masalah kulit gatal
- Mengoptimumkan suhu badan anda
- Memastikan diri lebih bersih, cantik dan sihat
Apa yang lebih menarik, kelebihan mandi air panas juga dipercayai amat bagus buat mereka yang ada diabetes. Jadi, adakah ini bermaksud jika penderita penyakit itu kena lebih banyak dan kerap mandi dengan air yang bersuhu agak tinggi?
Sebenarnya, ia juga amat bagus jika ada diabetes!
Diabetes adalah antara keadaan kesihatan kronik yang paling umum berlaku serta berbahaya. Di negara kita sahaja, kadar individu dengan obesiti adalah sekitar 15% – tertinggi di Asia Tenggara.
Dalam usaha untuk menurunkan angka itu, penderita penyakit ini amat disarankan untuk sentiasa menjaga pemakanan, gaya hidup dan kadar glukosa agar kekal pada tahap sihat lagi seimbang!
Tidak cukup dengan itu, individu juga wajar mengambil ubatan dan rawatan yang sepatutnya agar kondisi ini dapat dikawal. Mungkin anda juga boleh memanfaatkan kebaikan mandi air panas.
Manfaat Mandi Air Panas Boleh Kurangkan Risiko Diabetes, Benarkah?
“Manfaat Mandi Air Panas Boleh Kurangkan Risiko Diabetes, Benarkah?” — Hello Doktor
Di bawah ini adalah antara kelebihan dan kebaikan mandi air panas jika diri ada kondisi diabetes:
#1. Membuatkan insulin lebih sensitif
Menurut kajian terbitan Journal of Applied Physiology, kebaikan mandi air panas kepada pesakit kencing manis paling utama adalah ia mampu membuatkan hormon insulin lebih sensitif.
Insulin merupakan sejenis hormon di dalam tubuh badan manusia yang bertindak meregulasikan paras glukosa darah. Bagi penderita diabetes jenis 1 atau 2, ia tidak berfungsi dengan baik.
Dengan insulin yang lebih sensitif, maka kadar gula dalam darah turut dapat diserap dan dikawal dengan baik. Siapa tahu jika ia juga boleh menjadi satu terapi penting bagi merawat diabetes?
#2. Mengurangkan risiko sindrom metabolik
Individu yang ada kencing manis bukan sahaja perlu berwaspada dengan pengambilan gula malah kolesterol, lemak dan trigliserida demi mengurangkan risiko berlakunya sindrom metabolik.
Selain memburukkan lagi kondisi diabetes itu sendiri, ia turut bakal meningkatkan risiko penyakit jantung, strok atau masalah kardiovaskular yang lain. Dalam erti kata lebih mudah, mandi air panas adalah sangat bagus bagi dua organ utama yakni otak dan jantung!
#3. Meningkatkan kadar oksida nitrat
Untuk pengetahuan anda semua, oksida nitrat (NO) adalah antara molekul yang paling penting di dalam sistem sirkulasi darah manusia. Ketika mandi air panas, kadar NO boleh meningkat.
Apabila NO berada pada paras yang tinggi berbanding biasa, ia boleh membuat aliran darah lebih lancar dan tekanan darah jadi rendah. Ini sekali gus akan meningkatkan kemampuan sel di dalam tubuh badan untuk menyerap dan menggunakan lebih banyak glukosa!
Mandi air panas itu hanya satu kaedah alternatif!
Ya, memang benar kebaikan mandi air panas itu boleh mendatangkan sedikit sebanyak manfaat terhadap penderita penyakit kencing manis. Pun begitu, ia tidak boleh boleh dijadikan sandaran rawatan yang utama untuk menyembuhkan kondisi diabetes.
Ini kerana individu masih perlu mengawal kondisi tersebut dengan cara menjaga diet, gaya hidup dan paling penting, kadar gula dalam darah agar sentiasa pada tahap yang sihat lagi seimbang.
Konklusinya, pesakit diabetes itu mungkin perlu menimbangkan untuk mandi air pada suhu agak panas berbanding biasa namun tidak keterlaluan. Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada doktor.
Sumber rujukan
- Don’t like exercise? A hot bath may be just as good for your body, https://www.studyfinds.org/exercise-hot-bath-just-as-good/, Accessed Aug 10 2022.
- From Hot to Cold: The Hidden Health Benefits of Bathing, https://www.sclhealth.org/blog/2019/04/from-hot-to-cold-the-hidden-health-benefits-of-bathing/, Accessed Aug 10 2022.
- Study suggests regular hot baths are associated with improving various risk factors for type 2 diabetes, https://www.eurekalert.org/news-releases/634165, Accessed Aug 10 2022.
- Could hot baths help diabetes sufferers?, https://www.scimex.org/newsfeed/could-hot-baths-help-diabetes-sufferers, Accessed Aug 10 2022.
- Taking A Hot Bath To Lower Blood Sugar, https://www.udual.org/diabetes/taking-a-hot-bath-to-lower-blood-sugar/, Accessed Aug 10 2022.
Rujukan artikel asal
- Don’t like exercise? A hot bath may be just as good for your body, https://www.studyfinds.org/exercise-hot-bath-just-as-good/, Accessed Aug 10 2022.
- From Hot to Cold: The Hidden Health Benefits of Bathing, https://www.sclhealth.org/blog/2019/04/from-hot-to-cold-the-hidden-health-benefits-of-bathing/, Accessed Aug 10 2022.
- Study suggests regular hot baths are associated with improving various risk factors for type 2 diabetes, https://www.eurekalert.org/news-releases/634165, Accessed Aug 10 2022.
- Could hot baths help diabetes sufferers?, https://www.scimex.org/newsfeed/could-hot-baths-help-diabetes-sufferers, Accessed Aug 10 2022.
- Taking A Hot Bath To Lower Blood Sugar, https://www.udual.org/diabetes/taking-a-hot-bath-to-lower-blood-sugar/, Accessed Aug 10 2022.