KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Taman Permainan Lokasi Wabak Penyakit! Ibu bapa, Amalkan 3 Cara Menghindarinya

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Selamat ke untuk membawa anak bermain permainan di taman permainan? Bukan untuk menakutkan ibu bapa, tetapi hakikatnya terdapat banyak bakteria di sana.

Taman Permainan Lokasi Wabak Penyakit! Ibu bapa, Amalkan 3 Cara Menghindarinya

Berita baik, ada langkah berjaga-jaga yang boleh anda lakukan untuk keselamatan si kecil.

Untuk maklumat lanjut tentang Keibubapaan, lihat di sini.

Bermain permainan di taman permainan

Hampir semua daripada peralatan di playground telah tercemar dengan bakteria yang memudaratkan dan menjadi penyebab kepada penyakit tertentu.

Ketika kanak-kanak seronok bermain jongkang-jongkit, buaian, gelongsor, palang besi (monkey bar) dan lain-lain secara langsung mendedahkan mereka kepada air liur, peluh, air kencing atau mungkin darah orang lain semasa menggunakan peralatan tersebut.

Tanpa penjagaan kebersihan yang konsisten, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kerana setiap peralatan permainan boleh menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria dan kuman.

Antara bakteria dan penyakit yang biasa ditemui di playground  adalah norovirus, E. coli, salmonella, dan hepatitis A.

Malah terdapat kajian menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua peralatan permainan telah tercemar dengan kuman berbahaya dan bakteria yang menyebabkan penyebaran penyakit pada kanak-kanak seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Baca juga:

Mainan Anak Punca Penyakit! Mama, Pernah Cuci Tak Trak Mainan & ‘Teddy Bear’ Si Kecil?

“Mainan Anak Punca Penyakit! Mama, Pernah Cuci Tak Trak Mainan & ‘Teddy Bear’ Si Kecil?” — Hello Doktor

Bakteria pada permainan di taman permainan

Berikut adalah unit pembentukan bakteria (CFU) di tempat permainan. CFU adalah unit yang digunakan untuk menganggarkan jumlah bakteria yang berkembang atau sel kulat dalam sampel.

Bagi kebanyakan ibu bapa, taman permainan dalaman atau kawasan tertutup (indoor) sangat sesuai untuk ketika hari hujan.

Malah, ada yang beranggapan ia lebih selamat untuk memantau pergerakan anak.

Tetapi adakah memilih tempat permainan dalaman (indoor) bermakna anak anda bebas daripada bakteria? Lihat perbandingan ini.

permainan di taman permainan
Sumber grafik daripada Home Advisor

permainan di taman permainan
Sumber grafik daripada Home Advisor

Nilai CFU bakteria yang didapati itu mungkin sangat membimbangkan ibu bapa untuk membawa anak ke playground dan lebih memlilh untuk berada di dalam rumah.

Namun, keadaan di dalam rumah yang disangkakan selamat belum tentu benar-benar bebas bakteria dan kuman.

Langkah penjagaan penting

1. Bawa tuala/tisu basah

Sebelum ke taman permainan, sediakan tuala atau tisu basah supaya anda boleh mengelap tubuh khususnya anak anda selepas mereka selesai bermain.

Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan peralatan yang kotor sebelum mereka menyentuhnya.

2. Pembasmi kuman (Hand sanitizer)

permainan di taman permainan

Walaupun kebanyakan ibu bapa kurang menitkberatkan penggunaan pembasmi kuman ini, tetapi besar manfaatnya apabila anak anda terdedah dengan persekitaran luar.

Penggunaannya sebelum bermain akan membantu meminimumkan penyebaran mana-mana kuman dan bakteria pada anak anda dan kanak-kanak lain ketika mereka bersosial.

3. Membasuh tangan

Setelah anak anda selesai bermain permainan di taman permainan, mencuci tangan mereka dengan air dan sabun.

Penggunaan sabun tanpa sifat anti-bakteria berkesan terhadap kuman dan penyakit.

Gosokkan sabun di seluruh kawasan tangan mereka sebelum bilas dengan air bersih.

Amalan ini memastikan anak anda selamat dan dilindungi setiap kali selepas bermain di playground.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Sumber rujukan

  1. Playground Safety. https://kidshealth.org/en/parents/playground.html, Accessed on Aug 5, 2022
  2. PLAYGROUND SAFETY TIPS. https://www.safekids.org/tip/playground-safety-tips, Accessed on Aug 5, 2022
  3. Playgrounds and child safety. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/playgrounds-and-child-safety, Accessed on Aug 5, 2022
  4. Playground Safety. http://www.myhealth.gov.my/en/playground-safety/, Accessed on Aug 5, 2022
  5. PLAYGROUND AND WATER SAFETY GUIDELINES. https://earlychildhood.marylandpublicschools.org/system/files/filedepot/3/playgroundsafety_april08.pdf, Accessed on Aug 5, 2022
Rujukan artikel asal
  1. Playground Safety. https://kidshealth.org/en/parents/playground.html, Accessed on Aug 5, 2022
  2. PLAYGROUND SAFETY TIPS. https://www.safekids.org/tip/playground-safety-tips, Accessed on Aug 5, 2022
  3. Playgrounds and child safety. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/playgrounds-and-child-safety, Accessed on Aug 5, 2022
  4. Playground Safety. http://www.myhealth.gov.my/en/playground-safety/, Accessed on Aug 5, 2022
  5. PLAYGROUND AND WATER SAFETY GUIDELINES. https://earlychildhood.marylandpublicschools.org/system/files/filedepot/3/playgroundsafety_april08.pdf, Accessed on Aug 5, 2022

Lihat halaman asal di Hello Doktor