Nak Didik Si Manja Untuk Makan SAYUR? Ibu Boleh Cuba 9 Tip Ini, Diyakini Berkesan!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Tidak dinafikan ada kanak-kanak yang begitu mudah untuk memakan sayuran dan buah-buahan. Namun boleh dikatakan kebanyakan anak susah makan sayur, bukan? Bertenang, ada cara yang boleh ibu cuba.
Untuk maklumat lanjut tentang Keibubapaan, lihat di sini.
Anak susah makan sayur?
Situasi anak makan mee atau pasta sambil mengasingkan sayur adalah perkara biasa yang dilihat dalam keluarga. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa dalam mendidik anak menggemari makanan berkhasiat.
Mengetahui bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan menu wajib yang perlu diambil setiap hari, jadi ibu bapa perlulah mengambil inisiatif untuk mendidik anak mereka menggemari kedua-dua makanan superfood ini.
Bagaimana cara kalau anak susah makan sayur?
Teruskan membaca petua di bawah.
Baca juga:
Pemakanan Seimbang Bantu Tingkat Kemahiran Membaca Kanak-kanak
“Pemakanan Seimbang Bantu Tingkat Kemahiran Membaca Kanak-kanak” — Hello Doktor
Tips latih anak memakan buah & sayuran:
- Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa disediakan dalam makanan harian keluarga. Pelbagaikan pilihan buah dan sayur serta tawarkannya sebagai snek yang boleh diambil di antara waktu makan
- Sentiasa pastikan dua makanan ini berada dalam peti sejuk anda.
- Sediakan salad seperti garden salad atau caesar salad beberapa kali seminggu.
- Sesekali, tawarkan anak anda pasta vegan, dengan cara menggantikan daging atau ayam kepada sayur-sayuran.
- Jangan lupa untuk memasukkan sayur-sayuran berdaun hijau atau oren dalam menu anda setiap hari kerana ia merupakan sumber vitamin A yang baik.
- Satu lagi sumber nutrien penting yang perlu diambil setiap hari ialah vitamin C. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah oren, limau gedang, strawberi, tembikai, tomato dan brokoli.
- Selitkan buah atau sayur dalam setiap hidangan utama bersama keluarga, seperti, masukkan buah raspberi dalam bijirin pagi, beberapa potong buah-buahan atau salad dalam menu makan tengah hari anak anda atau buah potong untuk makan malam bersama keluarga.
- Perkara paling penting sebelum mendidik anak susah makan sayur untuk menggemari sayuran dan buah ialah anda sendiri perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Sebagai ibu bapa, anda sendiri perlu menggemari dua jenis makanan ini dan menjadikannya amalan setiap hari.
- Anda juga boleh tawarkan anak jus buah-buahan. Sebaik-baiknya, berikan anak anda 100% jus buah-buahan tanpa gula.
Dalam mendidik anak susah makan sayur dan buah untuk berubah pastikan jumlah yang diberikan adalah bersesuaian.
Bersederhanalah dalam memberikan mereka kedua-dua jenis makanan ini.
Ibu bapa disarankan untuk banyak meluangkan masa bersama anak-anak kerana terdapat kajian yang mengatakan bahawa kanak-kanak akan makan buah-buahan dan sayuran, serta kurang makan makanan yang tidak sihat semasa bersama keluarga mereka.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Sumber rujukan
7 Ways to Get Your Kids to Eat Fruit (And Love It!)
“7 Ways to Get Your Kids to Eat Fruit (And Love It!)” — Food & Fitness
https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/How-to-Get-Your-Child-to-Eat-More-Fruits-and-Veggies.aspx
https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness/healthy-eating-habits/vegetables
https://www.eatright.org/food/planning-and-prep/snack-and-meal-ideas/get-fruits-and-veggies-to-the-plate
https://www.stanfordchildrens.org/en/service/nutrition-services/eat-fruits-and-vegetables
How to Encourage Your Children to Eat More Vegetables
“How to Encourage Your Children to Eat More Vegetables” — Healthy Food Choices in Schools
Rujukan artikel asal
7 Ways to Get Your Kids to Eat Fruit (And Love It!)
“7 Ways to Get Your Kids to Eat Fruit (And Love It!)” — Food & Fitness
https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/How-to-Get-Your-Child-to-Eat-More-Fruits-and-Veggies.aspx
https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness/healthy-eating-habits/vegetables
https://www.eatright.org/food/planning-and-prep/snack-and-meal-ideas/get-fruits-and-veggies-to-the-plate
https://www.stanfordchildrens.org/en/service/nutrition-services/eat-fruits-and-vegetables
How to Encourage Your Children to Eat More Vegetables
“How to Encourage Your Children to Eat More Vegetables” — Healthy Food Choices in Schools