Punca Anak Anda Tidak Mahu Makan
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Kanak-kanakcerewet dan memilih makanan adalah sangat normal. Selera mereka juga tidak tetap dan boleh berubah-ubah. Tetapi apakah punca anak tak nak makan?
Untuk maklumat lanjut tentang Keibubapaan, lihat di sini.
Kenal pasti punca anak tak nak makan
Kebanyakan ibu bapa bimbang sama ada anak mereka makan makanan sihat yang mencukupi atau tidak.
Kanak-kanak kebiasaannya makan dalam kuantiti yang sedikit. Mereka juga memilih makanan yang mereka mahu makan ataupun tidak mahu makan langsung.
Tetapi kenapa anak tak nak makan?
Berikut merupakan antara punca-puncanya:
- Perubahan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak mengikut usia akan mengubah selera mereka.
- Kanak-kanak tidak perlu makan dalam kuantiti yang banyak kerana mereka tidak membesar dengan cepat seperti bayi.
- Saiz perut kanak-kanak adalah kecil.
- Kanak-kanak ambil berat hal pemakanan kerana lebih memberi perhatian kepada dunia dan aktiviti sekeliling mereka.
- Kanak-kanak lebih suka makan sendiri tanpa disuap lantas menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk makan.
- Kanak-kanak tidak fokus ketika makan keranasibuk bermain.
Atasi punca anak tak nak makan
- Beri anak anda pelbagai pilihan makanan yang sihat dan biarkan mereka menyuap makanan sendiri. Ini merupakan praktis yang baik untuk mereka berdikari kelak.
- Jangan mengugut atau membuat tawaran kepada mereka kerana perlakuan ini hanya akan menimbulkan ketidakselesaan. Anda perlu jadikan waktu makan sebagai suatu waktu yang menggembirakan.
- Anda boleh mengajak anak anda makan bersama ahli keluarga yang lain untuk menimbulkan perasaan selesa selain mengeratkan hubungan.
- Jika mereka tidak suka akan sesuatu bahan makanan, jangan memaksa mereka makan atau tidak memasukkan bahan itu langsung ke dalam menu. Sebaliknya gunakan pendekatan yang lebih mudah dan sabar seperti memujuk mereka untuk makan bahan makanan tersebut dari hari ke hari.
Baca juga:
Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Sudah Pandai Buat Yang Ini
- Pastikan anak anda minum air pada kadar yang sesuai. Minum terlalu banyak susu atau jus akan mengurangkan selera anak anda. Jadi anda perlu hadkan pengambilan minuman tersebut kepada 1/2 atau ¾ cawan sahaja sehari. Susu dan jus mengandungi nutrien yang penting tetapi turut tinggi kandungan gula serta rendah kandungan serat.
- Jangan beri anak anda makan gula-gula dan makanan ringan dengan kerap kerana kanak-kanak memerlukan nutrien secukupnya dalam diet mereka.
- Beri peluang anak anda menyentuh dan bermain dengan makanan dalam proses mereka belajar untuk makan. Jika mereka kelihatan penat atau bosan, jauhkan mereka dengan makanan tersebut.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Sumber rujukan
- How To Get Your Toddler To Eat. https://familydoctor.org/when-your-toddler-doesnt-want-to-eat/. Accessed on Sept 18, 2023.
- Food Refusal. http://www.myhealth.gov.my/en/food-refusal/. Accessed on Sept 18, 2023.
- Tips for Preventing Food Hassles. https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/Tips-for-Preventing-Food-Hassles.aspx. Accessed on Sept 18, 2023.
- Toddlers at the Table: Avoiding Power Struggles. https://kidshealth.org/en/parents/toddler-meals.html. Accessed on Sept 18, 2023.
- Bernard-Bonnin A. C. (2006). Feeding problems of infants and toddlers. Canadian family physician Medecin de famille canadien, 52(10), 1247–1251. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1783606/.Accessed on Sept 18, 2023.
Rujukan artikel asal