Makanan yang Tidak Selamat untuk Anak Anda
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Semakin anak membesar, mereka akan semakin ingin mencuba makanan yang anda makan dan anda sendiri ingin untuk mempelbagaikan diet mereka. Namun ada makanan selamat dan tidak selamat untuk diberikan kepada anak anda tanpa mengira umurnya. Sesetengahnya masih berisiko untuk tercekik. Jom ketahui apa makanan tidak selamat untuk si kecil.
Untuk maklumat lanjut tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Makanan tidak selamat perlu dielakkan
Berikut antara jenis makanan perlu dielakkan:
Susu rendah lemak
Kebanyakan kanak-kanak memerlukan lemak dan kalori dari susu untuk tumbesaran dan perkembangan. Apabila anak anda mencecah umur 2 tahun dan tidak mempunyai apa-apa masalah tumbesaran, anda boleh mula memberikan dia susu penuh lemak.
Sekiranya anak berisiko untuk obesiti dan masalah jantung, doktor mungkin menasihatkan anak anda mengambil susu rendah lemak sebelum umur 2 tahun.
Makanan yang berketulan besar
Ketulan makanan yang lebih besar daripada kacang boleh tersekat di kerongkong anak anda. Sayur-sayuran seperti lobak, saderi, dan kacang hijau seharusnya dipotong dadu atau dikisar.
Buah-buahan seperti anggur, ceri, tomato atau buah tembikai pula haruslah dipotong dahulu sebelum dihidangkan serta kisar atau potong juga daging dan keju kepada bahagian yang kecil.
Makanan kecil dan keras
Gula-gula yang keras, kacang dan bertih jagung merupakan makanan yang berpotensi menyebabkan anak anda tercekik. Biji-biji yang terlalu kecil bukan sahaja boleh menyebabkan tercekik tetapi juga boleh tersangkut di saluran udara anak anda dan menyebabkan jangkitan.
Makanan lembut dan melekat
Elakkan makanan tidak sihat seperti gula-gula getah dan makanan lembut seperti marshmallow dan jeli atau gula-gula kenyal yang boleh mungkin boleh tersekat di kerongkong anak anda.
Mentega kacang
Jangan beri anak anda mentega kacang atau apa-apa kekacang dalam kandungan yang banyak kerana boleh menyebabkan mereka tertelah kekacang tersebut. Sebaiknya, sapukan mentega senipisnya pada roti atau biskut.
Elak anak tercekik makanan tidak selamat ini
Tegah anak anda makan di dalam kereta kerana sukar memantaunya. Jika anda menggunakan ubat-ubatan pergigian yang disapu, perhatikan anak anda kerana ubat-ubatan ini boleh menyaluti tekak anda anda sekali gus menghalang anak anda dari menelan makanan.
Berikut merupakan contoh makanan yang tidak selamat untuk anak anda.
- Sosej (kecuali dipotong atau dihiris)
- Gula-gula yang keras atau jeli
- Kekacang
- Ketulan dari mentega kacang (mentega kacang perlu disapu senipisnya pada roti atau biskut)
- Bertih jagung
- Lobak, daun saderi dan kacang hijau
- Biji (seperti biji bunga matahari atau biji labu)
- Anggur, tomato, ceri (kecuali dipotong setengah)
- Ketulan makanan yang besar dari apa-apa makanan seperti daging, kentang atau sayur-sayuran dan buah-buahan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Sumber rujukan
- Foods and Drinks to Avoid or Limit. https://www.cdc.gov/infant-toddler-nutrition/foods-and-drinks/foods-and-drinks-to-avoid-or-limit.html#. Accessed on April 22, 2025.
- Foods to avoid giving babies and young children. https://www.nhs.uk/conditions/baby/weaning-and-feeding/foods-to-avoid-giving-babies-and-young-children/. Accessed on April 22, 2025.
- Choking Hazards. https://www.cdc.gov/infant-toddler-nutrition/foods-and-drinks/choking-hazards.html. Accessed on April 22, 2025.
- People at Risk: Children Under Five. https://www.foodsafety.gov/people-at-risk/children-under-five. Accessed on April 22, 2025.
- Tips to Lower Toddlers’ Choking Risks. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=tips-to-lower-toddlers-choking-risks-1-24081. Accessed on April 22, 2025.
Rujukan artikel asal