KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

3 Penyebab Si Ibu Tidak Patut Menyusukan Anak Dengan Susu Badan, Awas Ya!

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Ramai yang percaya bahawa hukum menyusukan anak adalah harus dan ia benar. Namun, ada ketika di mana perbuatan menyusukan anak dengan susu badan perlu dielakkan. Apakah situasi itu?

3 Penyebab Si Ibu Tidak Patut Menyusukan Anak Dengan Susu Badan, Awas Ya!

Untuk maklumat lanjut tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

Ibu sedang mengambil ubat yang tertentu

Terdapat ubat-ubatan tertentu yang berbahaya kepada anak anda di mana mereka akan mendapatkan mudaratnya melalui penyusuan susu ibu. Antara ubat yang tertentu tersebut adalah:

  • Ubat HIV/AIDS
  • Ubat perancangan keluarga yang mengandungi estrogen
  • Ubat kemoterapi
  • Ubat yang mungkin disalahgunakan
  • Ubat tidur
  • Ubat migrain
  • Ubat penenang

Jika anda sedang mengambil ubat yang tertentu tersebut, anda disarankan untuk berhenti menyusukan anak dengan susu badan.

Selain itu, ibu yang sedang melakukan radioterapi juga disarankan untuk tidak melakukannya kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada bayi.

menyusukan anak dengan susu badan

Ibu sedang menderita kondisi yang tertentu

Pelbagai jenis penyakit mampu merebak melalui penyusuan susu ibu, antaranya adalah seperti di bawah:

  • Infeksi Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Infeksi Human T-cell Lymphotropic Virus (jenis 1 dan jenis 2)
  • Tuberkulosis (TB) yang tidak dirawat

Jika anda dijangkiti flu, anda juga patut berhenti menyusukan anak dengan susu badan dan kuarantinkan diri anda sendiri kerana anak anda yang masih bayi sangat mudah terjangkiti.

Oleh itu, sentiasa pastikan tiada individu berpenyakit berada dekat dengan anak anda.

Elak menyusukan anak jika ada masalah kesihatan

Ibu yang ada masalah kesihatan yang kronik tidak dinasihatkan untuk menyusukan si manja dengan susu badan.

Jika anda masih mahu melakukannya, langkah berjaga-jaga yang ekstra perlu diambil untuk menjamin kesihatan anda dan juga bayi.

  • Ibu yang menghidap diabetes perlu makan dalam kuantiti yang banyak agar tahap gula dalam badan mereka tidak jatuh mendadak.
  • Ibu yang kurang berat badan terutamanya yang mengalami kondisi tiroid atau perut perlu tingkatkan pengambilan kalori untuk menjamin kesihatan mereka sendiri.
  • Ibu yang pernah melakukan pembedahan payudara akan mengalami kesukaran untuk menyusukan anak dengan susu badan.
  • Ibu yang mempunyai sejarah pengambilan bahan berbahaya seperti dadah tidak disarankan untuk menyusukan si comel dengan susu badan.

menyusukan anak dengan susu badan

Bayi yang mengalami masalah galactosemia iaitu keadaan badan bayi tidak dapat memproses galactose gula juga tidak disarankan untuk menyusu badan.

Ini kerana galactose tersebut berisiko untuk terkumpul lalu meracuni bayi.

Akibatnya, bayi ini akan mengalami gangguan hati serta kelainan upaya untuk belajar dan membesar.

Setiap individu mempunyai situasi yang berbeza.

Oleh itu, panduan ini hanyalah sekadar pedoman dan bantuan pakar perubatan adalah jaminan yang terbaik buat anda dan bayi.

Rawat kondisi kesihatan anda terlebih dahulu sekiranya ada sebelum memutuskan untuk menyusukan si kecil dengan susu badan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Sumber rujukan

  1. Busted: 14 myths about breastfeeding, https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/14-myths-about-breastfeeding, Assessed Dec 12 2019.
  2. Are there any special conditions or situations in which I should not breastfeed?, https://www.nichd.nih.gov/health/topics/breastfeeding/conditioninfo/pages/when-not-breastfeed.aspx, Assessed Dec 12 2019.
  3. When Should You Stop Breastfeeding?, https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/family-resources-library/when-should-you-stop-breastfeeding, Assessed Dec 12 2019.
  4. Breast-Feeding Questions, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/breast-feeding-questions/, Assessed Dec 12 2019.
  5. Why some mothers choose not to breastfeed, https://www.keranews.org/health-wellness/2022-02-28/why-some-mothers-choose-not-to-breastfeed, Assessed Dec 12 2019.
Rujukan artikel asal

Lihat halaman asal di Hello Doktor