KawanSihat
Kesihatan lebih mudah difahami.

Babymoon: 7 Tip Percutian Lancar Semasa Hamil

Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.

Babymoon, iaitu percutian semasa hamil kini semakin menjadi trend dalam kalangan pasangan yang akan menimang cahaya mata. Bagi memastikan percutian babymoon anda berjalan lancar, kami kongsikan 7 petua untuk anda ikuti. Apa salahnya anda rewards diri anda dan pasangan sebelum si manja lahir. Selamat bercuti, Mummy!

Babymoon: 7 Tip Percutian Lancar Semasa Hamil

TIPS 1: DESTINASI

Bercuti tidak semestinya di luar negara. Anda boleh pilih tempat percutian yang berhampiran asalkan ia memberi keselesaan buat anda. Tujuan babymooning adalah untuk si ibu merehatkan tubuh dan minda sebelum bersalin, juga meluangkan masa berdua bersama suami. Jadi, anda boleh pilih destinasi yang tidak memerlukan anda berlama di dalam kenderaan.

TIPS 2: DOKTOR 

Sebelum bercuti, maklumkan kepada doktor anda dahulu tentang perancangan percutian kerana perjalanan yang jauh berisiko untuk kandungan anda.

TIPS 3: KESIHATAN

Adakah anda ingin bercuti ke luar negara? Jika ya, maklumkan kepada doktor anda kerana anda perlu mendapatkan vaksinasi sebelum mengunjungi negara-negara tertentu. Doktor akan memberitahu jika vaksinasi tersebut adalah selamat untuk anda dan kandungan.

TIPS 4: AKTIVITI

Selain berehat dan menikmati pemandangan di lokasi percutian, sudah tentunya anda ingin melakukan aktiviti yang sesuai mengikut kondisi anda. Antara aktiviti sesuai yang boleh dibuat di lokasi percutian anda ialah berjalan-jalan dan berenang. Aktiviti renang amat baik untuk ibu hamil dalam membantu melegakan sakit dan sengal badan.

TIPS 5: KAPAL TERBANG

Adakah anda perlu menaiki kapal terbang untuk percutian anda? Sebelum membeli tiket, semak dahulu peraturan menaiki penerbangan terhadap ibu hamil. Ini kerana sesetengah syarikat penerbangan mempunyai peraturan berbeza dalam membenarkan ibu hamil menaiki kapal terbang.

TIPS 6: PERUBATAN

Pastikan terdapat kemudahan perubatan berhampiran dengan tempat percutian anda. Bawa sekali bekalan ubatan dan vitamin yang diperlukan sepanjang percutian.

TIPS 7: PAKAIAN

Ini satu lagi perkara penting untuk ibu hamil. Siapkan pakaian yang sesuai dan selesa dengan tempat percutian anda.

 

[embed-health-tool-due-date]

Sumber rujukan

What to Pack for a Babymoon- A List of Everything You’ll Need

https://www.babymoonguide.com/what-to-pack-for-a-babymoon.html

Rujukan artikel asal

What to Pack for a Babymoon- A List of Everything You’ll Need

https://www.babymoonguide.com/what-to-pack-for-a-babymoon.html

Lihat halaman asal di Hello Doktor