Ibu Hamil Boleh Pergi Mengurut Tapi Elak Urutan Pada 3 Bahagian Ini, BAHAYA!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Badan penat, lenguh sana sini adalah perkara biasa semasa kehamilan. Tetapi selamat ke urut ibu hamil ya? Ayuh teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui jawapannya.
Untuk maklumat lanjut tentang Kehamilan, lihat di sini.
Selamat ke urut ibu hamil?
Perut semakin ke depan, sakit belakang dan emosi naik turun, itu semua adalah perkara biasa ketika hamil.
Tetapi adakah boleh mendapatkan urutan badan bagi melegakan tekanan fizikal dan mental ini? Secara am, jawapannya boleh.
Sebelum memulakan sebarang sesi urutan sama ada daripada pasangan atau profesional, disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu.
Urutan dianggap selamat selepas trimester pertama. Sebelum tempoh itu, anda mungkin dinasihatkan untuk menghindari urutan kerana ia boleh membuat diri berasa pening atau loya.
Bagi sesetengah terapi urutan, mereka tidak akan mengurut pada trimester pertama kerana bimbang ia boleh menyebabkan keguguran.
Jadi jika pasangan mengurut leher atau bahu mahupun urut belakang ibu hamil, tiada salahnya. Namun pastikan anda memberitahu jika urutan tersebut menyakitkan.
Individu berisiko
Terdapat beberapa keadaan di mana sesi urutan perlu dihindari, seperti:
- Risiko kelahiran pramatang
- Preeklampsia
- Tekanan darah tinggi
- Pembekuan darah atau gangguan pembekuan
- Masalah dengan plasenta, seperti plasenta previa
- Diabetes gestasi
Baca juga:
Nak Elak Diabetes Gestasi, Kena Tahu Bacaan Gula Normal Untuk Ibu hamil!
“Nak Elak Diabetes Gestasi, Kena Tahu Bacaan Gula Normal Untuk Ibu hamil!” — Hello Doktor
Faedah urut ibu hamil
Kajian menunjukkan bahawa urutan boleh mengurangkan hormon tekanan dalam badan dan melegakan serta melonggarkan otot.
Ia juga dapat meningkatkan aliran darah – sangat penting semasa hamil dan memastikan sistem limfa berfungsi pada kecekapan puncak.
Semasa kehamilan, urutan pranatal bukan sahaja boleh membantu diri berehat, tetapi ia juga boleh melegakan:
- Insomnia
- Sakit sendi
- Sakit leher dan belakang
- Kejang kaki
- Sciatica
- Bengkak di tangan dan kaki – bukan akibat preeklampsia
- Sindrom terowong karpal
- Sakit kepala dan hidung tersumbat
Bahagian patut dielakkan semasa mengurut
Terdapat kepercayaan bahawa mengurut titik akutekanan tertentu boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang. Pun begitu tiada bukti bagi menyokong kepercayaan ini.
Sebaliknya, mengurut dikatakan boleh membantu mengurangkan tempoh dan kesakitan bersalin.
Posisi semasa mengurut juga penting untuk diambil kira. Antara cara urut ibu hamil adalah pada kedudukan berbaring mengiring dan bukan secara menelentang atau meniarap.
Ini kerana kedudukan meniarap akan membuatkan anda tidak selesa.
Posisi secara telentang selepas usia kehamilan 20 minggu boleh memberikan tekanan pada saluran darah termasuk aorta dan vena kava inferior – boleh menyebabkan aliran darah tersekat.
Posisi duduk menegak atau separuh berbaring juga sesuai semasa sesi urutan.
Anda juga perlu berhati-hati pada bahagian badan berikut:
Urut ibu hamil #Perut
Anda mungkin ingin mengelakkan urutan perut ibu hamil yang semakin membesar dan kawasan sekelilingnya kerana boleh mencederakan diri atau bayi dalam kandungan.
Tetapi jika ingin melakukan gosokan lembut dengan krim terutamanya pada bahagian yang terdapat tanda regangan, tiada salahnya.
Kaki
Mesti akan ada yang bertanya “mengandung boleh urut kaki tak?”
Gosokkan atau usapan lembut pada kaki tidak akan membawa sebarang masalah. Namun pastikan tiada tekanan pada tisu dalam yang terlalu kuat.
Ini kerana jumlah darah meningkat semasa hamil dan aliran darah pada kaki menjadi perlahan sekali gus mendedahkan risiko pembekuan darah.
Kesan urutan yang terlalu kuat pada bahagian tisu dalam boleh menyebabkan darah beku masuk ke saluran darah.
Selain itu, rata-rata orang tidak akan tahu bagaimana rupa DVT betis. Mengurut kaki DVT menyebabkan trombus tercabut.
Titik tekanan
Dalam refleksologi, terdapat titik tekanan pada beberapa bahagian badan seperti pergelangan tangan, buku lali atau antara jari.
Ada yang mengatakan urutan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan kontraksi, pun begitu, setakat ini tiada bukti untuk menyokongnya.
Kesimpulan
Tiada salahnya urut ibu hamil, sama ada dilakukan oleh pasangan atau profesional. Tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Elakkan juga sebarang posisi yang boleh membawa mudarat dan pilihlah urutan ringan dan lembut.
Paling penting, jika anda berasa sakit, jangan berdiam diri. Beritahu kepada pasangan atau ahli terapi urut.
Semoga perkongsian artikel ini dapat dijadikan panduan buat bakal ibu di luar sana. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.
[embed-health-tool-due-date]
Sumber rujukan
- Can I get a massage while pregnant? https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/can-i-get-a-massage-while-pregnant, Accessed on Dec 27, 2022
- Prenatal Massage Benefits and Safety. https://health.clevelandclinic.org/prenatal-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
- The Benefits of Prenatal Massage Therapy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/is-it-safe/prenatal-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
- Benefits of Massage During Pregnancy. https://www.amtamassage.org/resources/massage-and-health/medical-treatments/pregnancy-and-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
- Massage and Pregnancy. https://goldengateobgyn.org/massage-and-pregnancy/, Accessed on Dec 27, 2022
Rujukan artikel asal
- Can I get a massage while pregnant? https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/can-i-get-a-massage-while-pregnant, Accessed on Dec 27, 2022
- Prenatal Massage Benefits and Safety. https://health.clevelandclinic.org/prenatal-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
- The Benefits of Prenatal Massage Therapy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/is-it-safe/prenatal-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
- Benefits of Massage During Pregnancy. https://www.amtamassage.org/resources/massage-and-health/medical-treatments/pregnancy-and-massage/, Accessed on Dec 27, 2022
- Massage and Pregnancy. https://goldengateobgyn.org/massage-and-pregnancy/, Accessed on Dec 27, 2022