Tempoh Pantang Selepas Bersalin 40 Hari Ke 44 Hari? Ibu, Ini Jawapannya!
Kredit penulis dan penyemak merujuk kepada penerbitan asal. Edisi KawanSihat belum disemak oleh penyemak klinikal sendiri. Cara kandungan disediakan.
Ada yang kata wanita berpantang selama 40 hari. Tetapi ada juga yang mengatakan tempoh berpantang selepas bersalin ialah 44 hari, betul ke?
Untuk maklumat lanjut tentang Kehamilan, lihat di sini.
Kenapa perlu berpantang selepas bersalin ?
Berpantang selepas bersalin secara amnya bertujuan untuk mengeluarkan angin daripada badan selepas bersalin, menggalakkan peredaran darah, menguatkan sendi, merapatkan dan memulihkan peranakan serta menggalakkan susu ibu di samping makan makanan yang berkhasiat.
Ketika ini jugalah, anda dan pasangan perlu menyesuaikan rutin baru setelah kelahiran si comel.
Keadaan si ibu juga akan penuh dengan perubahan emosi, kegelisahan dan tangisan air mata selepas melahirkan anak juga antara sebab anda memerlukan rehat ketika ini.
1. Mengeratkan hubungan ibu berpantang dan si manja
Anak yang dikandung selama 9 bulan telah pun selamat dilahirkan. Ketika inilah, segala persediaan yang anda dan pasangan lakukan akan digunakan semasa menjaga si kecil ini.
Si ibu dapat memberikan perhatian dan penyusuan kepada bayi tanpa gangguan, di samping mengadaptasi rutin harian bersama bayi anda.
2. Bertujuan untuk elakkan komplikasi selepas bersalin
Sebab itulah, ada segelintir wanita yang sanggup berhabis duit untuk berpantang dengan confinement care yang berbaloi kerana mereka menyediakan makanan, menjaga si manja dan ibu seperti aktiviti bertungku, berurut dan sebagainya.
Berapa lama berpantang selepas bersalin?
Jadi, wanita perlu pantang 40 hari atau 44 hari ?
Tiada tempoh khusus berpantang yang terbukti secara saintifik membantu memberi kesihatan yang lebih baik kepada ibu. Namun tempoh berpantang yang sering diamalkan bagi kebanyakan wanita selepas bersalin adalah selama 100 hari, manakala tempoh pantang paling minimal adalah selama 40 hari.
6 Penjagaan diri semasa tempoh berpantang selepas bersalin
Jika perlu disenaraikan, ada banyak perkara yang dijaga semasa pantang bersalin. Antaranya:
Berehat secukupnya
Penting buat kaum Hawa untuk berehat agar penjagaan diri semasa tempoh berpantang selepas bersalin berjalan lancar. Jangan terlalu lasak terutama jika anda baru sahaja menjalani pembedahan caesarean.
Amalkan pemakanan yang seimbang
Makanan berpantang selepas bersalin mestilah kaya dengan protein, zat besi, kaya serat, kalsium, vitamin C dan mengandungi anti radang demi memberikan tenaga untuk tubuh badan.
Tidak dilupakan, air juga penting untuk dalaman dan luaran badan. Antaranya air masak, air barli, teh halia, teh serai dan air rebusan daun kunyit.
Makanan berpantang selepas bersalin sangat penting untuk menjamin kesihatan ibu selepas melahirkan anak.
Walaupun terdapat pelbagai jenis makanan orang berpantang, terdapat juga beberapa makanan yang perlu dielakkan oleh ibu selepas bersalin.
Dapatkan sokongan
Usah malu dan rasa bersalah jika anda memerlukan pertolongan ahli keluarga, jiran dan sahabat handai.
Lakukan senaman ringan
Anda boleh lakukan senaman pelvis bagi mempercepatkan proses pemulihan.
Mulakan senaman ini secara beransur-ansur dan berhenti serta merta jika berasa sakit atau penat.
Bagi yang beranak secara czer, pastikan anda merujuk doktor dulu ya!
Hadkan kunjungan tetamu
Ketika tempoh ini, majoriti wanita pasti bersetuju bahawa mereka cenderung untuk tidak berjumpa atau hanya menerima jumlah tetamu yang kecil ketika ini.
Walaupun rakan dan keluarga amat teruja untuk melihat bayi yang baru lahir, anda berhak untuk tidak menerima kunjungan tetamu jika anda berasa tidak selesa dan tertekan.
Jangan lupa berjumpa dengan doktor
Tidak dilupakan, jangan lupa untuk jalani pemeriksaan doktor dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin.
Kesimpulan
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]
Sumber rujukan
Doris Fok et al., ‘A Comparison of Practices During the Confinement Period among Chinese, Malay, and Indian Mothers in Singapore’, Birth (Berkeley, Calif.) 43, no. 3 (September 2016): 247–54, https://doi.org/10.1111/birt.12233. Diakses pada 5 Mei 2025.
Nutrition Guidelines and Recommendations. https://www.cdc.gov/nutrition/php/guidelines-recommendations/index.html. Diakses pada 5 Mei 2025
Kembali Pulih Sesudah Bersalin. https://mypositiveparenting.org/ms/2014/01/10/kembali-pulih-sesudah-bersalin/.Diakses pada 5 Mei 2025.
AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU-IBU SELEPAS BERSALIN DI NEGERI KELANTAN https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/upload/amalan/laporan_kajian/postnatal.pdf. Diakses pada 5 Mei 2025.
Rujukan artikel asal
Doris Fok et al., ‘A Comparison of Practices During the Confinement Period among Chinese, Malay, and Indian Mothers in Singapore’, Birth (Berkeley, Calif.) 43, no. 3 (September 2016): 247–54, https://doi.org/10.1111/birt.12233. Diakses pada 5 Mei 2025.
Nutrition Guidelines and Recommendations. https://www.cdc.gov/nutrition/php/guidelines-recommendations/index.html. Diakses pada 5 Mei 2025
Kembali Pulih Sesudah Bersalin. https://mypositiveparenting.org/ms/2014/01/10/kembali-pulih-sesudah-bersalin/.Diakses pada 5 Mei 2025.
AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU-IBU SELEPAS BERSALIN DI NEGERI KELANTAN https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/upload/amalan/laporan_kajian/postnatal.pdf. Diakses pada 5 Mei 2025.